CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16266|Reply: 161

Specs Calon Suami

 Close [Copy link]
Post time 17-3-2012 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by binbi at 18-3-2012 09:24

Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

1.a- Tak ponteng solat Jumaat kat masjid. wajib! (tambahan)


2. Ada kerja gaji RM1000-1500 ke atas,atau lebih lagi,lagi baik.   boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras,boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.


3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Kalau kereta second hand pun ok, janji tak rosak. Boleh la bergerak dan bawa isteri dan anak2 keluar dalam keadaan selamat.

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "AlifBa' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat SPM je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tade lah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain.kalo dia banyak bercakap pun tade lah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah!Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~

---
Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2012 12:09 PM | Show all posts
`byaknya spek... takut aku...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 12:40 PM | Show all posts
Simple nye spec isk jrg jumpa yg camni 1 dlm 100 ( xmaterialistik, lbh pentingkan agama), klu semua pompuan camtu dh lama en.penyu masuk minang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 01:00 PM | Show all posts
itu aku......
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 01:15 PM | Show all posts
sebijik macam tunang i... hehehe ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 01:37 PM | Show all posts
alhamdulillah cukup...tp no.12 tu jarang buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2012 01:49 PM | Show all posts
..... iskk... biar betul....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 02:10 PM | Show all posts
alhamdulillah...mostly ada cri2 kt my Bf hehehe...klu x, xde la i pn stuju plh dia kannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2012 02:16 PM | Show all posts
Spec uols pulak macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 08:30 PM | Show all posts
Hah....byk nye specs.....camno ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 09:04 PM | Show all posts
first time suke specs mcm ni... slalunye merapek2 je aku baca...  ni berpijak di bumi yg nyata la gak

i miss u dear!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 09:43 PM | Show all posts
like like like...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 09:50 PM | Show all posts
Salju sgt suke yg ni :

14.Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah!Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2012 09:51 PM | Show all posts
itu aku......
nafham Post at 17-3-2012 13:00



    yeke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2012 10:12 PM | Show all posts
Reply 2# AbukRokok

specs ni semua untuk taraf org sederhana..bukan mata duitan punya..cuba ko baca dan amati slow2..agak2 ko termasuk tak golongan itew?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2012 10:17 PM | Show all posts
Reply 3# Pendekar_Penyu


   ramai je pompuan mcm tu..tp kebanyakannya bukan pada pompuan kaki clubbing, skirt ketat pendek gaya cam diva tu..yg baik2 ramai kat porem ni..kan? kan? porumer pompuan sekaliannnn!
agaknya ramai yg mengaku tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2012 10:22 PM | Show all posts
Reply 4# nafham


betul ke ni? bagus2!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2012 10:23 PM | Show all posts
Reply 5# super.nurul

tahniah..jumpa dah ye..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2012 10:26 PM | Show all posts
alhamdulillah cukup...tp no.12 tu jarang buat
Lulz Post at 17-3-2012 13:37


12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

Bergantung situasi jugak no 12 ni..mebi ada yg keje shift..tp solat jumaat wajib pi masjid tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2012 10:28 PM | Show all posts
Reply 7# xoxlovexox


   knp pulak love? tak logik ke? rasanya ni tahap paling sederhana la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049592 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list