CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73|Reply: 0

Bangkok tingkat keselamatan

[Copy link]
Post time 18-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Enam lapangan terbang antara diberi perhatian serius pihak berkuasa\rBANGKOK: Kawalan keselamatan ditingkatkan pada tahap tertinggi  di enam lapangan terbang antarabangsa Thailand yang berkemungkinan menjadi sasaran baru serangan pengganas.\r\n\n\n\n\rKetua Polis Thailand, Jeneral Priewpan Damapong, meminta Kementerian Pengangkutan meletakkan lapangan terbang antarabangsa negara itu di bawah tahap amaran tertinggi ketika wujud amaran pengganas mungkin menjadikan ia sebagai sasaran.\r\r\n\n\n\n\nLapangan terbang yang terbabit termasuk Suvarnabhumi, Don Mueang, Chiang Mai, Chiang Rai, Hat Yai dan Phuket.\rPriewpan bagaimanapun menafikan laporan pengganas menyasarkan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, yang dijadualkan menukar penerbangan di Thailand Rabu lalu tetapi membatalkannya berikutan pengeboman di Bangkok.\rKerajaan  turut meningkatkan kawalan keselamatan pengangkutan awam lain.\rPemangku Gabenor Pihak Berkuasa Pengangkutan Thailand, Ronnachit Yaemsa-ard, berkata dia sudah mengarahkan pengendali kereta api bawah tanah, Bangkok Metro Co, supaya mengetatkan kawalan keselamatan di semua stesen pengangkutan itu.\r\n\n\n\rSementara itu, Pemangku Ketua Bahagian Hal Ehwal Luar Negara Polis Diraja Thailand, Kolonel Monthon Ngernwattana, berkata Peguam Negara akan memohon ekstradisi Masoud Sedaghat Zadeh, suspek warga Iran yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia di Kuala Lumpur Rabu lalu selepas melarikan diri dari Bangkok. Zadeh nahu mengambil penerbangan ke Iran ketika ditahan.\rMonthon berkata, walaupun Thailand dan Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi rasmi, Thailand akan menggunakan perjanjian ekstradisi yang ditandatangani dengan Britain.\rTimbalan Ketua Polis Thailand, Pansiri Prapawat, berkata Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan meluluskan waran tangkap ke atas tiga suspek warga Iran yang kini ditahan selain seorang wanita, Rohani Leila,  disyaki menguruskan menyewa rumah yang meletup dalam kejadian Selasa lalu.\rBerikutan letupan itu, dua suspek yang memegang pasport Iran ditahan. \rSaeid Moradi, 28, cedera dalam pengeboman itu dan dirawat di Hospital Chulalongkorn manakala Mohummad Khazaei, 42, ditahan di lapangan terbang Suvarnabhumi lewat Selasa lalu, ketika menunggu pesawat ke Malaysia.\rPansiri berkata, Moradi didakwa dengan cubaan membunuh  menggunakan bahan letupan manakala tiga suspek lagi didakwa memiliki bahan letupan. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.045015 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list