CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6884|Reply: 7

Inverter (skrin laptop) rosak lagi dan lagi dan lagi....

[Copy link]
Post time 11-10-2012 06:52 PM | Show all posts |Read mode
MInggu lepas laptop ai bproblem. btw, ai punya NEC.. usia ada la dlm 5 tawon...
skrin gelap gulita x bcahaya wpun blh running spt biasa... desperate nak habiskan keje, suluh guna torchlight.. mengong x?.

bawak kedai, tokei kata inverter rosak... bukan skrin.. ok percaya dan rasanya memang betul..

repair 2 hari kat kedai.. then bawak balik... kena rm210...
baru sejam guna.. gelap gelita kembali... apakah?????
takkan inverter baru pun rosak pulak kot? again nak hantar kedai????? noooo...........

tensionnya ai...........

ada sesapa blh explain x? apa sbenarnya problem lappy ai?
tq in advance...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 07:30 PM | Show all posts
antar balik gi kedai tu. suruh repair.
kalau dia suh tambah duit, pulangkan balik inverter tu kat dia.

org jual inverter baru rm60-70 je.
rm210 tu dah boleh ganti lcd baru.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:37 AM | Show all posts
Hm,betul cakap bzzt, takkan kedai tak bagi waranti, minta dia check balik inverter tu dan CCFL LCD.

Tapi untuk inverter Laptop, kebanyakkan di pasaran Malaysia bukan yang baru, 2nd punya.Hanya certain model je ada inverter baru.

Seperti untuk Laptop NEC, spare parts original (baru) agak susah nak dapat, kebanyakkan 2nd atau pakai part Laptop lain yang compatible.Harga untuk inverter biasanya rm100-180 (berdasarkan model). Kalau dapat harga rm 50-80 tu jika beli direct kat mudah atau internet dari owner spareparts serta kena pasang sendiri.

k, kita berbalik pada masalah TT,  sekarang backlight problem, ada 3 hardware kena periksa, inverter atau kabel supply power inverter dan CCFL bulb rosak.Kalau laptop LCD gelap tapi macam ada bayang kat LCD tersebut cuba suluh dengan torchlight.

Kalau Laptop dah berusia 5 tahun kemungkinan CCFL backlight nak rosak adalah tinggi.Jadi kena check bahagian tu juga.

TANDA INVERTER ROSAK
Inverter CCFL backlight LCD ni, kebiasaanya berbentuk satu papan PCB kecil yang panjang dan biasanya terletak betul betul di bawah LCD panel korang. Fungsi inverter ialah sebagai penukar voltan 12 VDC dan menukarkannya kepada voltan tinggi.

oltan AC yang ini di perlukan untuk menghidupkan lampu CCFL paparan belakang(backlight) yang terdapat pada LCD panel laptop korang. Dan kebiasaannya jika inverter rosak, tukang baiki akan tukar 1 papan inverter tu.

arga pasaran untuk inverter adalah mengikut Brand dan model Laptop.kalau model yang biasa banyak dipakai dipasaran dan model tersebut ada banyak kerosakkan lain selain inverter, peluang untuk dapat ganti nverter baru adalah senang serendah rm50 tak termasuk kos upah pasang, tetapi jika model tersebut model lama atau tak ramai yang menggunakannya harganya boleh mencapai rm250.

Biasanya nak tau tanda-tanda inverter nak rosak tanda dia seperti tanda CCFL nak rosak dan jika kita pegang bahagian kawasan inverter tu terletak, kita terasa panas dari biasa.

TANDA CCFL BULB ROSAK
CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps atau juga dipanggil lampu neon) berbentuk seperti lampu kalimantang panjang yang biasa(tetapi pada skala yang lebih kecil ) kalau nak rosak ada 3 tanda yang korang boleh ikuti:


  • Lcd akan berkelip-kelip backlight macam lampu     pendaflour kat rumah korang rosak.
  • Bila korang adjust ke maximum keterangan LCD tiba-tiba     lampu backlight terpadam (nampak macam gambar inverter rosak)tapi kalau     restart balik laptop LCD berkeadaan seperti biasa
  • LCD Laptop warna putih jadi kekuningan  .

Sumber:http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/11/baik-pulih-inverter-ccfl-backlight-lcd.html


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 11:04 AM | Show all posts
hafizam posted on 12-10-2012 10:37 AM
Hm,betul cakap bzzt, takkan kedai tak bagi waranti, minta dia check balik inverter tu dan CCFL LCD.
...

Owhh....
Nanges sgt baca taw..
rupanya byk sgt benda ai x tau pasal lappy ni.. tah2 org tu tipu ai pun ai x tau..

lappy ai still boleh guna macam biasa dan boleh running seperti biasa, x de problem nak bukak apa2 fail,
cuma lampu dia x nyala,
so nak tengok apa yg ada kat skrin kena suluh baru nmpak semua..

btw, dia kata NEC dah tak ramai org guna, so harga parts dia ada mahal sket..

mati la takkan ai nak bersuluh bagai buat keje kat umah@opis ??

btw, kalau tukar inverter baru pun ada warranty ek?
siyes x tau...

makaseh byk tau atas perkongsian maklumat... ai ni buta komputer... tau guna je..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2012 11:12 AM | Show all posts
bzzts posted on 11-10-2012 07:30 PM
antar balik gi kedai tu. suruh repair.
kalau dia suh tambah duit, pulangkan balik inverter tu kat  ...

ai ni duk kat tmpat yg blh kata pedalaman,
nak gi kedai dia ulang alik ada la dalam 3 jam lebih...

tu yg ai rasa cam berat je nak pegi selalu..
tukar inverter baru pun ada warranty ke? siyes x tau.. dan tokei tu pun x sebut pasal waranty..


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 08:31 AM | Show all posts
kirana_22 posted on 12-10-2012 11:12 AM
ai ni duk kat tmpat yg blh kata pedalaman,
nak gi kedai dia ulang alik ada la dalam 3 jam lebih. ...

memang patut ada, pekedai tu patut bagi waranti, even brg 2nd hands, skurang2 sebulan waranti gitu.

apa model laptop nec tu? dulu pnah dpt laptop nec yg pentium 4 - segiempat sama tu.. kene gak cmni.
dh dpt inverter baru, pstu terbakar balik, smbung monitor external okay.

3 kali terbakar inverter..malas lak aku nk repair.. haha

Last edited by batmana on 14-10-2012 08:32 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2012 10:26 PM | Show all posts
batmana posted on 14-10-2012 08:31 AM
memang patut ada, pekedai tu patut bagi waranti, even brg 2nd hands, skurang2 sebulan waranti gitu ...

agaknya memang nak suh aku tukar laptop baru kot..
tp ai ni jenis sayang barang.. walau dah blh buat tukun kata org
tp tah jenis susah nak suka kat barang baru sebab yg lama lagi tinggi nilainya bagi ai..

btw, blh x rekemen brand lappy yg ok utk ai?

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 01:46 AM | Show all posts
kirana_22 posted on 14-10-2012 10:26 PM
agaknya memang nak suh aku tukar laptop baru kot..
tp ai ni jenis sayang barang.. walau dah blh b ...

acer skrg dah okey.

yg tgh naik skrg ni ASUS.

selain tu toshiba, fujitsu, lenovo...

HP, compaq dan dell pun ok cuma aku tak brapa kenan. lain org lain taste dia kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.173865 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list