CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

TUKAR buat 22 tuntutan kepada PAS Kelantan

[Copy link]
Post time 23-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) membuat 22 tuntutan terhadap kerajaan negeri atas kegagalan membawa sebarang perubahan sepanjang 22 tahun memerintah.Pengerusinya, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 22 tuntutan itu adalah sebahagian besar daripada manifesto yang didakwa gagal ditunaikan selepas berjanji dalam pilihan raya umum 1990, sekali gus menunjukkan rakyat negeri ini sudah disogokkan dengan pelbagai harapan serta janji palsu.\n\n\n\n  Katanya, sekiranya kerajaan negeri gagal memenuhi tuntutan itu sebelum pilihan raya umum nanti, rakyat Kelantan bersedia untuk menukar kepada kerajaan baru iaitu Barisan Nasional (BN).\n\n\n\n\n\n   “Pada Pilihan Raya Umum 1990, rakyat Kelantan meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan PAS untuk mengubah nasib mereka, namun gagal dipenuhi sehingga 22 tahun memerintah negeri ini.“Kini sudah tiba masanya rakyat Kelantan menolak kerajaan PAS Kelantan dengan memilih kerajaan BN, sekali gus ia juga sebagai pengajaran kepada kerajaan negeri sekarang, yang hanya pandai berjanji. Tuntutan ini akan dihantar kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.Kamarudin berkata, antara 22 tuntutan itu ialah kerajaan negeri perlu bertindak segera dalam menyelesaikan masalah air yang sudah berlarutan sekian lama dan rakyat tidak sanggup menunggu hingga 2027 baru dapat menikmati bekalan air bersih.Selain itu, katanya  Gerakan TUKAR juga meminta supaya anak tempatan diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat juga harus dari kalangan anak jati negeri ini.\n\n\n“Kerajaan PAS Kelantan harus segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada   belia di negeri ini yang kini  masih ramai menganggur selain menyegerakan bayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga tua bermula dari 1990 hingga sekarang.“Kerajaan negeri juga diminta supaya menghapuskan cukai pintu, bayaran tempat parkir serta sewa tapak operasi kereta sewa seluruh negeri selain cukai kepala bakul yang dikenakan kepada peniaga kecil,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.047575 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list