|
TEL AVIV: Serangan di India, Georgia dan tiga letupan di Thailand mendorong diplomat Israel di seluruh dunia lebih berwaspada, dan seorang bekas pegawai keselamatan muncul dengan idea lebih melampau – menasihatkan mereka tidur dengan senjata di bawah bantal, lapor media Israel.\r“Berhati-hati adalah perkara utama dalam hal ini, kata Nimrod Firstenberg,” kata pegawai agensi keselamatan dalam negeri Israel, Shin Bet.\r\n\n\n\n\rFirstenberg, yang menjadi anggota pasukan keselamatan pelbagai kedutaan, memberikan amaran keras: “Tidur dengan senjata dan lampu suluh di bawah bantal.”\rDiplomat Israel di seluruh dunia berada dalam keadaan berjaga-jaga, malah kanak-kanak diberi amaran sentiasa berhati-hati, lapor ynetnews.com.\r\n\n\n\n\n\rSebuah kereta kedutaan Israel yang membawa isteri seorang diplomat menjadi sasaran serangan di New Delhi awal minggu ini manakala di ibu negara Georgia, Tbilisi, polis berjaya mematikan bom diletakkan pada kenderaan seorang warga negara itu yang bekerja dengan kedutaan Israel.\rSehari kemudian, tiga letupan menggegarkan Bangkok dan seorang lelaki Iran cedera.\rDiplomat veteran Israel, Eli Shaked, mencadangkan supaya diplomat Israel tidak menonjolkan diri sebaliknya cuba melakukan sesuatu di luar rutin untuk mengelirukan musuh.\r“Ia memberikan kesan semua orang termasuk kanak-kanak mungkin tidak ke sekolah. Anda perlu berbuat sesuatu untuk tidak berada di tempat yang sepatutnya bagi mengelakkan tempat pengganas mungkin merancang serangan. \r“Malah kanak-kanak sedar ada sesuatu berlaku dan perlu diarahkan memberi perhatian kepada apa yang berlaku tanpa panik serta menakutkan mereka. Matlamat kita ialah menjalani kehidupan normal sebaik yang boleh dalam persekitaran tidak normal,” dia dipetik sebagai berkata.\rDiplomat Israel diberitahu supaya tidak menggunakan kereta buat masa ini, lapor media. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|