CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

Polis mahu ‘pancing’ orang awam

[Copy link]
Post time 8-3-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Anjur pertandingan memancing bersama Unit Joran Berita Harian di PD\rKUALA LUMPUR: Pertandingan Memancing Sempena Hari Polis ke-205 yang akan diadakan di pantai Port Dickson pada 31 Mac ini, adalah langkah strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendekati masyarakat, sekali gus  mengelakkan tanggapan negatif terhadap pasukan beruniform itu. \r\n\n\n\n\r   Setiausaha pertandingan, Asisten Komisioner Nasir Sanif, berkata program julung kali diadakan dengan kerjasama Unit Joran Berita Harian dan terbuka kepada awam itu, dilihat mampu menggerakkan konsep perpaduan di kalangan warga polis bersama pemancing yang mengambil bahagian.\r\r\n\n\n\n\n   “Objektif program ini bukan saja untuk pertandingan memancing dan mengejar hadiah yang ditawarkan penganjur, sebaliknya bagi mendampingi masyarakat pelbagai bangsa dan agama yang menyertainya.\r“PDRM melihat pertandingan GP Joran yang dianjurkan Berita Harian sering mendapat perhatian masyarakat dan kumpulan pemancing yang besar, jadi kami (PDRM) melihat ia sebagai langkah awal untuk bersama-sama dengan orang ramai.\r“Sekiranya objektif ini tercapai, kemungkinan Pertandingan Memancing Sempena Hari Polis akan dimasukkan dalam kalendar tahunan PDRM dan diperluaskan ke kontinjen polis negeri,” katanya selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan program berkenaan di Balai Berita, di sini, semalam.\rHadir sama Pengurus Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah; Ahli Jawatankuasa Penyelaras (AJK) dari IPK Negeri Sembilan, Inspektor Zaulin Ismail dan Sarjan Noriah Mamat.\r\n\n\n\rNasir berkata, untuk pertandingan ini  RM47,500 hadiah wang tunai disediakan dengan menyaksikan juara bakal meraih RM15,000, manakala tempat kedua RM10,000 dan ketiga RM8,000.\r“Penganjur turut menyediakan hadiah wang tunai hingga ke-100 berserta hadiah iringan. Kami juga menyediakan dua motosikal dan barangan elektrik sebagai hadiah cabutan bertuah,” katanya.\rBeliau berkata, PDRM dengan kerjasama daripada jabatan dalamannya turut menganjurkan pameran bermaklumat selain acara sukaneka berkonsepkan kekeluargaan untuk keluarga anggota polis dan pengunjung yang hadir.\r“Pameran daripada Jabatan Narkotik, Polis Trafik dan agensi terbabit turut diadakan di lokasi sama untuk memberi pendedahan umum kepada peserta dan pengunjung.\r“Tidak ketinggalan pertandingan memasak anjuran Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) serta persembahan Kombo PDRM pada hari pertandingan,” katanya.\rPenganjur menyediakan sebanyak 1,500 kemeja T bercetak khas untuk diberikan kepada peserta terawal dengan yuran penyertaan RM80. Maklumat lanjut hubungi 03-22822323 sambungan 4240/4241 dan 4242.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.601199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list