View: 102917|Reply: 133
|
Misteri doa haikal dan surah-surah lain, betulkah amalan si penuntut ilmu hitam?
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by ainiz81 at 2-7-2012 18:15
Ainiz terpanggil tuk buka thread mngenai doa ni selepas mndengar cerita dari mak pg td. Ceritanya begini..
Sabtu lepas rumah mak kenduri arwah abah. Datanglah semua sedara mara jauh dan dekat. Habis kenduri semua sedara2 ni balik kecuali seorang spupu perempuan sebelah mak yg dah berumur 75 tahun. Mck ni kitorang panggil mak T. Mak T ni dah nyanyuk..pagi ahad tu lebih kurang kul 8 pg ainiz dgr mak bising2 kat bilik sembahyang. Bila ainiz jenguk barulah tau yg mak ni bckp2 dgn mck T ni pasal doa haikal ni. Rupa2nya mak bising2 sbb dari pas subuh dia bwirid baca doa haikal berulang-ulang. Bila dah kena tegur ngn mak mck T tu bhenti baca...agaknya sbb dia dah nyanyuk le dia gitu kot..
Ainiz masih tertanya2 knp mak marah mck T baca doa tu so pg td ainiz kol mak..kata mak, doa haikal ni tak bagus diamalkan sbb kebanyakan yg amalkn ni org mnuntut ilmu mcm ilmu hitam dsb..tambahnya lagi doa ni byk yg diragukan isi kandungannya dan boleh mngundang jin mndekati kita..sbb antara tkandung dlm doa ni adalah surah Al-Jin. Ada juga org yg amalkan doa ni utk jd kebal katanya.
Bila ainiz tanya kat pck gugel ainiz jumpalah doa haikal ni :
Ini sumber dr pck gugel juga :
Doa Haikal
Satu lagi doa yang tidak warid dari Nabi s.a.w. serta fadhilat yang melampau-lampau terkandung dalam majmuk syarif ialah doa haikal. Dinyatakan seperti berikut “ Inilah khasiat fadhilat doa haikal yakni tujuh doa daripada nombor 1 sampai 7 dan sampai Qul ‘Auzu birab binnas bahawasanya adalah diriwayatkan oleh nabi kita s.a.w. pada suatu hari sedang nabi kita duduk dalam masjid madinah maka
Jibrail alaihi salam pun datang membawa firman ujarnya : wahai Rasulullah salamullah ta’ala pada tuan hamba dan firmannya hai kekasihku adapun doa HAIKAL yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pada tuan hamba maka barangsiapa yang tiada percaya pada doa ini KAFIR lah ia dan barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah subhanahu wa ta’ala melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.
Ya Muhammad s.a.w. barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak dan duduk dalam aman dan lagi barangsiapa yang menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang termulialah ia pada orang banyak dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakarat maut itu maka dengan mudahnya sahaja nyawa itu keluar. Barangsiapa membaca doa ini tiap-tiap hari dan jika tiada boleh membaca diperbuatnya azimat nescaya beroleh pahala umpama membaca
-70 ribu kali khatam quran dan
-70 ribu mati syahid dan
-70 ribu naik haji dan
-mendapat kebajikan seumpama membuat 70 ribu masjid
-memerdekakan 70 ribu hamba
-Menjamu 70 ribu orang berbuka puasa
-70 orang hafaz quran
-70 ribu alam
-70 ribu ahli ibadah
-70 ribu malaikat
-70 ribu nabi dan beroleh kekayaan, kebesaran Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail.
Ya Muhammad s.a.w. barangsiapa menaruh, maka dengan berkatnya terlepas ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia dari sekalian orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekalian bala’ dan jika ada dia berhutang nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.
Kemudian dalam buku tersebut membawa beberapa contoh kejadian aneh yang berlaku ke atas pengamal doa Haikal tersebut.
Diceritakan ada seorang yang telah dituduh mencuri di negeri Baghdad, apabila dibawa kepada hakim Baghdad ia telah dijatuhkan hukuman pancung. Maka si tukang pemancung itu pun cuba memancung kepala lelaki tersebut tetapi sedikit pun tidak dapat mencederakannya. Kemudian diselamkan lelaki tersebut tetapi tidak lemas, kemudian dibakar, tetapi tidak terbakar. Melihatkan keadaan yang demikian itu maka hakim bertanya kepada lelaki tersebut apakah amalan yang diamalkannya? Maka jawab lelaki tersebut dikepalaku terdapat fadhilat doa Haikal, maka dengan berkat doa itu tidak akan terjadi sesuatu pun terhadapku, dan suatu bala’ pun tidak akan menghampiriku…”
Inilah fadhilat-fadhilat yang disebutkan di dalamnya. Dan diakhir fadhilat yang dinyatakan dalam kitab tersebut “Adapun fadhilat doa haikal ini terlalu banyak kadar diambil ringkasnya sahaja disini, sesungguhnya tiadalah syak lagi barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi KAFIR”.
Hukam-hakam syarak dibina di atas dalil al-Quran dan sunnah. Ancaman kafir sesiapa yang tidak mempercayai doa ini adalah satu pembohongan kerana ianya tidak diketahui dari manakah datangnya fadhilat-fadhilat terhadap doa ini sedangkan persoalan Takfir merupakan hukum syarak. Sekiranya dilihat dari fadhilat doa ini seolah-olah cukup hanya mengamalkan doa ini kita akan mendapat pahala yang sangat besar seperti pahala 70 ribu nabi dan sebagainya. Ianya juga tidak masuk akal dan bertentangan dengan al-Quran. Al-Quran menyatakan Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan. Adakah doa ini lebih baik dari Lailatul-Qadar?
Dukacita kita nyatakan disini bahawasanya secara tidak langsung doa ini akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk kepada pengamalnya apatah lagi mereka yang mengamalkan doa ini terdiri daripada mereka yang jahil terhadap agama.
Antara kesan buruk yang boleh kita senaraikan disini ialah:
1- Masalah takfir iaitu dengan mudah menghukumkan kafir kepada mereka yang tidak mempercayai fadhilat doa ini. Sedangkan fadhilat-fadhilat yang dinyatakan jelas bertentangan dengan al-Quran dan sunnah.
2- Menjadikannya tangkal atau azimat sedangkan ianya jelas diharamkan di dalam Islam. Ini akan menyebabkan seseorang itu terpesong aqidahnya dengan sebab mempercayai tangkal dapat menghilangkan azab sengsara, menjauhkan bala’ dan sebagainya.
3- Dengan membacanya mendapat pahala 70 ribu pahala nabi, rasul sehinggakan malaikat pun dapat di atasi dengan hanya membaca doa ini. Ini akan menyebabkan masyarakat menganggap dengan hanya membaca doa ini dia sudah pun mendapat pahala yang tidak terhitung banyaknya menyebabkan mereka meninggalkan perkara-perkara atau kewajipan-kewajipan agama yang lain, contohnya jihad.
4- Mereka yang berhutang akan menganggap dengan membaca doa ini hutang-hutang mereka terlepas. Sedangkan diriwayatkan bahawa Nabi  tidak menyembahyangkan jenazah yang masih lagi belum melangsaikan hutangnya.
5- Dengan membaca serta mengamalkan doa ini akan menjadi kebal. Ditikam tidak tembus, tidak lemas di dalam air dan sebagainya. Ini adalah kepercayaan karut. Sekiranya dengan membaca doa ini akan menjadi kebal sudah tentu nabi dan para sahabat membacanya ketika dalam peperangan badar dan sebagainya, sebaliknya Hamzah telah Syahid dalam peperangan Uhud dan nabi sendiri telah cedera di dalam peperangan yang sama.
Kesimpulan
Inilah antara kandungan yang terdapat di dalam buku kecil ini disamping kandungan yang lainnya seperti talqin mayat, doa kanzul Arasy, dan doa Ukasyah r.a. Malangnya masyarakat kita tidak mengetahuinya dan ianya dijual secara meluas. Bertambah malang apabila para pendakwah kita tidak mengambil berat persoalan seperti ini bahkan turut mempromosikannya kepada masyarakat. Adalah menjadi kewajipan pihak-pihak berwajib di dalam negara ini untuk mengharamkan penyebaran buku kecil ini terutamanya dari pihak yang mencetak buku ini dari terus tersebar di dalam masyarakat kita.
Ni kitab Majmuk Syarif, curiga juga pas dpt tau sbb ainiz pun ada kitab ni..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
erkkk..... ye ke mcm tu kak ainiz? doa haikal ni ramai yg amalkan. betul2 le dorg jadi kebal? try tanya mak T dia kebal x? |
|
|
|
|
|
|
|
first time dengar pasal doa haikal nie.
minta pencerahan drpd yg pakar please... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# ainiz81
senang betul Allah nk bagi pahala..dengan baca doa ni sahajekan???..tk yah baca Quran la cam tu.?misteri2 |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kes sebegini, banyak doa doa yg diamalkan dengan mempamerkan kehebatan fadilahnya, walhal hanya tipuan dari syaitan durjana
Sesiapa yg mengamalkannya akan dihurung jin jin, malah boleh dapat gila isim.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ainiz terpanggil tuk buka thread mngenai doa ni selepas mndengar cerita dari mak pg td. Ceritanya be ...
ainiz81 Post at 25-6-2012 17:02
Time aku muda dan hensem dulu aku rajin belajar silat dan menuntut ilmu-ilmu kebatinan. Memang, kebanyakan orang yang menuntut ilmu kebatinan tanpa dihalusi dengan ilmu tauhid dan ilmu tasawuf lebih yakiin dan membesarkan fadhilat ayat berbanding meletakkan diri dalam kandang "lahaula wala quwata ilabilahil aliyil azim". Contohnya : Amal surah ayat Al- TAubah untuk kebal.Even member kepada member aku yang kaki pukul npun amalkan ayat 128 untuk tujuan kebal (disertai dengan puasa mutih).
Tapi bila aku masuk ke ilmu mencari diri, sebenarnya ayat tuh semua tak der kuasa apa pun. Memang ia ada fadhilat, tapi yang memberikan fadhilat tersebut ialah Allah. Dalam pencarian mencari jalan pulang kata orang, biarlah sebarang ayat/doa/amalan yang kita amalkan membawa kita menuju ke hadrat Allah, bukannya menjauh dari-Nya dengan yakin pada kekuatan ayat atau doa. Allahualambissawab. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kes sebegini, banyak doa doa yg diamalkan dengan mempamerkan kehebatan fadilahnya, walhal han ...
hantukiller Post at 25-6-2012 17:59
Tuan,
Boleh saya tanya, elokkah saya membaca surah yassin sehingga lebih dari 7 kali dalam sehari? Ini kerana saya setiap hari jogging dan saya sedar bahawa bila saya membaca surah yassin sambil berlari (dlm 8 km), penat akan berkurangan berkali ganda. Saya risau jugak in care ini akan mengudang makhluk lain untuk bersama saya.
Maaf TT jika ini lari dari tajuk doa TT ini. |
|
|
|
|
|
|
|
janganlah kita mmpergunakan ayat2 Allah menurut hawa nafsu kita,apatah lagi cuba memesongkannya pula..barangsiapa yg brbuat begini dn mati sblum brtaubat maka Allah akan beri azab yg dahsyat di akhirat kelak..prkara ni telah di sebut di dlm Al Quran banyak kali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adushhh...
maleh betul la nak komen....
Apabila malan dan ibadah dah cukup secara asasnya maka biasalah kita ni manusia sesungguhnya tidak akan puashati....
Maknanya bila yang wajib kita dah buat lengkap dah kenapa nak buat sunat ?
nah...sunat tu kan menambah pahala...
apabila ada tambahan dengan perbuat perkara sunat maka bertambahlah pahala... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam kita beli suatu barang...untuk wajah muka...
asasnya nak hilangkan jerawat...
guna satu produk tu...
tujuan asalnya nak hilangkan jerawat...
kemudian guna ...bila sudah jerawat dah tak der...termasuk bintik bintik hitam...
Nah niatnya nak hilangkan jerawat, kenapa pulak bintik hitam pun hilang...ni dah kira bagus bukan ?
kenapa tidak jumpa ajer orang yang menjualnya dan beritahu kat dia...saya nak hilangkan jerawat ajer ...bukan bintik hitam...lihat muka saya dah bersih...mana perginya bintik hitam tu? saya nak bintik hitam tu semula....
haaa...boleh tak cam tu...? |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian apabila muka dah bersih dah...
mula lah cari pelembut muka pulak ...
kemudian cari pelembap pulak
kemudian cari pencuci pulak yang untuk siang dan malam...
kenapa macam ni...asalnya cuma nak hilangkan jerawat cuma...
Ini kiasan saya saja...
makanya apabila cukup asas ibadat dan ibadah maknanya iman dah tak goyang dah...
amalan tersebut untuk penambahan...ianya kebanyakan dari ayat ayat Allah dan doa (permintaan ) .
Salah satu doa haikal ni adalah menolak terjadinya pnganiayaan kepada yang mengamalkannya... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Dukacita kita nyatakan disini bahawasanya secara tidak langsung doa ini akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk kepada pengamalnya apatah lagi mereka yang mengamalkan doa ini terdiri daripada mereka yang jahil terhadap agama.[/quote] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# rdzaccess
malas2 pun komen gak ... hehehee tapi sempoii...sbb sebenarnya dah namanya doa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan,
Boleh saya tanya, elokkah saya membaca surah yassin sehingga lebih dari 7 kali dalam sehari? Ini kerana saya setiap hari jogging dan saya sedar bahawa bila saya membaca surah yassin sambil berlari (dlm 8 km), penat akan berkurangan berkali ganda. Saya risau jugak in care ini akan mengudang makhluk lain untuk bersama saya.
Maaf TT jika ini lari dari tajuk doa TT ini.
scorpionkiki Post at 25-6-2012 19:53 Membaca surah surah dalam AlQuran amat digalakkan. Malah dituntut.
Membaca surah yassin yg semata mata untuk 'membaca ayat AlQuran kerana Allah' amat bagus dan tidak sesekali mengundang jin. Tetapi jika membacanya disebabkan keinginan kita akan fadilah dari pembacaan, ia akan menghasilkan sesuatu yg sesuai dengan apa yang kita niatkan. Katalah baca yaasin kerana untuk mendapat perlindungan dan pendinding dari Allah, maka ini bukan 'kerana Allah' namanya, tapi 'kerana nak perlindungan dan pendinding' maka dapatlah apa yg dihajatkan tersebut iaitu perlindungan yg tak lain jin yg hadir sebagai pelindung atau pak guard...
Pembacaan yg kamu lakukan iaitu membaca yaasin lebih 7 kali amat bagus, sebab kamu tak tentukan jumlahnya secara tepat, tak tentukan niatnya untuk sesuatu dan kamu baca sebab kamu suka baca surah yassin tu... kelebihan dari pembacaan tersebut adalah secara automatik, bukan itu tujuan kamu baca yassin tu.... so kesimpulannya pembacaan tersebut tidak mengundang jin, tetapi janganlah baca kerana nak mengurangkan penat (niat nak mengurangkan penat tak mengundang jin tapi masih tak ikhlas kerana Allah)... so bacalah terus tetapi hakikatkan baca hanya kerana Allah, pedulilah penat tu berkurangan ke tidak.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Membaca surah surah dalam AlQuran amat digalakkan. Malah dituntut.
Membaca surah yassin yg semata ...
hantukiller Post at 26-6-2012 09:47
wak, selalu bila ada org yg tgh sakit teruk atau nazak, kita akan bacakan yasin supaya dia mudah pergi. mcm mana pulak? adakah mengundang jin jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
wak, selalu bila ada org yg tgh sakit teruk atau nazak, kita akan bacakan yasin supaya dia ...
misslivina Post at 26-6-2012 11:42 Tak mengundang jin sebab membaca tu bukan bertujuan untuk mendinding ke apa, tapi untuk tujuan memudahkan orang nazak tu pergi....(walau tak ikhlas, tak ngundang jin)
Tapi sebenarnya bukan surah yaasin yg sesuai untuk dibacakan pada orang yg nazak ni, surah yaasin sesuai untuk kita sendiri baca dan fahami maksudnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AwgSagi at 26-6-2012 16:07
Reply 1# ainiz81
saya suka mendengar ceramah Dr MAZA.
dalam satu topik majlis ilmu mengenai dengan amalan-amalan yang biasa diamalkan oleh orang islam, beliau ada menyentuh bab bacaan2 ni. apa yang saya fahamkan maksudnya ialah banyak antara kita orang islam tersangat ghairah membuat amalan yang menjanjikan manfaat yang sangat banyak termasuklah amalan2 yang terdapat dalam buku Majmu Syarif tersebut.
pernyataan beliau, semua amalan-amalan ibadah yang sahih termasuk bacaan2 banyak telah diajarkan oleh Nabi SAW melalui hadis2 Nabi SAW. dan, amalan2 tersebut telah dijamin secara pasti oleh Nabi SAW akan mendapat ganjaran ataupun fadhilahnya daripada Allah SWT. dan, kita tahu, Nabi SAW mempunyai autoriti untuk membuat jaminan tersebut.
mari kita berfikir sejenak jawapan bagi soalan di bawah ini yang beliau tanyakan dalam majlis ilmu tersebut:
- siapakah yang memberi jaminan dan autoriti kepada pencipta amalan2 yang tidak bersumber daripada Nabi SAW untuk menyebarkannya kepada orang ramai dan memaklumkan kepada orang ramai ganjaran2 yang diberi Allah SWT apabila mengamalkan amalan tersebut?
- di antara sekian banyak amalan yang disarankan oleh Nabi SAW dan individu2 yang mencipta amalan baru, amalan mana kah yang lebih terjamin dan lebih autentik untuk kita amalkan dengan yakin dan percaya ianya akan mendapat ganjaran Allah SWT?
saya diajar, selain kita beramal dengan amalan yang besumber dari Nabi SAW, kita boleh membuat amalan khusus untuk diri sendiri seperti melazimkan membaca surah tertentu pada pagi, petang, siang dan malam kerana kesukaan atau kecintaan kita kepada makna kandungan isi surah tersebut juga atas harapan mendapat anugerah RahmatNya. apa2 anugerah Allah kepada kita dengan amalan tersebut tidak boleh kita umumkan atau sebarkan kepada orang ramai kerana ianya khusus untuk kita dan tidak ada sumbernya dari Nabi SAW untuk disebarkan.
wallahualam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TT..thread yg bagus....harap ada byk lg info yg bleh share kat sini.
very good info indeed.. |
|
|
|
|
|
|
|
S O P ( Standard Operating Procedure ) pun bukan bersumber dari Rasulullah saw...tapi ramai gak yang ikut...untuk kebaikan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# rdzaccess
standard operating procedure ..... hahahaahamacam modus operandi gak ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|