View: 6355|Reply: 67
|
[Jenayah]
Limpa pelajar sekolah agama rosak akibat ditendang kerana lewat solat Asar!!
[Copy link]
|
|
Limpa rosak akibat ditendang
17/08/2012 - 06:22:29 AM Nor Fazlina Abdul Rahim | [url=mailto:nfazlina@bharian.com.my]nfazlina@bharian.com.my[/url] Cetak Emel Kawan
Radin (kanan) menunjukkan luka pembedahan anaknya kepada Michael Chong dan Muhd Khairun di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.
Kuala Lumpur: Akibat melewatkan solat Asar, seorang pelajar Tingkatan Dua ditendang beberapa kali di perut oleh lima rakannya di dalam bilik air asrama sekolahnya.
Berikutan kejadian itu, Muhammad Ridwan Radin, 14, pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat Maahad Al-Islah, Parit Sungai Lampan, Teluk Intan, terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang limpanya kerana koyak akibat hentakan kuat.
Terpaksa ambil antibiotik hingga umur 21 tahun
Lebih malang, anak sulung daripada tiga beradik itu terpaksa mengambil antibiotik sehingga berusia 21 tahun.
Dalam kejadian 29 Jun lalu, mangsa berada dalam tandas asrama apabila didatangi lima rakannya yang bertanyakan sama ada sudah menunaikan solat Asar.
Mangsa yang menjawab belum kerana mahu mandi dulu terus disepak salah seorang rakannya sebelum mangsa berlari ke biliknya. Namun, mereka mengikutnya ke bilik dan terus menyerangnya.
“Saya kemudian memaklumkan kejadian itu kepada rakan, namun tidak menceritakan kepada keluarga atau guru kerana takut dimarahi. Akibat terlalu sakit di perut, saya meminta guru supaya menghubungi bapa,” katanya ketika di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusinya, Datuk Seri Micheal Chong dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh.
Bapa mangsa, Radin Mohd Nor Ashikin Osman, 38, berkata beliau dihubungi guru sekolah meminta mengambil anaknya yang mengadu sakit perut.
Beliau yang tinggal di Setapak, kemudian membawa anaknya ke Klinik Teluk Intan, namun kesakitan dialami anak sulungnya semakin teruk sebelum merujuknya ke Hospital Kuala Lumpur. (HKL).
|
|
|
|
|
|
|
|
hi geram tull aku dgr cite2 camni.....:@ bahlol tul rakan2 dia...apasalahnya nasihat bebaik...kenapa mesti nak berkasar... |
|
|
|
|
|
|
|
indahnye Islam dirosakkan oleh umatnye |
|
|
|
|
|
|
|
apsal melayu nih p carik cina jugak? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_wombat posted on 17-8-2012 08:45 AM
apsal melayu nih p carik cina jugak?
yelahh.takut kene sepak lagi kalau cari mulayu..cina jugak tempat mengadu
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiyakkkk, apsal tak jumpa biro pas |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 sekarang nak tunjum samseng je. Geram betul..:@ |
|
|
|
|
|
|
|
deejavu01 posted on 17-8-2012 09:23 AM
Budak2 sekarang nak tunjum samseng je. Geram betul..
tengok KLG byk sgt kot
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. dgr dulu cerita dua belah pihak.
sejak student aku mem'babi'kan aku dlm kelas, semasa P&P.. aku mmg takdak laa mudah nak percaya ckp budak2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
xkan la sbb lewat solat asar je...
hmmm... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..
sekolah agama tp perangai mcm budak2 henry gurney
buat terpalit busuk nama sekolah agama je
|
|
|
|
|
|
|
|
honam posted on 17-8-2012 09:17 AM
Aiyakkkk, apsal tak jumpa biro pas
Kalau jumpa biro PAs, maunya kena sepak lagi sebab lambat solat
|
|
|
|
|
|
|
|
budak ni lagi percaya MCA dari mendau kat UMNO...
ye lahkan, dlm umno ramai yg munafik... MCA dah sah2 kapir tak semayang,
bijak budak ni...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|