|
so far, yg aku penah makan kat kenduri doa selamat menunya yg aku ingat sampai laa ni
1. nasi ambeng- pengalaman sangat2 best bt aku, tapi suami tak reti nak makan setalam dgn orang yg dia tak kenal.
2. nasi arab - dia beli kat Sabaa' Cyberjaya. sedap. sedap. dapat tapau sekali bawa balik rumah
3. roti arab- ni rare kot pasal dia buat majlis waktu petang lepas asar. so kiranya cam minum2 petang. kenduri akikah, so dia cuma amik katering utk bakar kambing/ jadi cam sandwich org arab la.; menu2 dia yg lain cam char kueh teow dan nasi goreng nenas.
4. aneka nasi yg aku penah rasa; nasi daging, nasi dagang, nasi karot, nasi kari, nasi kismis, nasi jagung, nasi ayam.. ada gak yang pertama kali merasa cam nasi serai, nasi keju (erm.. tak berapa suka rasanya hehehe) lauknya lebih kurang aje ayam masak merah ke, masak briyani ke, cuma nasinya aje berbeza.
5. penah gi doa selamat pagi, dia sajikan nasi lemak, roti bakar, telur separuh masak ala2 kopitiam, burger. ni pun menarik untuk aku pasal jarang org buat pagi.
6. pulut kuning.
7. burung puyuh panggang--sedapnye
|
|