Indonesia telah menjadi pilihan Nissan Motor Co. untuk mengembangkan sayapnya & menghidupkan semula jenama Datsun sebagai jenama kos rendah. Datsun menjadi jenama global ketiga Nissan Motor Co. selain Infinity & Nissan. Dengan kemunculan semula Datsun & pembinaan pusat R&D Daihatsu di Indonesia, kini mereka bukan lagi sebagai pembekal bibik/pembantu rumah, tetapi ia bakal menjadi hub untuk automotif serantau.
Kini Malaysia semakin ketinggalan di belakang Thailand & Indonesia yang semakin aggresif membuka peluang kepada pemain automotif global untuk bertapak di negara mereka. Ia secara tidak langsung membawa kemasukan pelaburan asing, menjana ekonomi, pemindahan teknologi & memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Apa sudah jadi kepada Dasar Automotif Negara (NAP)? Adakah perlaksanaannya salah & gagal? Adakah pembuat dasar & menteri tidak menyedari semua ini?
Walaupun Thailand & Indonesia tidak mempunyai jenama & produk sendiri yang boleh dibanggakan seperti Proton, tetapi mereka banyak mendapat manfaat dari keperihatinan kerajaan mereka untuk membangunkan sektor automotif sebagai sumber pendapatan negara. Sampai bila kita akan bertahan dengan polisi NAP ini? Sepatutnya kita mengambil peluang untuk menjadi hub untuk R&D, pusat rekabentuk global, pusat pengeluaran kenderaan jenama Eropah, selain pusat pengeluaran kenderaan hybrid & elektrik. Dengan cara ini ia secara tidak langsung menjadikan sektor automotif negara lebih kompetitif selain memperkasakan modal insan yang ada dengan teknologi tinggi.
Sebenarnya kita adalah perintis sektor automotif di rantau ini, jadi kita perlu bangkit dengan formula baru untuk menaikkan semula sektor ini. Jika perlu dihapuskan perlindungan kepada Proton & Perodua, ia perlu dibuat secara teliti agar syarikat lain boleh bersaing secara kompetitif tanpa menyebabkan jenama sendiri terjejas. Proton & Perodua pula perlu keluar dari kepompong comfort zone (zon selesa) yang selama ini dinikmati oleh mereka . Inilah masanya untuk lebih aggresif ke peringkat global & meningkatkan kualiti produk mereka.
Apa pendapat anda, jom kita bincangkan. Harap tajuk ini TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI PENTAS BERPOLITIK. Harap maklum.
Credit: funtasticko design
|