CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 1

15 GRO beraksi ghairah ditahan

[Copy link]
Post time 4-3-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seramai 15 wanita pelayan pelanggan (GRO) sebuah premis hiburan di Jalan Metro Prima Perdana Barat 7, Kepong, di sini ditahan kerana terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, termasuk melakukan pelbagai aksi ghairah.\rKetika serbuan jam 2.30 pagi semalam itu, 14 wanita warga Thailand dan seorang warga Vietnam terbabit berpakaian seksi sehingga menampakkan seluar dalam dan coli sedang leka mengadakan tarian menghairahkan di atas pentas dalam premis berkenaan.\r\n\n\n\n\r   Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Md Isa, berkata wanita warga asing berusia antara 22 hingga 34 tahun itu melakukan pelbagai aksi ghairah bagi memikat hati pengunjung premis yang beroperasi secara haram sejak lima tahun lalu itu.\r\r\n\n\n\n\n   Katanya, siasatan awal mendapati, sejurus tarian dihentikan untuk seketika, GRO terbabit akan datang ke meja pengunjung sebelum menawarkan khidmat seks yang akan dilakukan di hotel bajet berhampiran sejurus premis menamatkan operasinya sekitar jam 2 pagi.\r“Pemeriksaan juga mendapati semua wanita yang ditahan memasuki negara ini berulang kali dengan menggunakan pas lawatan sosial dan akan disiasat mengikut Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya ketika ditemui selepas serbuan dijalankan.\rSelain GRO warga asing dan penjaga premis berkenaan, polis turut mengambil keterangan daripada pengunjung premis hiburan terbabit terdiri daripada 44 lelaki dan lima wanita.\rAzman berkata, pemilik premis juga akan dikenakan tindakan mengikut akta sama kerana membenarkan pekerja asing bekerja tanpa sebarang permit sah, selain tindakan atas kesalahan menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2012 08:14 AM | Show all posts
kenapa 15 orang je? kenalah ramai sikit, the more the merrier
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.278770 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list