View: 11185|Reply: 84
|
perigi cari timba, ok ke?
[Copy link]
|
|
korang,
aku nak mintak pendapat sikitlah. Situasi aku biasa je.Takdelah kronik sgt.
aku umur 30. Aku suka mamat ni. umur dia 26. Aku rasa takde masalah sgt dr umur.
Kenal dia masa buat job sesama. So, bila aku tau dia single, aku approach dia.
Dalam situasi bekerja, kalau kami kena kerja sesama, aku adalah bos dia. aku dah kerja 8 tahun, dia baru setahun. baru nak start kerjaya.
1/2 tahun kenal dia, kami dah makin rapat lah. Dulu masa mula2 kenal, payah jugak. Semuanya aku nak start dulu. Dari ajak dia lepak, tgk wayang, makan, sms...semua aku start. bosan jugak. Dia katergori ada rupa, aku...entah, x reti nak cerita.cuma boleh ckp, comel je kot.
aku mmg suka dia, dan rasa dia da one. Sekarang nie kitaorng rapat sbb kami paham kerja masing2. dan bila kami ada probs, kami saling kongsi lah. Maybe sbb aku byk kongsi cerita aku dgn dia, so dia strt trust aku.
jenis dia nie aku x tau lah suka aku ke tak. sbb tak sanggup aku nak menilai kias2 dia nie. Bila aku ajak lepak..dia nak. tp bila dia ajak aku keluar, slalu guna alasan, kwn itu ajak lunch lah...ini lah itu lah. Tapi aku rasa, dia yang ajak. Cth situasi masa dia nak belanja belated besday aku, dia ajak makan kononnya kwn dia suruh ajak. lepas tu, pegi restoran kesukaan aku, pastu senyap2 pi bayar kat kaunter, bila kwn dia tanya mimpi apa belanja, dia just ckp " tu...besday dia...". aku tercengang.
Skrng nie boleh kata 2hari lah paling lama pun tak contact. Tapi itulah...kami tak pernah ckp pasal perasaan. Ada peluang, tapi aku tak berani.
Ye aku mmg bekerjaya. moden jugak lah. tapi kuno sikit bab2 perasaan nie. masih pegang perigi cari timba.
confusenya sbb...dia pernah ckp masa kita orang baru sebulan kenal, dia nak kerja dulu, nak njoy dgn keja dia. so, aku ingat apa dia ckp, cuba sehabis baik pikat dia dgn sabar & mnjadi kwn dia lah...
patut aku ikut je rentak dia ke...atau aku lupakan malu aku tu...ckp je aku suka dia?
so, skrng nie...nak mintak pendapat korang semua lah...
thanx |
|
|
|
|
|
|
|
ikut hati dan buat istikharah. kalau betul maka pergi je takyah nak malu2.lagipun nak buat benda baik kot.bina rumah tangga. |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Melamar Lelaki Merupakan Amalan Yang Terpuji
ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.
Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.
Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.
Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.
Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.
Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.
Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.
Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.
Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)
Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.
“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.
“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.
Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.
“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.
Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.
“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.
“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.
“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.
Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.
“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.
“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.
“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.
Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.
“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.
Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.
“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.
Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# xoxlovexox
dia solo. ramai jugak kt office tu minat dia. kitaorng mmg agak selalu lah keluar sama. bincang juga pasal situasi rumahtangga orng lain secara general, aku selit jugak hint2... tapi antara dia paham dgn tidak lah.
dia jenis lelaki yg happy go lucky. ramai yg terkejut bila kami disgosip. sbbnya aku jenis relax n cool, dia lak camtu. kontras sungguh. dan pelik.
aku x tau dia suka aku ke tak...kalau dia frienszone aku nnt, malu lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# unhas
aku dah pernah buat istikarah. 2 minggu. tapi aku tak berani nak mentafsir petunjuk petunjuk tersebut. dari pertanyaan dan pembacaan, sign tidak semestinya dr mimpi kan. aku lurus bendul sikit bab2 hati & perasaan...kalau orng ckp dia mmg suka aku pun aku x pecaya, nak jugak dgr dr dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# moyas
thaaanx dgn artikel tu....cuba mencari keberanian, tp malu menebal.... |
|
|
|
|
|
|
|
nickname pun udah girl power so praktikkan la kegirl poweraan uols tu. uols bekerjaya mesti dak lelaki tu nak punya. tapi masalahnya samada dia jujur ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
sambar je tros TT .lmbat diambil orang ~~~
zaman skrg da x pkir da timbe2 tu sume .
p/s:nanti da nk buat nasi minyak jgan lupe jemput iolsss |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 8# eve_6
hahahha....girl power dr segi lain. kerjaya, kehidupan semua mmg power...tp bab2 perasaaan nie....terus hilang power. cam otromen...=D |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# loslocos
nak sambar, tp rasa mcm nk bg dia masa. dia muda lg kan....aku bg peluang dia smpai hujung tahun nie je utk dia mula langkah. kalau tak...bye bye |
|
|
|
|
|
|
|
dh rase ok n serasi, terus terang aje.... sbb perasaan tue hak kita.. dia nk terima atau tidak, terplg pd dia.. at least dia akan terpk, TT yakin n jujur mengakui perasaan TT terhadap dia.... soal dia suka ke x, just berdoa... cinta akan berputik sesaat..... mana tau TT terus terang, terus hati dia mengatakan YA..tp kalo sebaliknye byk2 kan bersabar... ingat dlm hidup ni ape2 pun ade risikonya
yg ptg TT ikhlas mencintainya n ingin bersama dgn dia....GUD LUCK... |
|
|
|
|
|
|
|
Hint je la dlm talk korg. Sure ade dialog gle2 kn? So selit je la! Such 'aku rndu ko la gle! Ko x rndu aku ke' sms la kot. Klu talk aku plak rse tgh malu skrg ni! Ahaks.. Sms laaaa yg paling mmbantu.. Klu ko over pon xpe! Sbb lelaki ni klu btol die xnk ko. Die pon akn perasan over ko n cuba mengelak! And mse tu dah terjawab la. So xyah ssh2 ko nk tggu die. NEXT... |
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman aku, terlalu awal utk menyukai seseorang tu. walaupun x salah, tp hubungan itu x konkrit. cepat dtg cepa la jgk ia pergi.
n selalunya bila kita dah suka kat some1 tu dlm ms yg singkat, n then tiba2 hati mula berubah susah dah nak jd kawan balik.
so, aku rs elok la korang berkawan dulu at least setahun, kenal hati budi masin2 dulu b4 jump to conclusion. mn lah tahu kan dlm tempoh tu ko terjumpa org yg lebih baik drp dia?
blh x kalo berkawan saja tanpa membabitkan perasaan cinta? aku rs blh. nak x nak jerk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# saffianoprada
best gak idea ko....nnt aku cuba. thaaanx |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# otai_g
skrng nie mmg aku tgh bekawan ngan dia. tp bukan aku suka dia masa aku tgh kwn ngan dia. tapi sejak 1st time aku jumpa dia, terus aku rasa sesuatu...cuba abaikan...tapi magnet tu lebih2 pulak...
so, skrng nie aku dktkan diri dgn dia...dgn bekawan dulu.
aku pun tgh bg masa dia setahun gak nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pasuoren at 15-4-2012 20:24
Reply loslocos
nak sambar, tp rasa mcm nk bg dia masa. dia muda lg kan....aku bg peluang d ...
girl_power Post at 15-4-2012 10:53
salam girl...
sendiri tanya...lepas tu sendiri jawab..memang amat penat..
jawapannya pulak..memang tak tepat sebab jawapannya hanya mampu dijawab oleh tuan empunya badan.....
jarang dah orang pakai perigi ngan timba sekarang ni..dah pakai shower daah...
kalau ada keberanian...just go for it...
kalau malu, just bagi hint..
kalau tak diberitahu pada dia, mana dia nak tahu....kalau dia buat-buat tau..dia bimbang kot dia perasan lak..
so, cari kekuatan....just bagitahu dia...
caranya...?...sama ada tersurat atau tersirat..
bila dah dapat jawapan, baru la girl akan puas hati for the next stage..
kalau dia pun ada hati kat girl..kira bonus..kalau dia kata dia dah berpunye..at least, girl dah ada jawapannya, kannn.........
penat tau simpan perasaan yang girl alami tu....lagi disimpan lama...lagi sakit...
baik girl cari kekuatan untuk mendapatkan jawapan daripada tuan empunya badan..
semoga berjaya........ |
|
|
|
|
|
|
|
kawanla dlu..takut tgesa2 bgtau jwpn x sprt tt harapkn
susah nk kmbali mcm normal
mcm ni jela..bak kata ustaz azhar idrus..
lelaki kalau xnk peristerikan girl tu jgn bg harapan..xbaik.
lelaki yg baik bila dia mndekati seseorang pmpuan tu niat dia satu je..nk ajak menikah
tp kes ni sesama offcmate hari2 jmpe kan..so to b safe..stay dlu dlm friendzone |
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 nanti kena kebasss |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|