|
Hi kawan2..
Maaf, ini entry pertama saya dan saya ingin luahkan apa saya rasa. saya tahu kalau orang baca, orang mungkin akan benci saya, tetapi please baca sampai habis dahulu.
saya bekerja di kl. lelaki, dan masih bujang. few years back saya ada kenal seorang wanita. dia adalah isteri orang. kami mula2 berkenalan, kemudian kami semakin rapat. saya tahu dia isteri orang, tetapi ketika dia menceritakan masalah rumahtangga dia, saya dengar dengan tekun. saya nekad, saya nak bantu dia. btw, she's older than me. let's name her as R.
pada waktu itu, saya juga bercinta dengan sorang gadis. dia baik, tetapi pasif dari sudut bergaulan. semua harapkan saya. at first everything is awesome, tapi lama2 saya bosan. semua saya kena bagitau. let's name her as K.
jadi, as time flies, saya dapat rasakan yang cinta saya pada K semakin kurang. saya taktahu kenapa. mungkin saya bosan. mungkin saya inginkan keseronokan. tapi pada masa yang sama, saya rasa, 'attached', to R. hari2 kami pasti akan sms. dia call saya sewaktu suami dia tiada di rumah. we talked. and laugh. and i feel, needed.
of course, dengan R juga saya pernah bergaduh (dengan K, saya jarang bergaduh, sbb dia pasif. iye kan je apa saya cakap.). setiap kali bergaduh, saya rasa saya makin perlukan dia.
kemudian saya sedar, yang saya dah mula sayangkan R. pada mulanya saya tidak kisah tentang status dia ada suami, saya mula rasa tak seronok. saya mula rasa cemburu. namun saya pendam. saya tak mahu R berasa tidak selesa dengan saya.
saya mengambil keputusan untuk putus dengan K kerana saya tidak mahu seksa sesiapa. saya lepaskan dia, tetapi K perlukan masa untuk lepaskan saya. oleh sebab itu, kami decide untuk jadi kawan. at the same time, cinta saya pada R mula tumbuh. saya makin sayang dan cintakan R. satu hari saya tak dengar suara dia, saya rasa tak keruan.
R juga mula rasa cemburu. pantang tahu saya dengan kawan perempuan, pasti kami akan bertengkar. pada mulanya saya rimas, saya bengang. tapi lepas gaduh tuh, saya rasa... seronok. saya rasa yang dia sayang saya.
R bercerita tentang bagaimana suami dia yang abuse dia. tiada lagi cinta antara mereka. saya, masih lagi takut untuk menyuruh mereka bercerai. mereka ada anak. saya tahu saya jahat, tetapi saya tak sampai ke tahap merosakkan hubungan antara anak dan ibu bapa. saya kesian kat anak R. jadi, saya seboleh2 kata kepada R supaya sabar. supaya jangan bercerai. hati saya nih, Tuhan sahaja yang tahu bagaimana sakitnya setiap kali saya beritahu R supaya jangan bercerai.
saya beritahu R yang saya tidak mahu dia bercerai kerana saya. R kata, tanpa saya, dia pasti akan bercerai. dia mahu keluar dari penjara marriage dia. saya lega, kerana saya rasa, dia akan bercerai DAN dia akan bercerai dengan sendiri, apabila dia dan anak dia dah bersedia, bukan kerana desakan saya.
saya masih lagi berkawan dengan K. kami keluar, dan saya baru perasan yang saya dan K lebih sesuai jadi kawan. saya senang bercerita dengan dia, kerana saya anggap dia kawan. compare kepada R, R mudah tersentuh dan mudah cemburu. bila cemburu, alamat parah ah saya. haha..
saya seronok kawan dengan K, maka saya berkawan dengan K tanpa ada perasaan apa2. silap saya, saya share keseronokkan berkawan dengan K kepada dunia internet. R dapat tahu. habis saya kena marah. dia kata, saya tipu bila saya kata dah putus dengan K. saya tak tahu bagaimana nak buktikan yang sya memang saya R. macam2 saya buat, sampaikan saya pindah ke kl kerana saya nak buktikan yang saya cintakan dia. lelaki, biasala, ego. saya tidak pernah bagitau R yang saya pindah kl kerana dia.
tapi, disebabkan salah saya, R tidak mempercayai saya. berkali2 kami gaduh. setiap kali kami gaduh, ada sahaja ayat2 yang menyakitkan hati saya. sumpah, saya sedih.
kami gaduh kali terakhir kerana R dapat tahu yang saya masih lagi berkawan dengan K sebelum saya pindah ke kl. saya cuba untuk explain tetapi dia marah saya dan tidak mahu mendengar penjelasan saya. saya diam kerana saya tidak mahu menambah kemarahan dia.
kemudian, R ambil tindakan drastik. R berjumpa dengan lelaki lain. hati saya pedih kerana R sanggup buat sebegitu. dia bagitahu, dia nak adil.
saya tak faham. adil dari sudut apa? apabila saya mula cintakan dia, saya menahan sakit seksa dengan hakikat yang dia ada suami. saya tahu, dia tidak cintakan suami dia. tetapi suami dia masih lagi satu rumah dengan dia. the pain is unbearable. the only reason why i can still bear it is because i love her.
sekarang, kami tidak lagi berkawan. R minta berbagai2 bukti untuk buktikan yang saya cintakan dia. saya dah buat berbagai, ada yang tak masuk akal. tapi saya buat, kerana cinta. terakhir bukti yang dia minta adalah dia mahu saya tunjuk kesemua aktiviti saya di internet. saya tak mahu, kerana saya taknak lagi memberi bukti kepada dia yang saya cintakan dia.
i'm crying as i'm typing this. why do I have to fall in love with another man's wife? R juga salahkan saya, kerana saya tidak pernah menyuarakan hasrat yang saya mahu dia bercerai. saya tak tahu apa nak cakap. saya fikirkan anak dia! budak kecik tuh tak bersalah. saya cuma mahu dia bercerai apabila dia dan anak dia sudah bersedia...
banyak lagi yang saya nak share, tetapi saya tahu orang pasti akan bosan. apa yang saya cakap, saya memang salah kerana saya hide, kerana saya dah plan mahu pindah jauh dari kampung asal saya, jauh dari segala macam perempuan yang kenal saya, dan pindah ke kl dan mahu dekat dengan R. saya tak mahu cerita pasal cerai kerana saya tak sampai hati dengan anak R. biarlah dia cerai dengan sendiri selepas dia dan anak dia sudah bersedia.
thanks kepada sesiapa yang baca sampai habis. banyak lagi info yg saya tak share. i can't take the pressure anymore. i just want peace. saya cintakan R, dan saya sayangkan R.
feel free to comment. nak marah @ kutuk saya pun boleh. saya dah hilang cinta hati saya, setakat kena maki, takde hal.
hodoh bila tengok diri sendiri menangis. dahlah saya nih lelaki. haha... |
|
|
|
|
|
|
|
sng jelah....lets say ko dh kawen dgn R then R akn curang dgn ko gak satu hr nnti n cter bnda yg sama bout her hubby kt llaki baru 2 as wat dia cter kt ko skang
|
|
|
|
|
|
|
|
saya tak rasa dia akan buat mende yg sama kat saya, sbb saya takkan abuse dia..
tapi kalau orang tanya saya "mana kau tau?".. truthfully saya memang tatau.. based on instinct saya je...
ataupun adakah saya nih blinded by love? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik la you nie, banyak2 gadis sunti yang ade kat dunia nie, dengan isteri orang jugak you nak laburkan cinta! Aish, anyway bagi I, perempuan nie macam nie memang takde maruah. Abis sibuk dok pi canang masalah die dengan husband kat orang lain.
Kalolah, die dengan you pun nanti, kalo ade paper masalah, kompom die cari jantan lain. Dok pi mintak simpati. Sekarang nie pun dah mengeletis pi kat laki lain. Aish! Dunia dunia. Tak lama lagi dah nih. |
|
|
|
|
|
|
|
umur brape ni TT? Tau kan dosa bercinta dgn isteri orang ni? Rampas tunang orang pon dosa. Apa lagi rampas isteri orang. Bagi R plak, kalau rasa di abuse atau dah tak bleh teruskan perkahwinan, bleh guna cara yg betul. Bleh cuba tuntut fasakh. |
|
|
|
|
|
|
|
R still tak cerai kan? dlm x cerai dgn her so-called problematic husband, dia 'bercinta' dgn ko, dan boleh pulak cari lelaki lain.
org mcm tu ko nak buat isteri ke?
ni semua nafsu dan hasutan syaitan semata. |
|
|
|
|
|
|
|
dia kata dia jumpa lelaki lain tuh pasal nak balas dendam ke atas kesalahan saya. dia kata, tak buat apa2 pon, tengok muka pon tak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# aLieNzDaToR
umur saya dah dekat nak 30 hehe.. kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by matryoshka7 at 18-5-2012 11:22
Reply 7# lonelyalien
nampak sangat ko dah memang blinded by love mcm ko ckp sendiri tu....
orang cakap ape pun nak kasi ko bukak mata, sedarkan ko pun tp still nak defend jugak....ko yg berada dalam masalah dan tengah kemaruk bercinta n tengok dari satu sudut je iaitu syok kt bini orang tu tp orang lain memandang dari pelbagai sudut.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# matryoshka7
eh dun get me wrong. aku setuju dengan pendapat orang dan aku terima, cuma aku tak berapa sedap kalo orang mengata R.. pada aku, apa dia buat tuh biarlah. apa niat dia pun, biarlah
aku cuma tatau nak buat apa skarang. kalau lah aku nak move on, aku nak move on tanpa ada pemikiran negative kat R... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# lonelyalien
tu instinct ko sebab ko tengah kemaruk syok kt bini orang memang lar bole cakap gitu....tapi kalo dipikirkan secara waras, mengikut kata akal, tanpa sebarang gangguan, perasaan yg melampau2, adekah mcm tu juga instinct nya??....
orang tengah bercinta semuanya bagus, baik belaka..yg busuk pun jadi wangi..nanti bila dah tak berkenan, silap sikit je abis semua nya tak bagus....yg wangi pun jadik busuk....
jgn lar cari masalah dgn isteri orang....kalo somi dia dpt tau ko bercinta dgn bini dia n somi dia serang ko, memang ler orang ckp somi dia tak salah sbb somi dia ade hak ke atas dia..sure ko akan ckp pasal somi dia abuse tu, nape dia tak pegi report polis, report ke mahkamah..nape nak mengadu kt lelaki sampai nak bercinta dgn lelaki tersebut? kan ke ade orang ppuan or sedara mara or family or kawan2 ppuan yg bole dirujuk?..takpun terus ke pihak berkuasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# matryoshka7
that's the thing. saya tatau nak buat apa. dia kata, nak cerai. tapi takde pun cerai. dia kata, sebab saya tak push dia, tak cakap pun nak cerai..
.. tapi saya tak sampai hati, sebab saya fikirkan anak dia.
bukan ke kalau dia nak cerai, sepatutnya dia pegi je tuntut. kenapa nak saya cakap?
i'm very sad.
sebab tu saya cakap, saya dah tatau nak buat apa. saya sayang dia.... *mengeluh* |
|
|
|
|
|
|
|
aku x paham mcm mane ko boleh layan bini org bercerita masalah rumah tangga.
tu silap paling utama.patut R kalau nak cite pun cite lah kat kwn2 ppuan.
kan dah jadi benda2 gini.:@
pastu boleh plak R tu jumpa laki lain sbb marah kat ko?
kes dgn ko & laki dia pun x settle, dah jumpe laki lain?????? mohtip? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# rolypoly
please don't judge me. dulu pun saya pernah niat yg saya takkan layan hak orang.
apa yg saya boleh cakap, masa saya dengar cerita dia dulu, saya dengar dengan ikhlas. tiada niat pun nak hasut dia suruh bercerai. sedangkan dalam keadaan saya cintakan dia pun, saya tak hasut dia suruh bercerai...
motif? saya taktahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# lonelyalien
aku cuma nak ckp kat ko and org lain jugak, lain kali please lah jgn layan or dengar kalau ada lain jantina yang bercerita masalah rumah tangga dorang.
takut jadi hal mcm ni lah. kesian2 pastu jatuh cinta. :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# rolypoly
janganlah marah saya. dahlah saya tengah sedih nih. |
|
|
|
|
|
|
|
love is blind.. tak kira la love gaya camna.. it is blind, cuma berbeza degree of blindness nye..
bro, my view on this: it is still wrong to fall in love with someone's wife.. pusing camna pun, hukum ttp salah.. well, you can be with her after she divorced, but in the meantime, cubalah menjauhkan diri dari dia.. if she loves you, and you love her, once the issues settled, kalau Tuhan kata ada jodohnya you dgn dia, pasti ada..
btw, i can sense that K is a good gurl.. maybe dia passive, not so interesting like R, but people said, the best spouse a person can have is the one whom you can be friend of.. so, open your heart a bit to K, perhaps you can see her from different lights that you have before, manalah tau, you dpt tgk sesuatu yg cukup indah..
just pray the best for you bro.. n please don't continue torturing yourself by loving a person whom you could not have.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply rolypoly
janganlah marah saya. dahlah saya tengah sedih nih.
lonelyalien Post at 18-5-2012 12:21
ko pikir balik masa depan hbgn ko ngan R ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# LostSoul
sumpah saya terkedu bila baca komen awak... terima kasih. you've made a depressed man happy today.
loving a person of whom i cannot have is painful indeed.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|