View: 180|Reply: 0
|
JAIS, MAIS digesa siasat kegiatan murtad
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta menyiasat dakwaan Pengerusi JATI yang juga bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengenai kegiatan memurtadkan umat Islam di negeri ini.\rMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata MAIS dan JAIS perlu siasat dakwaan itu kerana ia boleh mewujudkan ketidakstabilan di kalangan orang bukan Islam. \r\n\n\n\n\r “Kita tidak mahu isu ini terus diperkatakan termasuk dakwaan mubaligh Kristian masuk masjid berjubah dan berkopiah.\r\r\n\n\n\n\n “Hasan cakap macam-macam mengenai usaha memurtadkan umat Islam dan MAIS dan JAIS perlu segera lihat isu yang berlaku ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di sini, semalam.\rKelmarin, Hasan mendakwa usaha memurtadkan umat Islam semakin serius dan akan menayangkan rakaman video sepasang suami isteri yang dimurtadkan kepada umum dalam tempoh terdekat bagi mendedahkan bukti berhubung tindakan pihak gereja yang melakukan pelbagai pendekatan bagi memurtadkan umat Islam di negara ini.\rHasan berkata, bukti berkenaan adalah antara bukti yang diperoleh ketika sesi sesi pendengaran bawah Unit Selamatkan Akidah (USA) yang ditubuhkan ketika beliau masih bertugas sebagai EXCO yang menjaga hal ehwal Islam.\rSementara itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan pakar dari Kanada mengenai cara untuk merawat dan menapis air lombong bagi menampung bekalan air di Lembah Klang, terutama untuk kegunaan isi rumah.\r\n\n\n\rBeliau berkata, selain memastikan sumber air terbabit selamat digunakan, adalah penting untuk kerajaan negeri turut mengkaji setiap sumber air yang digunakan itu dari segi kos dan manfaatnya.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|