CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31526|Reply: 11

AP Semenanjung VS AP Sabah/Sarawak

[Copy link]
Post time 23-9-2012 06:15 PM | Show all posts |Read mode



Seminggu dua ni aku sibuk kehulu sibuk kehilir mencari kereta idaman, tapi recond la.
Dalam misi pencarian aku ni, byk benda baru yg aku belajar, termasuk la pasal AP ni. Tapi biasa la, bila
sembang dgn salesman kereta ni, semuanya indah2 belaka.

Aku pegi NAZA Motors kat PJ, katanya AP Sabah/Sarawak duti dia murah, sebab tu kereta yg
guna AP Sabah/Sarawak lagi murah dari kereta yg guna AP Semenanjung. Tapi, kereta AP Sabah/Sarawak ni
pulak, problem masa nak jual nanti, katanya used car tak nak amik, pastu nak loan dgn bank pun susah.
Yg untungnya, murah masa mula2 beli. Mcm estima yg aku tgk, beza dekat 20k jugak la, walaupun tahun dah spec sama.

Bila pegi kedai yg guna AP Sabah/Sarawak pulak, katanya dulu je ada problem mcm tu, skrg takde dah.
Aku rasa, mesti ada forumer kat cari ni yg beli kereta recond ni.
Ce korang story mory sket kat aku yg naif ni pasal isu AP ni.

Pastu korang rasa, bajet 2013 yg nak bentang jumaat ni, ada kemungkinan ke harga kereta akan turun?
Aku mcm dah jumpa kereta idaman, tapi aku masih hold dulu sebab kot2 la harga kereta turun,
boleh la dapat murah sket

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2012 07:16 AM | Show all posts
yg i taw roadtax sabah sarawak murah berbanding semenanjung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 08:03 AM | Show all posts
pak_raub posted on 25-9-2012 04:07 AM
Kalau pergi ke dealer yang guna AP Semenanjung, diaorang akan kata AP Sabah Sarawak banyak problem.  ...

Thanks bro, atas penjelasan yg panjang lebar.
So maknanya betul la mitos yg AP sabah/sarawak mmg ada problem masa nak jual balik nanti.

Bila cakap pasal salesman ni, mmg itu la realitinya. Semuanya tentang sales.
Pastu ada plak yang suggest beli insurans untuk warranty, opal insurans ke apa tah.
Ada yang penah beli tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 08:05 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 25-9-2012 07:16 AM
yg i taw roadtax sabah sarawak murah berbanding semenanjung

Bro, walaupun AP sabah/sarawak, tapi road tax ikut semenanjung sbb register kat semenanjung, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 10:14 AM | Show all posts
taupo posted on 25-9-2012 08:03 AM
Thanks bro, atas penjelasan yg panjang lebar.
So maknanya betul la mitos yg AP sabah/sarawak mmg ...

Tak ada problemnya, berdasarkan pengalaman aku beli kereta recond guna AP Sabah tak ada maslah pun. Tak lama lepas tu nak tukar kereta. Pergi used car dia setuju nak ambil dan aku pun setuju dengan harga tawaran. Yang penting perlu simpan satu salinan AP berserta dengan pengesahan duti kastam telah dibayar. Kalau tak ada yang tu jenuh nak buat carian kat JPJ bila nak jual kelak. Orang kata AP Sabah/sarawak murah, sebab tu lah harga kereta recondnya murah sikit. Tapi kalau kat sini satu AP pun 40 ribu, maka dealer pun akan masukkan dalam harga kereta.(pembeli juga yang kena tanggung) dahlah kena tanggung cukai kereta yang beratus-ratus persen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 12:13 PM | Show all posts
Odyman posted on 25-9-2012 10:14 AM
Tak ada problemnya, berdasarkan pengalaman aku beli kereta recond guna AP Sabah tak ada maslah pun ...

Thks bro. Actually aku dah minat dgn 1 estima ni, aku tgk kat PJ, Jalan222. Dia nak bagi estima 2009, S spec, ada panaromic roof, 2 power door, 195k. Within aku punya budget lah. Dia bagi waranti 3 bulan. Pastu dia suggest aku amik waranti dari opal tu la, at least setahun. Tapi weekend ni aku nak ronda lagi, tgk kat kedai lain pulak, kalau2 ada yg lebih menarik hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2012 05:13 PM | Show all posts
taupo posted on 25-9-2012 12:13 PM
Thks bro. Actually aku dah minat dgn 1 estima ni, aku tgk kat PJ, Jalan222. Dia nak bagi estima 20 ...

nak beli estima ni check betul-betul, kadang-kadang salesman tak explain betul-betul dia punya spec. jangan terbeli yang ada 4WD dah le.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 05:33 PM | Show all posts
So far baru jumpa 1 je estima 4wd, harga memang murah. Tapi maintenance, tak blh tahan, hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2012 08:55 PM | Show all posts
taupo posted on 25-9-2012 05:33 PM
So far baru jumpa 1 je estima 4wd, harga memang murah. Tapi maintenance, tak blh tahan, hehe

maintenance tu lebih kurang saja, yang parahnya dia telan minyak macam unta kehausan di padang pasir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 07:39 AM | Show all posts
pak_raub posted on 25-9-2012 11:23 PM
Pergilah survey dulu tempat2 lain. Sebaiknya cari dealer yang boleh beri waranti 1 tahun, jadi tak ...

Ok bro, thanks for the info. Cakap pasal warranty tu, ada salesman bgtau aku, mostly kedai yg bagi warranty setahun tu, akan beli kan insurans opal ni utk buyer, setahun dalam RM1900. Pastu harga insurans tu actually dorang dah include dalam
Price kereta. Kita dok ingat mcm kedai la yg bagi waranti, padahal duit kita jgk yg digunanya.

Pasal tayar plak, salesman Naza yg aku jumpa kata, kalau masa inspection Puspakom lepas, dorang xkan tukar tayar tu. which aku rasa agak melampau la, sebab estima yg aku tgk tu, mmg agak botak dah tayar dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 09:03 AM | Show all posts
Odyman posted on 25-9-2012 10:14 AM
Tak ada problemnya, berdasarkan pengalaman aku beli kereta recond guna AP Sabah tak ada maslah pun ...

betul ke xde masalah beli ap sabah ni...aku dh terbeli...org kata ada problem bila nk jual nnti??
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:56 PM | Show all posts
kat kuching estima 2009 full spec boleh dapat 130-140k.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.061800 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list