CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

Dua pegawai Amerika ditembak mati di Afghanistan

[Copy link]
Post time 27-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KABUL: Dua pegawai Amerika Syarikat ditembak mati di dalam bangunan Kementerian Dalam Negeri Afghanistan kelmarin ketika rusuhan terus mencengkam negara itu untuk hari kelima berhubung kes pembakaran al-Quran di pangkalan pasukan Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (NATO).\rNATO memanggil balik semua stafnya yang bertugas di kementerian di Kabul berikutan serangan itu, dengan komander atasannya menggelar pembunuh sebagai pengecut.\r\n\n\n\n\r“Atas alasan keselamatan, saya juga mengambil langkah segera  memanggil balik semua kakitangan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF)  yang bekerja di kementerian di dan sekitar Kabul,” kata Jeneral John Allen, sambil menambah penyerang tidak akan terlepas.\r\r\n\n\n\n\nTaliban mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan itu, yang dikatakan sebagai membalas dendam di atas penghinaan kepada al-Quran di pangkalan Bagram.\rSumber keselamatan Afghanistan berkata, kedua-dua  yang maut ialah pegawai berpangkat kolonel dan mejar dengan pasukan NATO. Kes pembakaran al-Quran menyemarakkan semangat antiBarat di Afghanistan di sebalik permohonan maaf oleh Presiden Barack Obama dan desakan Presiden Hamid Karzai supaya rakyatnya bertenang.\rBeribu-ribu penduduk mengambil bahagian dalam bantahan. Dua belas maut dan berbelas-belas lagi bahaya Jumaat lalu, dalam kejadian demonstrasi paling berdarah.\rSumber keselamatan Afghanistan berkata pegawai Amerika itu ditemui mati dengan kesan tembakan di dalam bangunan Kementerian Dalam Negeri yang dikawal ketat.\r\n\n\n\r“Ada kamera litar tertutup dan kunci khas. Pembunuh pasti memiliki pelepasan keselamatan tertinggi untuk pergi ke bilik membunuh mereka,” kata sumber.\rISAF mengesahkan dua pegawainya maut di Kabul tetapi enggan memberitahu sama ada penembak adalah anggota pasukan keselamatan Afghanistan.\rJika kejadian itu mempunyai kaitan dengan pasukan keselamatan Afghanistan, persoalan akan timbul mengenai pembabitan Taliban ke dalam pasukan itu selain kemampuan mereka mengawal negara itu sebaik pasukan NATO berundur pada tahun 2014.\rJurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, dalam satu kenyataan berkata empat pegawai tinggi Amerika terbunuh walaupun ia selalu membesar-besarkan cerita dan menambah bilangan kematian. – REUTERS

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197681 Replies : 4584
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 1111 Replies : 0
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 1616 Replies : 0
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73507 Replies : 316
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.069625 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list