CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

Pimpinan tertinggi PAS temui Azizan, 2 EXCO

[Copy link]
Post time 4-3-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Pucuk pimpinan tertinggi PAS malam tadi menemui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta dua Exco yang enggan menerima pelantikan jawatan dalam usaha menjernihkan keadaan pentadbiran negeri ini.\rUsaha itu diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Muhammad Sabu dan beberapa ahli Jawatankuasa PAS Pusat berikutan mesyuarat di ibu negara selama empat jam yang diadakan pada malam Khamis lalu menemui jalan buntu.\r\n\n\n\n\r  Turut dipanggil ialah dua Exco yang dikatakan berusaha untuk menyingkirkan Azizan, iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah dan Datuk Dr Ismail Salleh yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Setar.\r\r\n\n\n\n\n  Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pelaburan dan Industri yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah turut hadir. \rAbdul Hadi dilihat tiba kira-kira jam 9.50 malam dan mesyuarat tertutup yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon itu bermula kira-kira jam 10 malam.\rPetugas media yang membuat liputan dan ahli PAS bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan manakala pintu pagar dikawal ketat.  \rKemelut dalam pentadbiran PAS Kedah bermula apabila Phahrolrazi yang juga Exco kanan bersama Dr Ismail menolak untuk dilantik semula ke jawatan itu beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah jawatan Exco berlangsung di Istana Anak Bukit, Isnin lalu.\r\n\n\n\rBerikutan itu, pelbagai usaha memujuk mereka menerima jawatan dilakukan oleh kepimpinan tertinggi parti, bagaimanapun gagal. Malah, Phahrolrazi dan Dr Ismail bertindak lebih berani apabila menetapkan syarat kepada Menteri Besar untuk dilantik semula ke jawatan itu, namun mereka enggan mengumumkannya.\rKrisis kepimpinan itu dikatakan berlaku apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail mengakui mereka tidak dapat lagi bekerja di bawah pentadbiran Azizan yang didakwa tidak mahu mendengar pandangan mereka, sebaliknya hanya membuat keputusan sendiri.\rPhahrolrazi kemudian bersama jawatankuasanya di peringkat kawasan turut melarang Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit menerima pelantikan Exco itu dan memberi kata dua, sama ada melepaskan jawatan Exco atau dipecat keahliannya.\rADUN Anak Bukit terletak dalam kawasan Kuala Kedah. Phahrolrazi juga adalah ADUN Pengkalan Kundur, manakala Dr Ismail adalah ADUN Alor Mengkudu di kawasan Alor Setar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.626607 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list