Ini merupakan berita yang amat mengejutkan! Difahamkan VW mempunyai cita-cita besar & telah mengenalpasti model POLO merupakan model yang paling afdal untuk dijadikan sebagai kereta Proton. VW telah menubuhkan pasukan khas yang diketuai oleh Soh Wei Ming, ketua bahagian operasinya di Asia Pacific, untuk mengkaji kesesuaian untuk mengubahsuai Polo sebagai kereta nasional.
VW telah berjaya menukar pembuat kereta dari Republik Czech, Skoda Auto yang mengalami kerugian pada awal tahun 1990. Kini, Skoda telah berjaya mengaut keuntungan dan berjaya menjual sekitar 879,200 unit kereta mereka dipasaran global. Polo ketika ini berharga di atas RM100,000 namun cadangan yang dibuat kepada pemilik baru Proton, DRB-HICOM Bhd, bakal menyaksikan harganya di bawah RM70,000 melalui pemasangan tempatan dengan menggunakan teknologi Jerman.
Mungkin ini cuma spekulasi semata-mata. Apa akan jadi dengan perancangan GSC Proton dengan Mitsubishi yang difahamkan masih lagi berjalan? Kita kena fikir balik apa yang telah terjadi antara Suzuki dengan VW sebelum ini. VW telah mengambil kesempatan ke atas Suzuki & langsung tak berikan apa manfaat kepada mereka. Siap control Suzuki macam syarikat mereka sendiri. VW kini sedang mencari tapak untuk hub kereta kecil berkuasa turbo mereka di rantau Asia.
Ini yang patut DRB-HICOM Bhd fikir secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan. Bagi saya lebih elok benarkan VW guna kilang Tanjung Malim untuk pasang model mereka & secara tak langung kilang tersebut digunakan sepenuhnya dengan Proton membuat keuntungan. Sebenarnya banyak lagi syarikat yang berminat nak guna kilang tersebut, tetapi tidak boleh disebutkan atas sebab-sebab tertentu. Sebab sebelum ini DRB-HICOM Bhd pernah bagitau yang rebadge bukanlah cara mereka untuk transformasi Proton, mereka sebenarnya nak Proton jadi hub kereta teknologi hijau di rantau ini & juga pasaran global.
Apa pendapat anda?
sumber : www.btimes.com.my
Credit: funtasticko design
|