View: 145|Reply: 0
|
GP Joran buka peluang niaga
[Copy link]
|
|
MELAKA TENGAH: Karnival pra-GP Joran Berita Harian 2012 di Pantai Puteri, Tanjung Kling, dekat sini, yang bermula hari ini turut memberi peluang kepada masyarakat tempatan menambah pendapatan dengan menjalankan pelbagai jenis perniagaan di lokasi berkenaan.\rKira-kira 40 gerai jualan dan pameran sudah disediakan pihak penganjur bersama Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Pantai Kundor bagi membolehkan usahawan kecil meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.\r\n\n\n\n\r Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab Rahaman Ab Karim, berkatapeluang itu bukan saja dapat menjana pendapatan penduduk setempat, malah memeriahkan lagi program tahunan yang dianjurkan Berita Harian dengan kerjasama kerajaan Melaka itu.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menjadi tetamu di stesen radio Melaka FM, di sini, semalam.\rSementara itu, Ketua Unit Persatuan Nelayan Pantai Puteri, Abdullah Yahya, berkata pihaknya sudah bersedia membantu menjayakan karnival itu dengan menempatkan kira-kira 10 ahlinya di sekitar lokasi bagi menjaga keselamatan serta keperluan lain.\rKaunter pendaftaran pra-GP Joran akan dibuka mulai jam 9 pagi hari ini sehingga 8 pagi esok di lokasi pertandingan. Pemancing berminat menyertai pertandingan ini boleh menghubungi wakil Unit Joran di talian 019-2215083 (Rafiz), 013-3084254 (Zulhilmi) dan 016-6359023 (Osman).\rPerasmian pertandingan bakal dijalankan Abd Rahman manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam esok.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|