CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

Kebencian terhadap Obama meluap

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syerif dakwa sijil lahir presiden AS palsu, iklan stesen kereta api guna bahasa kasarPHOENIX: Seorang Syerif di pejabat Syerif Maricopa County, Arizona, Joe Arpaio, 80, mendakwa, siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati bahawa sijil kelahiran Presiden Barack Obama adalah palsu.\r“Hasil daripada siasatan terperinci yang dijalankan kakitangan saya  selama enam bulan, saya  percaya bahawa sijil kelahiran Obama dicetak menggunakan komputer,” katanya.\r\n\n\n\n\rArpaio, seorang anggota Republikan yang disifatkan sebagai syerif  paling lantang bersuara,  menggesa Kongres menyiasat penemuannya, termasuk undang-undang menyatakan bahawa mereka yang memalsukan dokumen melakukan dua jenayah, iaitu menghasilkan dokumen palsu dan mengemukakannya kepada umum.\r\r\n\n\n\n\n“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menuduh presiden Amerika sekarang melakukan jenayah, tetapi ada banyak persoalan yang memerlukan jawapan. Kami berhasrat meneruskan siasatan bagi mendapatkan jawapan itu,” katanya.\rPada April 2011, Obama mengemukakan butiran terperinci sijil kelahirannya dalam usaha meredakan spekulasi dikalangan anggota Republikan bahawa beliau tidak dilahirkan di Amerika, syarat yang diperlukan perlembagaan untuk menyandang jawatan presiden.\rArpaio berkata, siasatan dijalankan oleh lima anggota sukarela selepas menerima permintaan daripada kumpulan pelobi politik Tea Party di kawasan Phoenix.\rRumah Putih berulang kali menafikan dakwaan bahawa Obama tidak dilahirkan di Amerika.\rSementara itu, lain pula halnya di Stesen Kereta Api Bawah Tanah Dupont Circle Metro (DC Metro Station) Washington, apabila satu papan iklan yang mengkritik program pembaruan penjagaan kesihatan Obama, diakhiri dengan kata-kata ‘pergi jahanam Barack!’\r“Barack Obama mahu ahli politik dan birokrat menguasai keseluruhan sistem perubatan di Amerika. Pergi jahanam Barack,” kata kenyataan awal iklan itu sebelum diakhiri dengan ayat itu.\rSeorang anggota Kongres Demokrat dari Virginia, Jim Moran, menulis surat kepada Pengarah Urusan Metro, menggesa beliau menurunkan iklan terbabit.\r“Iklan itu menunjukkan sikap biadab terhadap presiden Amerika dan tidak dimiliki pihak berkuasa Pengangkutan Metropolitan Washington (WMATA),” katanya.\rBagaimanapun, WMATA berkata, bahasa yang digunakan di dalam iklan terbabit boleh digunakan dan dilindungi di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika yang menjamin kebebasan bersuara.\r“Iklan WMATA tertakluk di bawah undang-undang forum umum dan dilindungi perlembagaan,” kata pihak berkuasa Metro dalam satu kenyataan. –  Reuters/AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.383406 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list