CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

Letupan bom gegar Selatan Thai

[Copy link]
Post time 2-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Dua anggota tentera dan seorang penolong ketua kampung cedera dalam serangan di Narathiwat dan Yala pagi semalam , manakala beberapa kebakaran berlaku di Pattani, kata polis.\rDi Narathiwat, pemisah meletupkan bom buatan sendiri ketika trak pikap yang membawa enam anggota tentera menuju ke kampung Kuching Rupa di daerah Chalerm of Rangae untuk bertugas.\r\n\n\n\n\rKetua pasukan itu, Leftenen Rapeepat Mongkol, 25, dan Sarjan Sompot Noochan, 32, cedera manakala kenderaan itu rosak.\r\r\n\n\n\n\nDi Yala, penolong ketua kampung, Makruri Mani, 40, sedang dalam perjalanan ke kedai teh di kampungnya di Purong apabila seorang lelaki bersenjata yang menunggang motosikal melepaskan dua tembakan ke arahnya.\rBeliau cedera di tangan dibawa ke hospital Yala untuk mendapatkan rawatan. Polis masih menyiasat kejadian itu.\rSementara itu, kebakaran berlaku hampir serentak di enam lokasi berbeza di Pattani, dua di daerah Muang, Khok Pho dan Sai Buri awal pagi, semalam.\rDi Muang, kebakaran berlaku di bahagian barangan pengguna di pusat beli belah di Pattani kira-kira jam 1.00 pagi. \r\n\n\n\rTiga kereta bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal 20 minit kemudian selepas menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan sebahagian stok.\rSeorang pengawal keselamatan, Abdulloh Naelee, berkata beliau mendengar bunyi letupan sebelum melihat api dan asap. \rPolis kemudian berkata, kebakaran berpunca daripada bom yang dilemparkan ke dalam bangunan itu.\rPada masa sama, satu lagi kebakaran berlaku di depan pusat beli belah Big C di jalan Nong Chik di daerah Muang. Kebakaran berjaya dipadam pengawal keselamatan bagaimanapun, terdapat kerosakan di bahagian baju kanak-kanak.\rDi daerah Khok Pho, kebakaran pertama berlaku di gudang Tanin Parawood Co di Ban Tharua manakala yang kedua berlaku di tingkat pertama Minimart KP. \rGabenor Pattani, Theera Mintrasak, berkata semua empat kebakaran di Muang dan Khok Pho berpunca daripada bom api.\rDi Sai Buri, kebakaran tercetus di pejabat lebuh raya menyebabkan sebahagian bangunan dan sebuah bangunan berhampiran rosak.\rSebutir bom tangan turut ditemui di dalam tin dan berjaya dimatikan oleh polis yang tiba di tempat kejadian.\rSatu lagi kebakaran berpunca daripada tayar trak yang diletakkan di tepi jalan di Ban Joh Kuyae, menyebabkan kerosakan kecil.\rPolis percaya kebakaran dilakukan pemisah Islam. Lebih 5,000 maut dan 8,400 cedera dalam pergolakan di tiga wilayah paling selatan di Thailand sejak keganasan meletus pada Januari 2004. – Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035074 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list