CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

2 maut tertimbus tanah runtuh

[Copy link]
Post time 19-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Kejadian selepas hujan  ranapkan rumah mangsa di lereng bukit\rLAHAD DATU: Seorang budak perempuan berusia lapan tahun bersama ibu saudaranya maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut menyebabkan seorang lagi ahli keluarga mereka parah dan meranapkan seba-hagian rumah di Kampung Terusan, di sini semalam.\r\n\n\n\n\r   Kejadian  jam 1.30 pagi itu mengorbankan Nisdawati Jamal dan ibu saudaranya, Faridah Jompah, 40, manakala suami Faridah, Masdar Naning, 50, patah kaki. Faridah dan Nisdawati dipercayai tertimbus, manakala Masdar dihanyutkan aliran lumpur.\r\r\n\n\n\n\n   Ketiga-tiga mangsa bersama empat ahli keluarga mereka mendiami  rumah di lereng bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit,  ranap akibat kejadian berkenaan. \rDifahamkan, Nisdawati bersama ibu dan bapa saudaranya itu tidur dalam  bilik di ruang belakang. \rTiga anak Masdar dan Faridah, iaitu Suhardi, 24; Mariam 19, dan Mohd Azizul 15, bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan membawa bersama  cucu Masdar yang berusia empat bulan, Nurasheema Humaira Abd Rashid.\rKetika kejadian, semua mangsa  tidur dan  tersedar selepas mendengar bunyi tanah menggelungsur di belakang rumah, dipercayai berikutan hujan berterusan sejak jam 8 malam kelmarin.\r\n\n\n\rKetua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmod, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.53 pagi dan bergegas ke lokasi berkenaan sebelum  melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.\r“Mayat Nisdawati ditemui jam 10.55 pagi tadi (semalam), manakala mayat Faridah ditemui 15 minit kemudian di bilik sama. Keadaan rumah yang hampir 50 peratus tertimbus  menyukarkan usaha menyelamat serta mencari mangsa.\r“Kedua-dua mayat hanya ditemui selepas pasukan penyelamat menggunakan jengkaut. Usaha mencari turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan bomba sukarela,” katanya.\rMohd Apandi berkata, Masdar yang dihantar ke Hospital Lahad Datu  dilaporkan stabil dan  operasi mencari dan menyelamat dihentikan tengah hari semalam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049485 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list