CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3734|Reply: 20

[Jenayah] Malaysia Juga Boleh Tenggelam Jika Ais Di Greenland Cair

[Copy link]
Post time 16-8-2012 04:38 PM | Show all posts |Read mode



“Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah.“Risiko ini bagaimanapun tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana pencairan ais di Greenland akibat pemanasan global berlaku secara berperingkat-peringkat,” katanya ketika dihubungi Kosmo.



(Gambar) Aisberg yang besar tiba di Newfoundland, Goose Cove pada pertengahan bulan Julai. “Bongkah ais terapung ini datang dari Greenland.

Beliau mengulas kejadian kecairan glasier yang luar biasa di Greenland pada bulan ini yang membabitkan kawasan lebih luas berbanding sepanjang tempoh 30 tahun lalu.


Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencair.


Sebuah bongkah ais gergasi dua kali lebih besar daripada Manhattan, Amerika Syarikat atau hampir menyamai saiz Pulau Tioman di Malaysia turut pecah.


Ibrahim berkata, fenomena pemanasan global menjadi punca lapisan ais di Greenland cair dan ini telah mengakibatkan paras air laut di Malaysia meningkat satu hingga dua milimeter setiap 10 tahun.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, langkah terbaik untuk memperlahankan pencairan ais di Greenland ialah dengan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan pemanasan global.

Sementara itu, Pakar Oseanografi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus pula memberitahu, peningkatan paras air laut akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah di negara ini dinaiki air dan banjir kilat berlaku lebih kerap

“Kawasan rendah yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini berkemungkinan berlaku banjir dan proses untuk air surut akan mengambil masa lebih lama,” jelasnya.


Menurut Kamaruzaman, kecairan ais yang berlaku dan kesannya kepada negara ini adalah berpunca daripada pemanasan global yang disebabkan oleh pembuangan sisa industri yang tidak dikawal, pembebasan karbon dioksida (CO2) dan pertambahan penduduk manusia.


Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Yap Kok Seng pula ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang memantau perkembangan di Greenland serta akan mengkaji kesan fenomena itu terhadap Malaysia.~kosmo


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2012 04:40 PM | Show all posts
bahtera yg razhar buat siap dakgi?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 04:40 PM | Show all posts
tompang tanya:

abe tok demam keee....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 04:45 PM | Show all posts
wah best, nanti pantai kat depan rumah saja....hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 04:47 PM | Show all posts
kasibiman posted on 16-8-2012 04:40 PM
tompang tanya:

abe tok demam keee....

dok laa... gersang ajerk.... uhhhh.... aahhh....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 04:48 PM | Show all posts
totokreturn posted on 16-8-2012 04:47 PM
dok laa... gesang ajerk.... uhhhh.... aahhh....

takpe la abe tok... 3 hari lagi setan nirrojim bermaharajalela balik di mesia neh...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-8-2012 04:49 PM | Show all posts
bleh heret tak icebrg nih bawak balik letak kat malaysia.. sejuk sket nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 04:54 PM | Show all posts
kalu carlsberg tumpah cam mana pulak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2012 04:56 PM | Show all posts
kalau M'sia tenggelam..Singapura apatah lagi..

Most of Singapore is no more than 15 meters above sea level


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 05:01 PM | Show all posts
waterworld....... ada tanah sekilo dah kaya wooo
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 05:07 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 16-8-2012 04:40 PM
bahtera yg razhar buat siap dakgi?

takdak bahtera la, tiket pergi NZ jah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 05:23 PM | Show all posts
Berita macam ni, kalau dihebohkan boleh menjatuhkan ekonomi. Orang yang beli hartanah kat kawasan rendah akan mengalami kerugian. Nak jual pun takde orang nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 06:43 PM | Show all posts
Yang ni   tadak   salah  UMNO    ker  ...totok  .....

madey:   ape2    kena  salah   UMNO    gak

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 07:09 PM | Show all posts
mustahil malaysia tenggelam
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 07:22 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 16-8-2012 04:40 PM
bahtera yg razhar buat siap dakgi?

bila masa aku kata buat kapal, bodo? bulan2 posa pon kija duk pitnah je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 08:59 PM | Show all posts
banyak nau tgk katunn..cam ni ler jadi nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2012 09:03 PM | Show all posts
lepas ni kena kopak lah pintu2 kat rumah
untung2 ada scene jack dengan rose.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 09:08 PM | Show all posts
mahathirGX posted on 16-8-2012 06:43 PM
Yang ni   tadak   salah  UMNO    ker  ...totok  .....

madey:   ape2    kena  salah   UMNO    g ...

yg nih cuma ada tiket bas ekspress sponsor khas turun ke pasar borong selayang untuk pegi dating jerkk....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 09:27 PM | Show all posts
DayangKirana posted on 16-8-2012 04:56 PM
kalau M'sia tenggelam..Singapura apatah lagi..

Takpa.... tanah kat Johor kan banyakkkkkkkk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 12:29 AM | Show all posts
kalu tenggelam..

KL pun sama tenggelam tak?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.073407 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list