CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Nyaris maut diserang gajah

[Copy link]
Post time 3-3-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Pengalaman diserang gajah liar di Kampung Jelung, Setiu, kelmarin, mungkin pengalaman paling pahit sepanjang 40 tahun berkhidmat dengan Jabatan PERHILITAN bagi Mohd Noor Abdullah yang akan bersara November depan.\rDalam kejadian jam 1 tengah hari, Mohd Noor, 58, dari Kampung Binjai, Kemaman, nyaris terbunuh selepas gajah yang cuba ditangkap naik minyak dan menyerang Mohd Noor dan empat rakannya yang mengepung sekumpulan gajah kerana mengganggu tanaman penduduk.\r\n\n\n\n\rAkibat serangan itu, Mohd Noor cedera parah di muka dan badan serta patah lima tulang rusuk dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. \r\r\n\n\n\n\nIsteri mangsa, Zamariah Seman, 52, yang ditemui di luar wad itu semalam berkata, dia dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa suaminya pada jam 4.30 petang.\r“Sudah 40 tahun suami berkhidmat dengna PERHILITAN. Ini kejadian (buruk) pertama menimpanya,” kata ibu kepada 13 anak ini.\rSementara itu, Pengarah PERHILITAN Terengganu, Yusoff Shariff berkata, mangsa bersama empat anggota memantau pergerakan gajah sejak Isnin lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.032165 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list