|
KUALA LUMPUR: Sebelas daripada 16 penyokong Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) dihukum penjara sehari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan menyalahi undang-undang, tiga tahun lalu.\rHakim Wan Ainul Shahrin Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap 11 tertuduh yang berusia 22 hingga 48 tahun, dan memerintahkan mereka dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda berkenaan.\r\n\n\n\n\r Wan Ainul bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Tinggi. \r\r\n\n\n\n\nTertuduh adalah Nordin Muhamad, Mohd Sukeri Mohammad, Hasbullah Pit, Wan Muhammad Jazlan Rozali, Mohd Petri Mohd Yasin, Mohamad Salehuddin Yusop, Mohd Fazly Mohd Ismail, Salmah Ismail, Norlalila Othman, Rashini dan Nashitah. Semua tertuduh membayar denda itu.\rLima lagi tertuduh turut didapati bersalah atas tuduhan sama, tetapi tidak hadir di mahkamah.\rMahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohamad Sukri Mohamad Sirat, Syaza Muaz Shaharudin dan Norazam Sakib kerana gagal hadir tanpa alasan munasabah dan menangguhkan menjatuhkan hukuman terhadap Zul Sifli Kamma Kutty dan Hayati Abd Samad yang tidak hadir kerana mempunyai masalah keluarga.\rWan Ainul menetapkan 21 Mac ini untuk sebutan waran tangkap dan hukuman.\r\n\n\n\rDalam penghakimannya, Wan Ainul berkata, selepas meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, didapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|