CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

OKU, polis bergaduh di Bolivia

[Copy link]
Post time 25-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LA PAZ: Penduduk kurang upaya (OKU) di Bolivia bergaduh dengan anggota polis di ibu negara La Paz selepas kumpulan OKU berkenaan menuntut kerajaan membayar subsidi tahunan.\rSatu konvoi disertai OKU itu bergaduh dengan anggota polis ketika bantahan diadakan. Satu karavan membawa 50 orang dewasa dan kanak-kanak tiba di La Paz, sebahagiannya bertongkat dan orang lain berkerusi roda tiba di La Paz selepas memulakan perjalanan dan kempen selama 100 hari.\r\n\n\n\n\r  Mereka kemudian bertempur dengan anggota polis yang mengawal dewan perundangan menyebabkan empat orang ditahan selepas mereka cuba memecah masuk dewan undangan negeri.\r\r\n\n\n\n\n  Kumpulan OKU itu menuntut kerajaan Bolivia membayar sekurang-kurangnya 3,000 (bolivianos) setahun bersaman AS$430 (RM1,290).\rMereka memulakan perjalanan ke ibu negara pada 15 November lalu untuk ke La Paz dan sudah melepasi jarak perjalanan 500 kilometer.\r“Ada yang  memberi beras, kopi, gula dan roti. Tetapi, ada kalanya kami terpaksa tidur di bawah pokok atau di mana-mana tempat memberi penginapan percuma,’ kata Mariaca yang menggunakan kerusi roda sejak 30 tahun lalu.\rTidak ada perangkaan menunjukkan berapa ramai OKU di Bolivia. \r\n\n\n\rKementerian Kesihatan menyatakan 35,000 orang di seluruh negara tetapi kumpulan hak asasi manusia percaya angkanya melebihi 600,000 atau lebih enam peratus daripada penduduk. -Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.218338 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list