CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9080|Reply: 11

Rapa Nui aka Isla de Pascua aka Easter Island

[Copy link]
Post time 13-3-2012 06:54 AM | Show all posts |Read mode

Antara perkara yang menakjubkan kepada ramai orang di seluruh dunia ialah berkenaan patung – patung Pulau Easter, yang terletak 2,400 batu dari pantai Chile dan 1,400 batu dari pulau lain yang berdekatan. Pembinaan patung – patung ini telah dilakukan oleh mereka-mereka telah mati beratus tahun sebelum Pulau Easter mula dijumpai oleh tamadun Barat, seorang pengembara Belanda pada tahun 1722.



Persoalan mengapa patung – patung gergasi ini dibina? Bagaimana manusia pada zaman silam dapat mengangkat dan membina patung – patung yang beratnya mencecah 75 tan seunit? Apakah simbol di sebalik patung – patung gergasi Pulau Easter?
Pulau Easter, yang terletak jauh daripada tamadun-tamadun lain, juga membuat kita terfikir di manakah logiknya patung – patung gergasi berada di Pulau Easter. Ketika Jacob Roggeven, manusia dari tamadun Barat yang pertama menjumpai Pulau Easter, terdapat beberapa orang penduduk asli yang hanya mempunyai perahu yang bocor, yang secara logiknya tidak berupaya untuk membawa penumpang untuk perjalanan beribu batu.



Persoalan yang timbul: Siapakah warga tamadun Pulau Easter? Dari mana mereka berasal? Dan ke manakah mereka menghilang?
Ketika pengembara Belanda mula tiba, Pulau Easter tidak mempunyai pokok-pokok yang lebih tinggi daripada belukar, dan mempunyai tanah yang tidak subur untuk tanaman, dan sedikit burung- burung native, tiada tumbuhan serta flora dan fauna. Cuma Pulau Easter ketika itu mempunyai ribuan tikus – tikus mondok dan penduduk yang separa kebuluran (yang langsung tidak menunjukkan sedikit  rasa takut dan gentar terhadap orang bukan tempatan)


Bagaimanakan warga Pulau Easter dapat membina monumen yang terbesar di seantara kepulauan Polinesia. Lebih dari 300 monumen – monumen yang serupa di sekitar kepulauan Polinesia termasuk di Tahiyi, Hawaii dan
Samoa. Tamadun Pulau Easter, secara logiknya, dapat dibayangkan sebagai satu tamadun tamadun yang kaya, mempunyai sumber – sumber untuk menjana kekuatan komuniti dan mempunyai struktur politik yang mampu mengerakkan komuniti Pulau Easter untuk membina monumen sedemikian rupa. Akan tetapi apa yang terjadi sehingga hilang nya tamadun Pulau Easter?Kini, persoalan ini telah terjawab dengan penemuan arkeologi. Selama 300 tahun sehingga kini, patung – patung gergasi misteri Pulau Easter telah menjadi satu persoalan yang membawa pelbagai spekulasi..
Fakta yang sebenar adalah lebih menarik dan amat relevan serta berkait rapat dengan kita. Tamadun Pulau Easter adalah sebahagian daripada penemuan – penemuan hebat tamadun Polinesia yang menyaksikan dimana penduduk Fiji dan Tonga pada masa kini, belayar ke lautan Pasifik di dalam keno yang besar. Keno – keno ini, setiap unit mampu membawa sehingga 20 orang manusia, haiwan peliharaan serta bekalan air dan makanan untuk menampung perjalanan sehingga 5 minggu.
Zaman penemuan Polinesia bermula 800 selepas masihi. dimana mereka menemui di Pulau Easter, sebuah pulau ysng penuh dengan tumbuhan – tumbuhan dan pokok-pokok untuk bahan bakar dan perlindungan, mamalia untuk makanan dan haiwan laut. Populasi di Pulau Easter meningkat hingga mencecah angka 30,000 and ini merupakan permulaan kepada segala masalah.
Setiap ketua komuniti di pulau ini mula membina monumen untuk Tuhan masing –masing yang  memenuhi dua keperluan. Pertama untuk pemujaan dan kedua untuk kedudukan. Lagi hebat sesuatu monumen yang dibina, lagi hebat kedudukan ketua itu. Kemasyuran dan kedudukan sesorang ketua adalah berlegar di atas konsep siapa yang mampu membina monument yang lebih hebat dan lebih besar daripada orang lain. Sindrom silam ini adalah serupa dengan sindrom masa kini dimana kita berlumba untuk mendapat kereta yang terhebat, dapur yang tercanggih, rumah yang terbesar  dan isteri yang tercantik.
Ahli arkeologi menemui patung – patung gergasi yang belum siap di kuari di Pulau Easter. Patung – patung ini dianggarkan mempunyai berat lebih dari 270 tan. Secara logik, tiada cara unytuk penduduk Pulau Easter dapat mengangkat patung yang seberat ini, tetapi ini telah mengambarkan seorang megalomania yang hidup dimasa lebih kurang 1400 selepas masihi. Permasalah dengan patung ini ialah ia telah menggunakan segala sumber – sumber yang ada di Pulau Easter dan pembinaan patung ini cuma memnuhi keinginan seorang ketua yang taksub dengan kemasyhuran.Setiap patung yang dibina mengguna sekurang-kurang nya tenaga seramai 500 orang manusia. Ini mengambarkan penggunaan sumber makanan yang banyak untuk diberikan kepada penarik-penarik patung ini. Serta setiap patung mengambarkan satu jangkamasa pembangunan pertanian yang intensif untuk menghasilkan lebihan sumber makanan. Kedua, tali yang digunakan untuk menarik patung – patung ini dibuat dari akar pokok – pokok yang tumbuh di pulau tersebut dan setiap patung mengambarkan beratus pokok yang tumbang untuk menghasilkan tali yag kuat dan sesuai untuk menarik patung – patung tersebut. Ketiga, lebih banyak pokok diperlukan untuk membuat roda yang membolehkan patung ini diangkat dan diubah tempat. Lama kelamaan, akibat kekurangan sumber di Pulau Easter, membawa mereka untuk menjadi nelayan laut dalam. Berdasarkan penemuan arkeologi, ikan lumba –lumba telah menjadi diet kegemaran peduduk Pulau Easter. Akan tetapi pada 1500 Selepas Masihi, ikan lumba – luma lama kelamaan tidak menjadi satu diet rutin penduduk.
Dengan setiap patung yang dibina, dan segala sumber yang telah dibazirkan, telah memberi kesan kepada penduduk secara amnya. Secara ringkas, semakin cepat patung gergasi dibina, semakin pasti penduduk akan menjadi kebuluran. Pulau Easter, tanpa sumber asli dan juga tanpa flora dan fauna, menjadi kebuluran secara perlahan. Bukti-bukti telah menunjukkan tamadun yang hebat di Polinesia telah menjadi masyarakat kanibal. Mereka menjadi sedemikian rupa kerana ketaksuban ketua-ketua mereka untuk mengejar kemasyuran, status dan menyaing ketua- ketua yang lain.
Apabila Kapten Cook tiba di Pulau Easter pada 1775 bersama pengalihbahasaTahiti (yang dapat berbahasa di dalam bahasa Polinesia), penduduk yang tinggal menjerit-jerit perkataan “miru” yang bermaksud kayu.Mereka hanya mahukan kayu dan sanggup menukarkan dengan apa cara sekalipun..
sos:The stone heads of Easter Island
sos:Easter Island, (Rapa Nui) Chile

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2012 12:39 PM | Show all posts

Easter Island - Moai Statues and Rock Art of Rapa Nui


Easter Island  is one of the world's most isolated inhabited islands. It is 3,600 km to the west of Chile and 2,075 km east of Pitcairn. The total area of Easter Island is 163.6 Square kilometres or 63.1 square miles.
Easter Island - Moai Statue Scale

MOAI TUTURI (Rano Raraku)                                        MOAI AHU TONGARIKI (Hotu iti)

MOAI TUTURI            MOAI KO TE RIKU         MOAI AHU TONGARIKI
                                                (Rano Raraku)              (Tahai)                               (Hotu iti)Easter Islanders

Rapa Nui Islanders (from left to right), Face tatoos of Tepano 1890. Easter Island's Women and Man 1774. Engraving by W. Hodges, a member of James Cook's expedition.
sos:

Easter Island Introduction
Sentinels in Stone - Rise & Fall of Easter Island's Culture | Page | 1 | 2 | 3 |
The Rock Art of Easter Island
The Birdman Cult / Motif of Easter Island
Sea & Marine Creatures in Easter Island Rock Art
Designs & Motifs of Easter Island's Rock Petroglyph Carvings
Dr Georgia Lee - Publications on Easter Island
Moai Location Map & Islanders
Contemporary Easter Island Art
Easter Island Glossary | A-M | N-Z |
Easter Island Conclusion| Page | 1 | 2 |
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 03:09 PM | Show all posts
konklusinya, manusia di muka ni tercampak di mana-mana hatta di cerukdunia  sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 02:32 PM | Show all posts
Mungkin untok tujuan perhubongan a.k.a komunikasi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2012 05:39 PM | Show all posts
Kalau tak silap benda camni ada banyak kat Sulawesi Tengah dan ada kaitan ngan peradaban purba zaman Neolitik












Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 12:49 PM | Show all posts
nobito posted on 28-7-2012 05:39 PM
Kalau tak silap benda camni ada banyak kat Sulawesi Tengah dan ada kaitan ngan peradaban purba zaman ...

nak claim tu tuohan bugis la tu perangai mcm indon suka claim2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2012 01:03 PM | Show all posts
seng_kuseng posted on 2-8-2012 12:49 PM
nak claim tu tuohan bugis la tu perangai mcm indon suka claim2

Tu bukan Bugis...Bugis duduk kat Selatan tu bahagian tengah...patung2 tu milik nenek moyang salah satu suku di Sulawesi Tengah...

Bangsa Luwu(induk orang Bugis) punya tempat arkeologi di Sarepao

Last edited by nobito on 2-8-2012 01:04 PM \n\n
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 01:05 PM | Show all posts
nobito posted on 2-8-2012 01:03 PM
Tu bukan Bugis...Bugis duduk kat Selatan tu bahagian tengah...patung2 tu milik nenek moyang salah  ...

yg macam mangkuk jamban tu ker yg mampu di ukir oleh nenek moyang urang bugis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 01:18 PM | Show all posts
seng_kuseng posted on 2-8-2012 01:05 PM
yg macam mangkuk jamban tu ker yg mampu di ukir oleh nenek moyang urang bugis

Asal mangkuk je jamban ...

Melayu bukannye reti buat apa pun...tahu beli je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 02:01 PM | Show all posts
nobito posted on 2-8-2012 01:18 PM
Asal mangkuk je jamban ...

Melayu bukannye reti buat apa pun...tahu beli je.

heheheh,yer la beli bugis sebagai hamba ,biasal al melayu like a boss hehehesetakat mangkuk jamban buat apa la nak buat2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 02:45 PM | Show all posts
seng_kuseng posted on 2-8-2012 02:01 PM
heheheh,yer la beli bugis sebagai hamba ,biasal al melayu like a boss heheheseta ...

Dah kene rogol n jadi hamba Sukhotai ada hati nak cakap orang jadi hamba dia...bodo punya Melayu Kedah
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 12:15 PM | Show all posts
rapa nui tempat  melayu. tak pasal pasal dapat kat chile
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.065016 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list