|
nie first time sy nak bg org bca crta yg sy wat..ee takutnya..psnan dr sy ~ klau ada pape cdangan bg tau je sy,klau slah tegur2 ye..ni bru sinopsis,crta2 yg sy buat dlu2 2 sume da hlang.Jd sy reka cta bru.maka lahir lah CINTA,jangan dekat!
Zaffina... Aku ada banyak impian dan bertambah banyak jika dicampur dengan impian kak Ngah. Antaranya ialah menjadi isteri orang kaya, hahaha..Kahwin?? Bercinta pun belum pasti lagi. Masih banyak perkara yang perlu aku selesaikan sebelum ke arah itu!
Haikal Nazril… kau ingat air mata kau tu boleh bersihkan semula maruah aku yang kau dah cemarkan? Boleh selesaikan masalah? Dalam mimpi sekalipun aku tak pernah bayangkan yang aku akan jumpa perempuan macam kau.
Kehidupan yang berbeza telah mendidik mereka menjadi manusia yang langsung tidak serasi apabila bersama seperti langit dan bumi. Tapi bukankah langit dan bumi itu dijadikan saling memerlukan? Manusia dan Allah sama-sama merancang, tapi kita juga harus akur bahawa Allah perancang terbaik. HAIKAL NAZRIL dan ZAFFINA langsung tidak menyangka bahawa akan ada ikatan antara mereka. Ikatan suci itu masih diteruskan dengan alasan tanpa cinta tentu mudah sahaja terurai dan siapa tahu apabila hati mula menyanyi lagu rindu, ikatan yang begitu rapuh sudah pun terikat mati! |
|
|
|
|
|
|
|
nie sinopsis yea, teruskan plotnya |
|
|
|
|
|
|
|
teruskan, sesuatu yg baru ni .... |
|
|
|
|
|
|
|
macam best,
bahasa pun ok,
next |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by auntiemiccy at 26-4-2012 10:24
BAB 1
“Panasnya cuaca hari ni”, gumam Zaffina sendirian. Daun kering di hujung pencakar dikuis laju dan dihimpunkan di satu tempat memandangkan panas mentari semakin terasa. Peluh yang menitis ke pipi dikesat dengan belakang tangan sambil kaki laju melangkah ke pangkin nun di bawah pokok mangga yang rendang. Tidak sabar lagi rasanya mahu melabuhkan punggung di situ.
Sampai sahaja di pangkin terus dia melompat duduk di situ. ”Ala mak tak nampak pun”, Zaffina sudah mula bergumam sendiri, takut juga dia kalau-kalau ibunya melihat kelakuannya itu. Bukannya kali pertama dia buat begitu, sudah berkali-kali dan berkali-kali juga dia terpaksa menadah telinga mendengar leteran ibunya. Kata ibu tidak sopan anak dara melompat-lompat dan menjerit-jerit tapi apa boleh buat sudah dirinya begitu.
Dari pangkin dapat didengari suara ibunya Hasnah yang nyaring memarahi Zaif. Si Zaif pula dilihat sudah jauh berlari dengan berkaki ayam sambil selipar dipakai di tangan. Menggeleng zaffina melihat adiknya yang seorang itu. “Apa kena adik aku ni, kerjanya asyik buat ibu naik angin sahaja, pulak tu selipar orang pakai di kaki dia pakai di tangan”.
Dia tiba-tiba terpandangkan motosikal Kak Ngah di tepi garaj kereta ayah. Motosikal itu mengingatkan dia pada Kak Ngah. Kakaknya itu sudah terlalu jauh. Kini, sudah tujuh tahun Kak Ngah meninggalkannya, ibu dan ayah, keluarga dan segala-galanya. Rindunya dia pada Kak Ngah hanya dia dan Maha Pencipta yang tahu. Tapi sudah tertulis sejak azali umur kakaknya itu cukup setakat itu sahaja.
Kak Ngah pergi tanpa sempat menggenggam segulung ijazah yang sentiasa diidamkannya dari kecil lagi. Pergi pada hari konvokesyen yang sepatutnya menjadi hari bersejarah buat mereka sekeluarga. Pada pagi yang dingin itu Kak Ngah telah melepaskan nafas terakhirnya di dalam sujudnya kepada Illahi. Waktu itu Zaffina masih menunggu keputusan SPMnya.
Air jernih di mata ibu pada hari tersebut masih jelas di ingatannya, hati ibu mana yang kuat melihat anak harapan keluarga yang masih muda terlebih dahulu terbujur kaku sebelum dirinya yang sudah berusia. Ayah juga begitu sungguhpun air matanya tidak mengalir namun langkah longlai ayah sudah cukup membuktikan ayah juga menerima tamparan hebat dengan pemergian Kak Ngah
Zaffina rasa tertekan dengan keadaan yang berlaku disekelilingnya . dia mahu lari sejauh mungkin, dia tidak mahu melihat insane-insan yang tersayang dengan wajah sugul dan putus harapan seperti itu. Dia tidak kuat. Dalam sendu Zaffina memanggil Kak Ngahnya “Kak Ngah..bawa adik sekali”.
Daun mangga kering yang jatuh di kepalanya membawa Zaffina kembali ke masa sebenar. Serentak itu air mata yang telah lama bertakung mengalir laju menuruni lekuk pipinya yang sudah kemerahan. Sepantas itu juga mutiara jernih itu diseka dengan telapak tangan. Risau jika ada yang melihat, selebihnya dia takut melihat kesedihan tujuh tahun lepas.
**bersambung** |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# sarizu
itu la mta sy pun b'pinau nak cri kat mna nak tkan enter.hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang lalu..... |
|
|
|
|
|
|
|
cewahh cinta - jangan dekat ...cayalah tajuk .... kelass gitu ... |
|
|
|
|
|
|
|
tak beralih arah lg ke cite ni...
sepatutnya di board Penulisan kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# sarizu
2 la..sy da pm mod da..tp still x diubah lg sy delete je la |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|