|
Gaun baldu hitam, anting-anting antara yang akan dilelongLOS ANGELES: Gaun baldu hitam yang dimiliki penyanyi Whitney Houston dan sepasang anting-anting yang dipakai dalam filem The Bodyguard akan dijual kepada pelelong bulan depan. \n\n\n\nPelelong selebriti, Darren Julien, kelmarin berkata barangan lain milik penyanyi yang meninggal dunia secara mengejut pada 11 Februari akan turut dilelong bersama barangan kenangan milik artis Hollywood lain seperti tongkat Charlie Chaplin, jaket Clark Gable dari filem Gone With the Wind dan barangan Charlton Heston dalam filem The Ten Commandments. \n\n\n\n\nJulien berkata, lazimnya barangan kenangan selebriti boleh didapati selepas kematian mereka. “Ini membuktikan pada satu-satu masa barangan ini, seumpama pelaburan. Anda membeli barang koleksi seperti saham. Beli pada masa yang sesuai dan jual pada masa sesuai dan nilainya terus meningkat,” katanya. Bagaimanapun, penganalisis mempersoalkan sama ada keuntungan boleh didapati daripada kematian Houston kerana beliau baru meninggal dunia, Sabtu lalu.“Inilah kisah hidupnya. Jika anda menyembunyikan barangan ini kerana bimbang akan menghina orang lain, kehidupannya adalah sesuatu yang perlu diraikan. Barangan ini bersejarah selepas kematiannya. \n\n\n“Ia menjadi sebahagian sejarah. Ia sepatutnya berada dalam muzium. Beliau mempunyai kehidupan dan kerjaya yang tiada siapa ada seumpamanya.“Bagi peminat Whitney Houston dan tidak pernah bertemu atau bercakap dengannya, barangan ini benar-benar menyentuh sebahagian hidupnya. Banyak cara untuk menghubungkannya dan sebahagian hidupnya tanpa mengenalinya,” katanya.Gaun labuh penyanyi itu dinilai AS$1,000 (RM3,020) tetapi berkemungkinan kutipan lebih tinggi. Begitu juga dengan jaket yang dipakai dalam The Bodyguard, disenaraikan AS$400 (RM1,208) dan subang mutiara bermula dengan harga AS$600 (RM1,812). Peminat Houston dan pengumpul yang lain boleh membida menerusi internet, telefon atau ke lelong Legenda Hollywood pada 31 Mac dan 1 April. Banyak lagi barangan akan dipamerkan semasa pameran percuma bermula 19 Mac di Lelongan Julien di Beverly Hills, California, hanya beberapa blok dari Hotel Hilton Beverly di mana Houston ditemui mati pada usia 48 tahun. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|