CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Pekebun temui mayat dibakar, ditimbus daun sawit

[Copy link]
Post time 3-3-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
AYER HITAM:  Seorang pekebun terkejut apabila menemui mayat reput dipercayai mangsa pembunuhan dan dibakar sebelum ditimbus dengan daun kelapa sawit dalam kebunnya, dekat Kampung Jawa, di sini, pagi semalam.\rKetua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata  mayat berkenaan ditemui pekebun berkenaan ketika sedang membersihkan kawasan berkenaan, kira-kira jam 9 pagi. \r\n\n\n\n\r “Pemilik kebun yang bekerja sendirian itu terkejut apabila menemui mayat dengan kesan bakar dan ditimbus separuh badan dengan daun sawit ketika melakukan pembersihan kawasan itu.\r\r\n\n\n\n\n “Mayat berkenaan ditemui dalam lopak berair di kebun sawit berkenaan, yang terletak kira-kira 700 meter dari  jalan masuk utama Kampung Jawa. Berikutan penemuan itu, pekebun terbabit  membuat laporan polis sebelum sepasukan penyiasat dikejarkan ke lokasi, kira-kira jam 9.30 pagi.\r“Hasil siasatan di tempat kejadian, polis menemui kesan di permukaan tanah kira-kira 10 meter dari mayat berkenaan yang dipercayai menjadi tempat pembakaran mangsa sebelum mayatnya dibuang dalam lopak itu,\" katanya, di sini, semalam.\rDin berkata, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan mayat yang sudah reput dan rentung kerana dipercayai sudah lima hari berada di lokasi itu, hasil pemeriksaan oleh Unit Siasatan Forensik Polis Johor. \r“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.617636 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list