CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8044|Reply: 48

Miliki Kebolehan Luar Biasa..

[Copy link]
Post time 6-2-2012 09:59 PM | Show all posts |Read mode
apakah ini memang satu penyakit atau gangguan jin...???


Miliki kebolehan luar biasa
                                                            Wartawan Sinar Harian
                                                                                                                6 Februari 2012                                    
                                                                                                                                                   
                                                
        BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.        Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.

        Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.
         
        “Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.
         
        Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
         
        Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.
         
        Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.
         
        “Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.
       
         
        Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur
         
        Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.
         
        Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.
         
        “Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.
         
        Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
         
        Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.
         
        Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.
         
        “Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.
       
         
        Tidak boleh bercakap loghat Kelantan
         
        Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.
         
        Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.
         
        “Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.
         
        Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.
         
        “Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.
         
        “Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.
         
        Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.
       
         
        Jalani rawatan alternatif
         
        Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.
         
        Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.
         
        “Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.
         
        Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.
         
        Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2012 10:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrjinggozzz at 6-2-2012 22:59

salam...
MISTERI...he3..entahlah,klu penyakit yg berdasarkan sains penyakit aper plak???
aku plak imigine,time kepala dia terantok seolah pc yg dicucuk usb,kemudian terdownloadlah segala informasi2(bahasa2) secara otomatik...sbb aku penah baca kt mastika,ada kajian,btg paip air yg ada air mengalir didalamnya boleh menyimpan memory(mcm cd ler)...
so x mustahil jln raya pon boleh menyimpan memori/data dan mentranferkn nye...korg x paham kn he3,mrapu jer
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 10:58 PM | Show all posts
mungkin kelebihan Allah bagi selepas kemalangan tu kot.....Allah lebih mengetahui kan, sangka baik suda..mne taw mgkin xde kaitan pon ngan mistik2 nih.....tapi satu advantage gak...leh ckp cine n korea...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2012 11:08 PM | Show all posts
mcm aku dulu pernah gak kemalangan ,sebelum kemalangan badan aku kurus sngat dlm 48 klio je..mcm ubat aku makn utk tambahkan berat badan tapi tak berhasil..selepas kemalangan badan aku naik mendadak 63 kilo skrg ,ramai gak org perasan badan aku naik, rmi tanya dgn aku ubat apa yg aku mkn,aku tak mkn ubat apa2 pun smpi skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:42 PM | Show all posts
Giler babeng.. mentang2 la skrg ni smua lagu Korea.. huhu
Giler trend!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2012 11:48 PM | Show all posts
wahhh bestnye boleh ckp banyak bahasa. senang dapat keje nih. hehehe.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2012 12:13 AM | Show all posts
mesti roh gentayangan(dr roh org bkn Islam mati acciden) yg boleh berbahasa korea, cina dan bahasa baku yg dok melekat kat tubuh dia... {:4_191:}
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 12:39 AM | Show all posts
Reply 5# Ferr_Remy

pandai pulak ikut trend korea ekk.....ehh..ehh...tpi dia kalo tido pas subuh je jadi melalut ckp korea...time len btukar jd org mesia blik...xde la trend beno pon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 01:18 AM | Show all posts
mesti sebelum dia koma tuh dia peminat citer korea n cina

so masa dia koma imbasan otak dia hanya tertumpu pada bende2 yg dia sgt minat or ingt jer

budak2 kecik dgr lagu korea pun dah boleh hafal

maybe otak dia dah process all the info masa sebelum dia koma n terbitkn masa dia koma

bgn2 dia ingt bende tuh jerla

kut..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 01:27 AM | Show all posts
apakah ini memang satu penyakit atau gangguan jin...???


Miliki kebolehan luar biasa
          ...
fyieen Post at 6-2-2012 21:59



    aku yg belajar bahasa mandarin berbulan2 pn x lepas2 lagik
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 01:42 AM | Show all posts
yg peliknya time cakap korea, tak reti cakap melayu.. time cakap melayu, tak reti korea.. macam ada suis gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 07:10 AM | Show all posts
yg peliknya time cakap korea, tak reti cakap melayu.. time cakap melayu, tak reti korea.. macam ada  ...
manganini Post at 7-2-2012 01:42



suis die..bile die tido pas subuh..msti ckp korea xhenti2.... kalau die tak tido...boleh ckp bahasa mesia je...bhs korea tak leh plak..huhuhu..megik2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 09:09 AM | Show all posts
...btg paip air yg ada air mengalir didalamnya boleh menyimpan memory(mcm cd ler)...
mrjinggozzz Post at 6-2-2012 22:56



aku tertarik dgn konsep air sebagai perakam maklumat...sebab tu aku tak berasa pelik dgn kaedah air doa,sbb zikir2 itu sendiri mempunyai getaran2 yg mampu memberi manfaat,dengan izin Allah...

berbalik kpd btg paip yg dikatakan menyimpan memori tu,mcmana kita nak ekstrak maklumat drpdnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2012 12:18 PM | Show all posts
Utama
  
7 Februari 2012
DR-RUHANI

KUALA TERENGGANU – Kebolehan seorang pelajar, Noraini Ismail, 17 bertutur dalam pelbagai bahasa setelah terlibat kemalangan jalan raya berkemungkinan ada hubung kait dengan pengalaman para sedar dilaluinya.

Ketua Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr Ruhani Mat Min berkata, perkara sebegini mungkin berlaku di negara kita namun ia tidak dilaporkan secara formal.

Bagaimanapun katanya, jika dilihat daripada perspektif psikologi dan kaunseling ia melibatkan emosi seseorang itu yang teruja ataupun timbul keseronokan pada sesuatu perkara melalui pengalaman secara tidak formal.

“Pengalaman secara tidak formal ini boleh diperoleh melalui pembacaan, menonton televisyen dan sebagainya. Tambahan pula sekarang setiap petang kita disajikan dengan rancangan drama Korea dan Mandarin yang menarik.

“Namun apa yang berlaku kepada pelajar ini (Noraini) ada kaitannya dengan pe-ngalaman para sedarnya dan ia perlu dilihat dari sudut positif berhubung kebolehannya bertutur dalam bahasa Korea serta Mandarin yang diperoleh tanpa pembelajaran secara formal,” katanya
ketika ditemui pada Program Pengenalan UMT di sini, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian pelik yang menimpa seorang pelajar, Noraini Ismail dari SMK Nasiruddin Shah, Alor Lintang, Besut apabila dengan tiba-tiba pelajar itu boleh bertutur dalam bahasa Korea dan Mandarin selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya 13 Januari lalu.

Namun bapanya, Ismail Salleh, 46 tertekan dengan masalah dihadapi anaknya itu kerana hampir setiap hari dia terpaksa membawa Noraini ke hospital untuk mendapatkan suntikan setelah diserang sakit kepala kesan daripada kemalangan itu.

Sementara itu, Dr Ruhani berkata, apa yang berlaku kepada pelajar itu juga melibatkan potensi diri yang seharusnya dikembangkan supaya kebolehannya itu dapat dimanfaatkan dan tidak hilang begitu sahaja.

“Bagaimanapun hanya bidang perubatan yang boleh menghuraikan dengan terperinci perkara ini, namun dari sudut psikologi ia ada bersangkut paut dengan pengalaman para sedar terutamanya melibatkan emosi ketika kejadian berlaku.

“Sekiranya pihak keluarga pelajar ini inginkan kepastian sama ada penguasaan pertuturan kedua-dua bahasa itu mengikut struktur bahasa yang betul, mereka boleh menghubungi UMT kerana kita mempunyai tenaga pengajar dalam bidang bahasa,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 01:26 PM | Show all posts
mesti budak pompuan ni peminat tegar citer drama korea ngan taiwan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 02:53 PM | Show all posts
pergh, budak ni macam cerita Phenomenon..
asal orang biasa, tiba2 (rahsia) jadi genius..
belajar bahasa portugis dalam masa 20 minit..
n banyak lagi benda genius lain..
budak ni silap2 sok boleh telekinesis..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 04:38 PM | Show all posts
wahhh bestnye boleh ckp banyak bahasa. senang dapat keje nih. hehehe.
kikyou Post at 6-2-2012 23:48



   hehe betol3 boleh jadi pemandu pelancung
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 05:05 PM | Show all posts
apakah ini memang satu penyakit atau gangguan jin...???


Miliki kebolehan luar biasa
          ...
fyieen Post at 6-2-2012 21:59



Untuk bapaknya. Ini takda kene mengena dengan mistik. Ada kes yang sama berlaku pada seorang mat saleh kat barat. ini berkaitan otak. Fokuskan kepada masalah pada otak anak perempuan dia.

P/S: Terbongkarlah rahsia bagaimana terciptanya berbagai - bagai bahasa.
Orang pertama boleh cakap korea sebenarnya pernah terhantuk dengan kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 05:23 PM | Show all posts
Bestt la....Tapi apsal  pengsan bila tak cucuk?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 10:23 PM | Show all posts
haha..pelik2....pelik tp benar...ntah2 otak manusia ni  tersimpan sejuta bahasa dunia ni...
maybe disbbkan oleh hantukan yg kuat dibahagian kepala budak tu, jadi otak dia menerima gegaran yg kuat..then, keluarlah pelbagai bahasa yg tersimpan selama ini disbbkan oleh gegaran itu....tu yg dia blh ckp bahasa2 lain (korea n mandarin)..hehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.836138 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list