|
Militia terus berkuasa, kerajaan amal rasuah gagal laksana tanggungjawab\rTRIPOLI: Ketika Libya menyambut ulang tahun pertama permulaan kebangkitan menentang Muammar Gaddafi semalam, militia bersenjata adalah kumpulan yang memegang kuasa sebenar di negara itu.\r\n\n\n\n\rKerajaan yang mengambil alih pemerintahan diktator sejak sekian lama sebahagian besarnya tidak berfungsi, gagal mengalahkan pejuang, membangunkan semula institusi yang hancur atau menghentikan rasuah yang kian berleluasa.\r\r\n\n\n\n\nSeorang militia mengawal lapangan terbang manakala yang lain mengelilingi kejiranan di ibu kota Libya ini sehingga ke kubu mereka. \rMereka bertembung di jalanan, menakutkan penduduk dan menahan orang awam dalam penjara buatan di mana siksaan dikatakan berleluasa.\rMilitia revolusi adalah wira Libya, yang berjaya mengusir Gaddafi dan kini mengawal keselamatan di jalanan ketika polis dan tentera seolah-olah tidak wujud.\rMereka menegaskan tidak akan meletak senjata kepada kerajaan yang terlalu lemah, terbabit amalan rasuah berleluasa dan dikhuatiri akan mengembalikan Libya kepada pemerintahan diktator.\r\n\n\n\r“Saya sudah bosan,” kata komander satu kumpulan pejuang militia dari bandar pergunungan barat di Zintan yang mengawal lapangan terbang Tripoli.\rAhli politik Libya, Al-Mukhtar al-Akhdar menyalahkan militia kerana menyebabkan huru-hara di negara itu dan tidak berbuat apa-apa untuk membawa perubahan sebenar.\r“Mereka percaya revolusi tiada tempat di Libya kini,” kata al-Akhdar yang pernah memiliki syarikat pelancongan di Zintan. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|