CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7445|Reply: 14

[Edisi Kesihatan] Makan Buah, Sayur Untuk Lebih Menawan

[Copy link]
Post time 11-3-2012 03:16 PM | Show all posts |Read mode





LONDON: Amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran bukan saja menjadikan kulit anda cerah sihat tetapi juga menjadikan penampilan lebih menawan. Sekumpulan saintis di Universiti St Andrews memantau pengambilan makanan 35 orang dan turut merakamkan gambar mereka sepanjang tempoh berkenaan. Mereka mendapati, memakan secara purata 2.9 bahagian lebih buah-buahan dan sayur sehari akan menyebabkan seseorang kelihatan sihat dibandingkan dengan orang lain pada akhir kajian, manakala pengambilan tambahan 3.3 bahagian akan menambahkan lagi daya tarikan, lapor Daily Mail.

Buah dan sayur kaya dengan karotenoid yang memelihara daripada kerosakan sel akibat pencemaran dan pancaran ultra ungu dan boleh mencegah masalah berkaitan umur seperti penyakit jantung dan kanser. Sebelum ini diketahui bahawa memakan terlampau banyak sayur tertentu seperti lobak merah akan menyebabkan kulit bertukar menjadi oren.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada peningkatan kecil pigmen merah dan kuning pada kulit dirasakan oleh orang lain atau apa yang dilihat sebagai daya tarikan. – Agensi
Last edited by midory on 30-3-2013 10:45 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2012 03:52 PM | Show all posts
2.9 bahagian adalah berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2012 01:06 PM | Show all posts
2.9 bahagian adalah berapa?
esbok Post at 11-3-2012 15:52



   mungkin purata dari smua mknn yg kite ambik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 03:33 PM | Show all posts
aa... secara klinikal  kita di galak kan mengambil 2 sajian buah dalam sehari..

1 sajian bersamaan sepotong buah dalam 50-80g .. tapi kalau lebih bagus jugak kot. kalau untuk yg tak makan sayur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 04:34 PM | Show all posts
ini adalah fakta yang memang tak boleh dinafikan...tapi kenapa ramai lelaki tak suka makan sayur ngan buah, kan?..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 05:00 PM | Show all posts
ini adalah fakta yang memang tak boleh dinafikan...tapi kenapa ramai lelaki tak suka makan sayur nga ...
pasuoren Post at 14-3-2012 16:34



   saya sbg esbokwoman telah mematahkan teori pasu. sayur pahit tiada rasa, kekadang fefeling nak sihat baru makan.ada member laki, sangat particular pasal pengambilan sayur, pantang nampak pinggan tiada sayur "tak sihat langsung".


oh ya, dia kacak juga. mohtippppp?!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2012 05:07 PM | Show all posts
saya sbg esbokwoman telah mematahkan teori pasu. sayur pahit tiada rasa, kekadang fef ...
esbok Post at 14-3-2012 17:00



motip...?...eleehh..motipnya esbok nak berkenalan ngan pasuoren.....kaann..??...

kena belajar amalkan makan sayur ngan buah esbok...sedap tau...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 11:15 AM | Show all posts
xsuka sayur fhm x???hii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2012 11:58 AM | Show all posts
Sayur tu perlu dimasak dengan sedap dan menarik. Baru selera
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 09:30 PM | Show all posts
Better Makn Buah-buahan Kesukaan Nabi Macam Buah Tamar,Labu,Semangka Atau Anggur..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 09:42 AM | Show all posts
sayur dan buah elok di makan ketika perut kosong atau sebelum makan hidangan utama supaya  zat dan vitamin drp sayur dan buah itu boleh di serap oleh badan secara optimum...

makan buah dan sayur ketika kenyang atau selepas makan hidangan berat menyebabkan hanya sedikit zat dan vitamin drp sayur dan buah itu  serap oleh badan ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 05:40 PM | Show all posts
balik nak beli sayur bebanyak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 03:21 PM | Show all posts
tak suka sayo pahit..tak suka peria..me suka brokoli n sweet cabbage
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 04:14 PM | Show all posts
Fakta: Buah-buahan lebih sihat berbanding sayur jika sayur itu dimasak. Buah-buahan tidak dimasak jadi khasiatnya terpelihara.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 12:54 PM | Show all posts
best ape mkn syur2an n buah2an....klu de syur2an mknan lg sdap...buah2 pnambah slra mkanan...amalkan lah dlm khdupan seharian....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.561772 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list