View: 162|Reply: 0
|
RM100j bantu usahawan di NCER
[Copy link]
|
|
Dana khas biayai inisiatif pembangunan pacu ekonomi BumiputeraGEORGETOWN: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melalui Dana Mudah Cara memperuntukkan RM100 juta sebagai modal permulaan membiayai inisiatif pembangunan Bumiputera berteraskan keusahawanan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).\n\n\n\n Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata dana berkenaan diperuntukkan khusus untuk memacu usahawan Bumiputera dalam bidang pelancongan, logistik, pertanian dan pembuatan dalam tempoh dua tahun akan datang.\n\n\n\n\n “Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion dalam dana itu dan kita ambil RM100 juta untuk diagihkan bertujuan membantu program keusahawanan Bumiputera di NCER bermula di Pulau Pinang.“Dana diperuntukkan bagi membiayai perniagaan dalam sektor pertanian, pelancongan, logistik dan pembuatan dalam tempoh dua tahun akan datang dan berharap usahawan Bumiputera di NCER dapat memanfaatkan peluang ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan inisiatif TERAJU, Jejak 2012 di sini, semalam.Hadir sama, Ketua Eksekutif TERAJU, Husni Salleh, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq dan Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Raja Azura Raja Mahayuddin.Dana Mudah Cara diwujudkan pada Ogos tahun lalu hasil kerjasama TERAJU dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dengan matlamat menyediakan sokongan pembiayaan kepada syarikat Bumiputera negara ini.\n\n\nSyarikat Bumiputera yang ditumpukan adalah khusus berkaitan dengan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), Projek Permulaan (EPP) dan bantuan dana untuk program TERAS, iaitu program peningkatan syarikat kecil sederhana Bumiputera berprestasi tinggi.Selain itu, Nor Mohamed berkata, peruntukan itu berkemungkinan besar ditambah dari semasa ke semasa, bergantung kepada kejayaan inisiatif pembangunan berteraskan keusahawanan NCER.Katanya, kerajaan juga akan mengagihkan sejumlah peruntukan kepada wilayah koridor pembangunan lain di negara supaya program pembangunan keusahawanan dapat dirasai oleh peniaga Bumiputera pada peringkat bawahan.“Kita memang akan menyalurkan sebahagian peruntukan Dana Mudah Cara ini ke koridor pembangunan lain juga tetapi jumlahnya pula masih belum dapat diumumkan lagi pada waktu ini.“Dana ini harus diagihkan kepada usahawan Bumiputera pada peringkat akar umbi seluruh negara melalui agensi terbabit seperti pihak berkuasa koridor dan kita tidak boleh duduk saja mengharapkan mereka (usahawan) ini datang untuk diberikan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|