View: 39136|Reply: 52
|
Stesen Keretapi di Teluk Intan yang kian Dilupai
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by sintalo at 29-2-2012 14:20
Tahukah anda dahulunya masih terdapat perkhidmatan keretapi di Teluk Intan. Mengikut sejarahnya, landasan ini telah dirasmikan pada 18 Mei 1883. Landasan keretapi Teluk Intan bermula dari Tapah Road dan melalui beberapa lokasi seperti Degong, Chikus, Sungai Tukang Sidin, Permatang, Sungai Kerawai, Sungai Manik, Teluk Anson Town dan Wharf Teluk Intan. Namun demikian, seiiring dengan perkembangan masa perkhidmatan keretapi di Teluk Intan telah ditamatkan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun 1989. Ini berikutan oleh beberapa sebab seperti penumpang yang sudah semakin berkurang, pelabuhan Teluk Intan yang semakin kurang penting serta perkembangan jalan raya yang sudah semakin baik.
Sebuah gambar lama yang menjadi bukti kepada sejarah lama perkhidmatan keretapi di Teluk Intan
Walaupun demikian, beberapa tinggalan perkhidmatan keretapi di Teluk Intan masih boleh dilihat dan dikekalkan. Saya dapat melihat beberapa tinggalan penting sejarah perkhidmatan keretapi di Teluk Intan. Antaranya ialah bangunan stesen keretapi Teluk Intan yang kini dijadikan sekolah memandu. Pintu pagar lintasan keretapi dengan jalan raya menuju ke Bidor juga masih boleh dilihat. Saya juga sempat menjejaki tinggalan landasan di Chikus. Namun demikian, saya tidak dapat meramal berapa lamakah tinggalan-tinggalan bersejarah ini mampu bertahan mendepani cabaran kemodenan yang makin mencengkam.
Bangunan Stesen Keretapi Teluk Intan yang kini dijadikan sekolah memandu
Papan tanda stesen keretapi Teluk Intan. Perhatikan tulisan pada papan tanda berkenaan jelas tertulis "TELUK ANSON TOWN"
Cebisan kayu landasan yang masih boleh dilihat
Platform stesen keretapi Teluk Intan yang masih kekal
Stesen Keretapi Teluk Intan dalam kenangan
Pagar lama landasan keretapi yang merintangi jalan raya dari Teluk Intan ke Bidor masih dikekalkan untuk tatapan generasi kini
Suatu ketika dahulu keretapi pernah lalu disini
Tinggalan landasan keretapi di Chikus tidak jauh dari Teluk Intan
Semak samun menutupi bekas landasan
Ada keretapi pernah lalu disini dahulu
Cebisan kayu landasan yang usang dimamah masa
Salah satu tinggalan terunggul sejarah perkhidmatan keretapi di Teluk Intan ialah sebuah jambatan besi yang merintangi kuala Sungai Bidor. Masyarakat tempatan di sekitar Teluk Intan ( terutama di Kampung Bahagia ) memanggilnya sebagai "geghrotak". Ia merupakan sebuah jambatan keretapi klasik yang dibina oleh pihak British bagi menghubungkan landasan dari Tapah Road ke Teluk Intan. Catatan sejarah menunjukkan bahawa pembinaan jambatan ini mengambil masa selama hampir 2 tahun iaitu dari tahun 1891 hingga 1893. Bagi saya ia merupakan sebuah hasil kejuruteraan yang terhebat pada ketika itu. Setelah perkhidmatan keretapi Teluk Intan ditamatkan, landasan ini telah terbiar dan tidak digunakan lagi. Namun atas inisiatif pihak berkuasa tempatan, jambatan ini telah dibaikpulih dan dipulihara seterusnya telah diturap untuk dijadikan laluan motosikal dan pejalan kaki. Jambatan ini masih lagi digunakan oleh penduduk setempat kerana ia dapat memendekkan laluan untuk ke Teluk Intan.
Jambatan keretapi yang merintangi kuala Sungai Bidor di Teluk Intan suatu ketika dahulu
Jambatan Keretapi Teluk Intan kini
Panorama kuala Sungai Bidor yang mengalir lesu dari atas jambatan.
Map Jaringan Keretapi 1950
Kredit: http://indahrasajmalim.blogspot.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lorr..... semalam baru aku pergi teluk intan. melawat tempat kelahiran bapak aku. alau aku tau thread ni ni nak buka harini aku amik gambar banyak banyak landasan ketapi dan bekas stesen kretapi teluk intan ni ha. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelah mesjid ni la terletaknya tapak umah opah aku yg dah dirobohkan sekarang ni. tinggal tangga aje. jurugambar org kampung ni ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu lar.. sebenarnya ramai yang tak tau kewujudan stesen keretapi di Teluk intan nie... Sejarah lama nie perlu dirungkai dan dikupas demi warisan generasi akan datang... Wujudnya jaringan keretapi tu sb dulu Teluk Intan (Teluk Anson) terkenal dengan Pelabuhan yang tersibuk pada suatu ketika dahulu... kalau ada gambar-gambar minta tolong syerkan... utk tatapan umum |
|
|
|
|
|
|
|
Masyarakat tempatan di sekitar Teluk Intan ( terutama di Kampung Bahagia ) memanggilnya sebagai "geghrotak".
sintalo Post at 29-2-2012 14:17
Orang Sungai Manik panggil "garatak basik".
Sebelum siapnya jalan raya baru yang menghubungkan terus Kampung Bahagia dengan Teluk Ensen melalui jalan ke Changkat Jong pada awal 1980an, "geghrotak" merupakan jambatan yang mesti dilalui. Terdapat dua "geghrotak", satu "geghrotak utama" untuk laluan motorsikal, kereta, lori, bas dan keretapi. Satu lagi "geghrotak" untuk laluan basikal dan pejalan kaki, walaupun kadang-kadang penunggang motorsikal yang tidak sabar, ciluk guna laluan ini.
"Geghrotak utama", walaupun namanya utama, tapi laluannya sehala sahaja. Jadi, lampu isyarat digunakan untuk setiap belah. Kalau ada keretapi yang dijangka lalu, akan ada bunyi deringan loceng. Lama sikit kena tunggu lampu isyarat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cap_ayam at 29-2-2012 15:22
hmm setahu saya, dulu pun ada perkhidmatan keretapi yang menyambungkan pekan tampin ke melaka. saya tau perkara ni sebab di kampung pengkalan, alor gajah, terdapat bekas platform stesen keretapi lama. tapi dah terletak di antara rumah orang.
Maklumat lanjut boleh rujuk sini : http://www.malayarailway.com/2009/01/fmsr-tampin-melaka-line.html
Setahu saya stesen keretapi melaka dulu letaknya di kawasan belakang pasaraya ocean sekarang ni.. maafkan kalau saya tersilap.
Untuk TT, maaf off topic |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sintalo at 29-2-2012 15:52
Pemandangan Stesyen Keretapi Teluk Anson 1964
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sintalo at 29-2-2012 16:50
Permandangan dari udara Teluk Anson (Teluk Intan) pada tahun 1952
012 Telok Anson - Note the steam train
http://www.656squadron.org/galleries/1907%201952-55%20Benta%20-%20Taiping%20KM/images/012%20Telok%20Anson%20-%20Note%20the%20steam%20train.jpg |
|
|
|
|
|
|
|
nanti ai nak tanye dgn mak ai kalu dia tau sal stesen ketapi di Teluk Mak Intan nih... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu i pernah dibesarkan di Teluk Intan. Kawasan keretapi tinggal ni tempat i selalu main basikal. Thank u TT sbb upload gambar. Time passes quickly |
|
|
|
|
|
|
|
DENDAM SI GAJAH ( SG.KERAWAI, TELUK INTAN)
Sejarah system rel di Tanah Melayu telah membuka lembarannya pada 1 Jun 1885 apabila jalan kereta api
yang pertama, menhubungkan Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang), telah dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low – Residen Perak ketika itu. Tujuan utama ianya dibina adalah untuk mengubungkan kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Pembinaan tersebut diteruskan di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Sehingga tahun 1905, landasan kereta api dari utara ke selatan siap dibina sepenuhnya yang menghubunkan stesen Butterworth ke Melaka.
PORT WELD (KUALA SEPETANG)
Pada peringkat awal sistem pengangkutan ini beroperasi, iaitu ketika zaman sebelum merdeka, ia sering menerima ancaman dan serangan luar jangkaan. Bukan sekadar serbuan daripada komunis, tetapi juga ancaman daripada haiwan liar. Paling tragis, seranan sekumpulan gajah yang naik minyak dan mengamuk dengan menyerang kereta api yang sedang meluncur laju dia atas landasan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail, kejadian tersebut berlaku pada tahun 1894, membabitkan perjalanan kereta api penumpang dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur. Kereta api wap itu membawa 3 gerabak penumpang yang kebanyakkannya terdiri daripada saudagar serta tauke lombong yang baru pulang dari meninjau beberapa lokasi perlombongan di Perak.
Sebaik tiba di Teluk Anson ( Teluk Intan ), kereta api tersebut diserang oleh seekor gajah jantan bersama sekawan gajah lain yang menunggu di laluan kereta api. Gajah jantan tersebut telah merempuh kereta api yang sedang bergerak itu secara berhadapan – dengan cara menyondol.
Rempuhan tersebut telah menghasilkan momentum yang amat kuat sehingga kereta api berkenaan tergelincir dan
gerabaknya terkeluar dari landasan. Beberapa batang besi rel juga turut tercabut serta patah. Ketika kejadian, kereta api berkuasa wap itu dipandu antara 40 – 50 batu sejam dan dianggap laju bagi keupayaan enjin kelas wap.
Kereta api dengan muatan 3 gerabak penumpang yang mempunyai kelajuan seperti itu, sukar untuk dibayangkan kekuatan seekor gajah yang mampu menumpaskan sebuah kereta api.
Berdasarkan kepada cerita lisan, gajah jantan berkenaan dikatakan mempunyai susuk yang besar, lebih besar dari gerabak kereta api. Penduduk setempat percaya, gajah jantan tersebut mengamuk untuk menuntut bela di atas kematian anaknya yang dirempuh kereta api di kawasan yang sama, beberapa tahun sebelum itu.
Kemudian pada tahun 1888, seekor gajah betina pula maut dilanggar kereta api ketika menyelamatkan sekumpulan gajah lain yang sedang melintas laluan rel. Dikatakan, gajah betina itu merupakan anak kepada gajah jantan tersebut.
Gajah sememangnya dikenali antara haiwan yang sangat pantang @ terlalu sensetif melihat cahaya pada waktu malam. Secara kebetulan, kejadian itu juga berlaku antara lewat petang dan senja, iaitu sekitar pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Hutan tebal yang menyelubungi kawasan tersebut menjadikan suasana sekeliling agak gelap.
Bagaimanapun, akibat rempuhan yang sangat kuat secara berdepan, gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Dua orang pekerja kereta api warga India turut terbunuh. Manakala penumpang lain yang menaiki gerabak belakang hanya mengalami cedera ringan.
Sehingga kini kejadian tersebut masih diingati oleh penduduk di sekitar Teluk Intan, Perak. Bagi memperingati sejarah tersebut, tengkorak gajah terbabit telah diawet dan disimpan di Muzium Perak yang terletak di bandar Taiping untuk tatapan umum. Tulang paha gajah itu ditempatkan di Muzium KTMB, manakala gadingnya difahamkan telah dibawa ke England oleh pihak British ketika itu.
http://cikracorner.blogspot.com/ ... ai-teluk-intan.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
woww...knpe tmpt brsjarah ni cm xde nilai jee...xde ke pihak yg nk pelihara blik tmpt ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru tau.. hee thanks TT..
kdg2 tngok benda sejarah nie cepat jer nak byangkan macam mana kehidupan zaman dulu-dulu. macam mana dulu ada skrg dah xde... |
|
|
|
|
|
|
|
nice piece of history to know |
|
|
|
|
|
|
|
wow.....
sejarah yg bagus..... |
|
|
|
|
|
|
|
stesen keretapi t intan, skang ni dah jadi tmpat sekolah memandu |
|
|
|
|
|
|
|
kalo blk kg nk nk pegi pekan t.i mst lalu kt smpg yg de pghadg ketapi tu..dlu sblm kdai toyota tu naik,rel ketapi still ade n slalu g main beskal kt sne..memori sggh! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# sintalo
|
|
|
|
|
|
|
| |
|