CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3538|Reply: 29

[Jenayah] Keluarga Ustaz diserang samseng jalanan!

[Copy link]
Post time 24-8-2012 04:24 AM | Show all posts |Read mode



KUALA TERENGGANU - Sebuah keluarga berdepan detik mencemaskan apabila ditahan sebelum diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali, dalam satu kejadian di Jalan Sultan Mahmud di sini, semalam.
       
        Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang juga seorang guru berumur 46 tahun bersama isteri dan tiga anaknya berusia antara 16 hingga 20 tahun, dikatakan dalam perjalanan dari arah Chendering menghala ke pusat bandar untuk menikmati makan malam di bandaraya ini.
       
        Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian itu bermula apabila kereta Honda yang dinaiki keluarga itu dihimpit sebuah Perodua MyVi berwarna putih, dinaiki lima lelaki.
       
        Berdasarkan laporan awal, salah seorang daripada mereka dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada keluarga berkenaan ketika berada di lampu isyarat Pantai Batu Buruk.
       
        “Keluarga berkenaan bagaimanapun tidak menghiraukan perbuatan itu, sebaliknya meneruskan perjalanan. Tetapi sebaik mangsa tiba di sebuah bank di Jalan Sultan Mahmud, mereka dihampiri sebuah kereta Nissan Navara berwarna hitam yang cuba menghalang perjalanan.
       
        “Pada masa sama, Perodua MyVi yang menghimpit mereka sebelum ini tiba di lokasi kejadian dan sekali lagi bertindak menghimpit kenderaan mangsa, menyebabkan mangsa terpaksa memberhentikan keretanya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
       
        Jelas Manoharan, pihaknya percaya ia melibatkan lapan lelaki iaitu lima lelaki yang menaiki Perodua MyVi manakala tiga lagi menaiki Nissan Navara.
        Mereka kemudiannya menarik anak lelaki mangsa yang berusia 20 tahun, lalu memukulnya menggunakan kaki dan tangan sehingga menyebabkannya cedera pada muka, kepala dan badan.
        Bimbang anaknya teruk diapa-apakan, mangsa kemudiannya cuba meleraikan namun turut ditumbuk sehingga cedera di muka dan badan, manakala isterinya jatuh kerana ditolak ketika cuba membantu meleraikannya.
       
        “Kesemua suspek berusia 28 tahun ke atas itu, turut bertindak merosakkan kereta mangsa, sehingga menyebabkan cermin depan dan sisi pecah selain kemek, sebelum melarikan diri,” katanya.
       
        Menurut Manoharan, pihaknya masih menyiasat motif serangan kerana mangsa dan anaknya yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi itu mendakwa, tidak tahu punca sebenar mereka diserang.
       
        Bagaimanapun katanya, pihak polis sudah mengenal pasti salah seorang suspek yang juga pemilik kereta MyVi itu dan tangkapan akan dibuat tidak lama lagi.
       
        “Kita masih menyiasat sama ada kejadian ini disebabkan perselisihan faham atau masalah jalan raya. Jadi saya harapkan semua suspek untuk menyerah diri, sebelum polis sendiri menahan mereka di rumah.
       
        “Jika keluarga mereka tahu mengenai kejadian ini, saya harap dapat menasihatkan anak mereka untuk menyerah diri di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membantu siasatan,” katanya.
       
        Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 323 KK kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 04:33 AM | Show all posts
Inilah salah satu pe'el jantan yg memalukan lelaki Malaysia!

Lowest mentality at the hghest level...
Kalau nak blasah pun, jgn babitkan keluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 05:05 AM | Show all posts
dngr kt tv semalam..dorang kate mmg dorang tak tahu pasal ape kena blasah...nie mmg saje je nk carik pasal..tunjuk smseng
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 05:29 AM | Show all posts
firasat aku mengatakan.....anak lelaki ustaz tu membalas isyarat luncah geng yg dalam perodua myvi tu kot.....geng2 tu pulak jenis gedebe kononnya...saja jalan2 cari pasal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 05:53 AM | Show all posts
Kalau diorang saje nak tunjuk samseng, lagi senang pilih yg sorang2...
Personal vendetta la tu..

“Kita masih menyiasat sama ada kejadian ini disebabkan perselisihan faham atau masalah jalan raya. Jadi saya harapkan semua suspek untuk menyerah diri, sebelum polis sendiri menahan mereka di rumah.


Bertuah laaa kalau diorg nak serah diri tetiba...manja betul arahan polis ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 06:11 AM | Show all posts
Lagi satu kes mentaliti kampung dusun!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2012 06:40 AM | Show all posts
kuat jenayah kat Ganu ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 06:51 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 24-8-2012 05:29 AM
firasat aku mengatakan.....anak lelaki ustaz tu membalas isyarat luncah geng yg dalam perodua myvi t ...

oh, saya juga terlintas perkara yg sama ..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 07:15 AM | Show all posts
meklin posted on 24-8-2012 06:51 AM
oh, saya juga terlintas perkara yg sama ..

kita sejiwa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 07:38 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 24-8-2012 07:15 AM
kita sejiwa...





tp bebudak perangai samseng kan bukan boleh kira juga..
kekadang org xlayan / buat bodo/ buat derk jer dengan provokasi depa pun, diorg hangin ..




Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 07:47 AM | Show all posts
road bully...

road hogging ...

kalau aku pg teganu, mmg rasa sedikit sesak napas dgn cara pemanduan org sana.
yg muda laju macam ada 18 nyawa. yg tua duk hogging line kanan.

mamat yg kena belasah tu mesti lawan balik isyarat provokasi mamat yg belasah tu.

yg paling penting, mereka cuma ingin menikmati makan malam, tapi kena belasah.
macam mana ni ise? mu royap mesia ni selamak... selamak kut celoh mano tu ise?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 08:00 AM | Show all posts
geng_tx posted on 24-8-2012 07:47 AM
road bully...

road hogging ...

celohs kekeng dia la bohhhh....
ke guane
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2012 08:17 AM | Show all posts
berita tuh sengaja buang guru agama jadi guru.....
takut jadi sensitiviti agama ker? atau yg kena pukul tuh geng hijau....?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:06 AM | Show all posts
ni la samseng mulayu........
hebak ngan org2 tuo jer.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:09 AM | Show all posts
kepelekkang tanpa batasang sek tranung... apa sgtlahhh nak tekejutnya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:10 AM | Show all posts
masa aku balik kampung jumaat lepas..bayangkan hway agak sesak..byk keta..ade 4 buah motor rxz buat aksi superman..aku mmg menyumpah sbb depan keta aku je..mmg aku harap aku jumpa mayat drg kat dpn2 nnt..geram..membahayakan org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 09:11 AM | Show all posts
dia target anak dia..mesti ank dia wat sesuatu la tu..
kalu samseng sgt, dia target bapaknye, maknye skali..

mgkin anak dia salah sorg ahli samseng tu.. pi lari 'duty' psl raya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:32 AM | Show all posts
  1. Suspek belasah guru, anak lelaki serah diri

  2. KUALA TERENGGANU 23 Ogos - Salah seorang daripada tujuh suspek yang membelasah seorang guru dan anak lelakinya di Jalan Sultan Mahmud dekat sini kelmarin tampil menyerah diri malam tadi.

  3. Suspek utama berusia 26 tahun itu yang juga pemilik kenderaan yang dikatakan menghimpit kereta mangsa turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

  4. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, dalam laporan itu, suspek menjelaskan anak guru terbabit terlebih dahulu menimbulkan provokasi terhadap dia dan rakan-rakannya.

  5. [b]“Suspek mendakwa, anak guru itu terlebih dahulu menunjukkan isyarat lucah tanda tidak berpuas hati dengan suspek yang menghimpit kereta mereka.[/b]

  6. “Sehubungan itu, polis akan menjalankan siasatan secara terperinci sebelum mengambil tindakan ke atas kesemua yang terlibat dalam kes tersebut," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
  7. ...

  8. Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.


Copy the Code
pergghh... engkau tau engkau himpit kereta org, org marah engkau nak belasah?


pelek2ang ikok dang la sek tranung nehhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:41 AM | Show all posts
dalam berita semalam kata

saspek beri penerangan bhw anak ustaz tuh yang tunjuk isyarat lucah dulu...

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:51 AM | Show all posts
bengong punya budak-budak. akai tak dak. masing-masing nak tunjuk samseng
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.084702 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list