CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

Phahrolrazi, Ismail diberi portfolio lain

[Copy link]
Post time 8-3-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
MB Kedah buat rombakan kecil\rALOR SETAR: Dua bekas EXCO PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh dijangka diberikan portfolio lain, berbanding portfolio kanan yang dipegang mereka sebelum ini jika dilantik semula ke jawatan itu dalam masa terdekat. \r\n\n\n\n\rMenteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka membuat rombakan kecil portfolio yang turut membabitkan lapan EXCO yang mengangkat sumpah pada 28 Februari lalu untuk disesuaikan dengan kemasukan semula Phahrolrazi dan Dr Ismail.\r\r\n\n\n\n\nSumber berkata, Azizan dijangka tidak akan menawarkan EXCO kanan kepada Phahrolrazi berikutan hubungan dingin mereka.\rKatanya, jika kedua-dua bekas EXCO itu ditawarkan portfolio kanan, ia akan menyukarkan Azizan yang sebelum ini menerima banyak tekanan daripada mereka yang turut cuba menjatuhkan Menteri Besar.\r“Mereka dijangka ditawarkan baki portfolio yang kosong iaitu pertanian dan industri asas tani, pembasmian kemiskinan, pembangunan luar bandar, bioteknologi, sains dan inovasi serta pembangunan usahawan.\r“Mungkin akan ada sedikit rombakan, namun tidak akan membabitkan portfolio kanan yang sudah diisi EXCO lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.\r\n\n\n\rPhahrolrazi sebelum ini memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan, Sumber Air dan Tenaga, manakala Dr Ismail pula diberikan portfolio Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan, Modal Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.\rPortfolio dipegang Phahrolrazi selaku EXCO kanan sebelum ini diserahkan kepada Datuk Amiruddin Hamzah yang sudah mengangkat sumpah sebagai EXCO baru.\rBagaimanapun, sumber berkata, ia bukan hukuman Azizan kepada dua bekas EXCO terbabit, namun lebih kepada proses melicinkan pentadbiran negeri sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).  \rPhahrolrazi dan Dr Ismail ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu. \rMesyuarat PAS Pusat yang turut membabitkan Azizan dan Phahrolrazi minggu lalu memutuskan Menteri Besar dikekalkan dengan dua EXCO berkenaan menerima semula jawatan mereka. \rBagaimanapun, pelbagai pihak menganggap isu berkenaan  belum selesai sepenuhnya berikutan penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin oleh Azizan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.416883 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list