View: 8082|Reply: 2
|
camne nak buat Kesatuan Sekerja ye
[Copy link]
|
|
Ai berminat nak buat kesatuan Sekerja sebab lately ni banyak sangat isu pasal mereka dan bagaimana mereka ni x terbela akibat dominasi syarikat.
Ada sesapa leh guide x? membership form tu kita buat dulu kan? Last edited by yipun_78 on 18-9-2012 06:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Akta Kesatuan Sekerja (Trade Union Act) 1959 [Akta 262]
Kesatuan sekerja adalah sebuah organisasi bebas atau gabungan pekerja-pekerja yang berperanan sebagai suara yang mengawal hubungan antara pekerja dan majikan untuk memperbaiki hubungan industri, memajukan status ekonomi dan sosial kedua-dua pihak serta mencari penyelesaian untuk mempertingkatkan produktivi untuk kepentingan pihak-pihak yang terlibat.
Siapa yang boleh menganggotai kesatuan sekerja?
Terbuka kepada semua pekerja kecuali kakitangan pengurusan, kakitangan eksekutif, kakitangan sulit dan kakitangan keselamatan.
Bagaimana menubuhkan kesatuan sekerja?
Kesatuan Sekerja yg ditubuhkan perlu membuat permohonan utk pendaftaran dibawah Akta Kesatuan Sekerja dalam masa 1 bulan daripada tarikh penubuhan kepada Kementerian Sumber Manusia
Keahlian yg diperlukan utk menubuhkan Kesatuan Sekerja adalah seramai 7 orang (minimum)
Perkara-perkara yg perlu dihantar semasa mendaftar:
1. Nama, pekerjaan dan alamat ahli yg ingin membuat pendaftaran
2. Nama Kesatuan Sekerja dan alamat ibupejabatnya
3. Jawatan, nama, umur alamat dan pekerjaan pegawai Kesatuan Sekerja
maklumat penuh boleh didapati disini
|
|
|
|
|
|
|
|
thanx ya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|