CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5666|Reply: 32

~ Masalah peribadi kawan ~

[Copy link]
Post time 19-10-2012 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum warga forum sekalian...

Aku tak tau sesuai ke tak thread ni kat sini...
Ikutkan ni masalah rumahtangga kawan aku...
Aku ingat sesuai kat bod rumahtangga, tapi ni masalah kawan aku...
Mod mintak tolong ye, kalo tak sesuai sila ubah ye...

Alkisahnya, aku ada seorang kawan ni...
Dia kahwin dengan duda anak tiga dah 3 or 4 tahun macam tu la and dia tak ada anak dengan suami dia..
Tapi dia jaga la anak2 tiri dia tu..
Masalahnya sekarang suami dia malas kerja...
Suami dia dok kat rumah je...
Kalau suami dia nak keluar, dia yang bagi duit dekat suami dia...
Perbelanjaan rumahtangga semua dia yang tanggung..

Aku ade suggestkan dia refer kat parent dia..
tapi dia tak nak..sebab dulu ikutkan parent dia tak restu dia kawin dengan laki tu..
tapi dia berjaya yakinkan parent dia yang dia boleh bahagia dengan laki tu..
Bila jadi masalah macam ni, dia tak nak la libatkan parent dia..

Baru ni dorang ada gaduh, suami dia cakap "kalau macam ni, kita berpisah je la"
Lepas tu dia terus gi sujud dekat kaki laki dia sebab dia tak nak berpisah..
aku hangin je, kenapa la die sujud dekat laki dia memang makin naik lemak la kan laki dia...
Aku sedih sebab beras pun tak ada kat rumah, korang bayangkan milo 3 in 1 tu dorang share2 je..
Kesian gila..anak-anak memang terabai...tapi kawan aku tanggung jugak la anak tiri dia tu..

Masa bulan puasa hari tu..
Kawan aku bawak diri dari rumah, tinggalkan family untuk tenangkan fikiran..
Aku tak ingat berapa lama, seminggu kot..
Laki dia memang tak cari..
Bila dia balik je..rumah tunggang langgang..
Anak-anak terbiar..
Laki dia boleh tido dua hari and laki dia makin kurus (aku syak laki dia macam ambik benda, tapi tak berani la pulak nak speku kan)

Semalam kawan aku tacing dengan anak tiri dia...
Kawan aku tu stress, pastu dia gi marah anak dia...
pastu anak dia cakap cam ni " alia (bukan nama sebenar) tau ibu cakap alia anak babi, alia nak kol mama bagitau"..
pastu alia tu gi ngadu la kat mama dia..padahal kawan aku tak cakap pun anak babi ke ape..

Si mama ni pulak memang jenis maki hamun...
pernah la dia msg kawan aku.." ko bagitahu laki ko yang tak guna tu, jangan sebab korang anak2 aku menderita"
Aku pun pelik, cemana laki dia yang malas kerja tu leh dapat hak penjagaan..
rupanya mama dorang memang tak nak bela...tu yang dapat kat ayah dia tu..

Aku kesian kat kawan aku, dah berbulan-bulan masalah dia tak selesai-selesai..
Dia pun makin kurus...
Aku ada nasihatkan suruh dia pergi pejabat agama mintak nasihat ke kaunseling ke..
Tapi dia berkeras tak nak..aku rasa dia ingat kalau pergi pejabat agama tu kira nak bercerai kot...
Entahla..aku nak nasihat lebih-lebih aku pun tak kawin lagi...

So, aku nak mintak pandangan korang..apa nasihat yang sesuai untuk dia...

Thanks Ols....=)





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2012 02:30 PM | Show all posts
Ish..kesian kawan ko tu. Sikit punya baik la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 02:38 PM | Show all posts
tak tau apa nak kata kalau tuan empunya diri sanggup memikul beban dan menanggung biawak hidup.. dah terang lagi bersuluh pe'el lakinya tapi sebab sayang, hadapkan jugak. tt pun sure dah bagi macam-macam cadangan termasuk untuk ke pejabat agama tapi beliau refuse kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 02:56 PM | Show all posts
Munnalicious posted on 19-10-2012 02:30 PM
Ish..kesian kawan ko tu. Sikit punya baik la.

kawan aku tu ok la..pompuan mane nak tanggung anak tiri yang dah remaje tu..sedangkan ayah kandung dia wat xtau kan...huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 02:59 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 19-10-2012 02:38 PM
tak tau apa nak kata kalau tuan empunya diri sanggup memikul beban dan menanggung biawak hidup.. dah ...

a'ah..aku ngan kawan aku sorg lagi jenuh bagi idea..tapi dia tolak..mungkin dia takot bercerai n takut membayangkan ape akan berlaku..or mungkin dia malu ngan family dia ke..entahla...aku nak tolong dia..tapi aku tak tau dengan cara macam mana..dekat fb dia mmg update status2 yg gembira je...baru ni dia bgtau nak gi bercuti la ape la dengan family tapi hakikatnya aku pun tak tau lah..maybe dia nak tutup kesedihan dia dengan benda-benda cam tu...lupe nak cakap...kawan aku tu umo 27..laki dia 35 ke 38 tah..aku pun xsure..tapi jauh beza la..patut laki dia lebih matang..aku pelik betul...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 03:00 PM | Show all posts
kalo suami da pernah lafaz pisah dengan niat untuk cerai, mengikut kata ulamak terjatuh talak tu. Baik nasihatkan kawan awak tu pegi pejabat agama untuk kepastian. Kalau dalam tempoh tu tiba2 dikurniakan anak, jadi anak luar nikah tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2012 03:06 PM | Show all posts
Apa yg kawan TT takut sangat? Dia takut jadi janda n sanggup tanggung laki pemalas dan anak2 tiri itu? Aduiii..kesian lah... Tapi dia tak kesian kat diri dia. Kalau dia dah berpisah pon bukannnya dia tak laku pon. Dia ingat isok anak2 tiri dah besar anak2 tiri akan ingat kat dia ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 03:07 PM | Show all posts
ahazman24 posted on 19-10-2012 03:00 PM
kalo suami da pernah lafaz pisah dengan niat untuk cerai, mengikut kata ulamak terjatuh talak tu. Ba ...

ha...tu la..aku ade cakap kat dia cam tu..pastu tetiba dia cakap tak pulak..kawan aku ni jenis cakap tak serupa bikin sikit..hari ni dia cakap lain, esok dia cakap lain...mungkin ade benda yang dia tak nak kitorang tau...yg pasal pejabat agama tu..mmg dia tak nak betul...bila suruh dia pergi dia cakap cam ni :

" aku rasa tak sampai ke tahap tu..lagipun aku ada iman dan akal untuk berfikir..just follow the flow saje"

bila baca rasa geram jugak...sampai bila dia nak bertahan...aku boleh je xnak ambik tau tapi dia kawan aku..tak kan aku nak dengar je setiap kali dia luahkan perasaan...ish geram la kat laki dia..geram sgt!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2012 03:13 PM | Show all posts
Munnalicious posted on 19-10-2012 03:06 PM
Apa yg kawan TT takut sangat? Dia takut jadi janda n sanggup tanggung laki pemalas dan anak2 tiri it ...

Betul ape cakap ko tu..nnti nak try lagi sekali cakap kat dia macam yg ko cakap ni..ape pulak respon dia..thanks k..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 03:13 PM | Show all posts
CikSiti07 posted on 19-10-2012 02:59 PM
a'ah..aku ngan kawan aku sorg lagi jenuh bagi idea..tapi dia tolak..mungkin dia takot bercerai n t ...

beliau sanggup hidup dalam denial. itu la masalahnya. bila dah jadi macam ni baru nak terasa malu kat mak bapak buat apa. anggap je la apa yang jadi satu pengajaran yang akan mematangkan beliau di kemudian hari.

tanya la sesiapa wanita pun. siapa yang tak takut bercerai? siapa yang tak malu kalau bercerai? kalau beliau bercerai pun, tak semestinya beliau akan terus menjanda. mana tau masa depan beliau akan jumpa seseorang yang lebih baik dari suami sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 03:13 PM | Show all posts
CikSiti07 posted on 19-10-2012 03:07 PM
ha...tu la..aku ade cakap kat dia cam tu..pastu tetiba dia cakap tak pulak..kawan aku ni jenis cak ...

Astaghfirullah...mane boleh amik mudah peraturan Islam ni. Die x takut dosa ke?Caner la nk bahagia hidup kalo kite x hormat peraturan Allah? Ckp kat die, nk kejar kebahagiaan, kejar redha Allah dlu. Jgn dok pk pasal suami or diri sendiri jer.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 03:27 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 19-10-2012 03:13 PM
beliau sanggup hidup dalam denial. itu la masalahnya. bila dah jadi macam ni baru nak terasa malu  ...

Betul tu..kalo aku ditempat dia pun..aku rasa cam tak sanggup dah terseksa cam tu..tapi ye la..dia je yang tau ape yg dia rasa..xpe la..kitorang try lagi pujuk dia gi kaunseling..tapi kalo dia sorg je gi kaunseling jadi ke?laki dia macam mana pulak...laki dia tu dah la xnak dengar kata...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 03:28 PM | Show all posts
ahazman24 posted on 19-10-2012 03:13 PM
Astaghfirullah...mane boleh amik mudah peraturan Islam ni. Die x takut dosa ke?Caner la nk  ...

Ok..thanks..ape yg ko ckp ni..akan aku panjangkan kat die..tengok la die nak kata apa pulak...susah betul..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 05:30 PM | Show all posts
maap cakaplah ye...kalau da sanggup sujud kaki laki hampas kelapa tu buang masa je nak nasihat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 07:25 PM | Show all posts
susah juga nak tolong org yg mcm nie... sbb diri sendiri pun mmg xnak... kita org luar ambe pengajaran jer lah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 08:23 PM | Show all posts
tahap dah boleh berpikir dah kawan u ni,
harap dia kena lempang terayang sedas dua dek laki dia tuk sedar dari mimpi,
nak kata mimpi indah, hidup tak serupa orang lain..
mana tau sudah dipukul akan sedar tiada guna pikul biawak hidup,
single lagi baik walau tak dapat pencil sebatang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2012 09:28 PM | Show all posts
kalo dah dapat laki pemalas, soh kawan ko buat fasakh je la......x guna nak bela biawak hidup macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 12:02 AM | Show all posts
Selagi kwn ko tu xnak berubah, selagi tu la mslh x selesai..
Laki dia mmg xkan berubah.
Jln dah diberi kt dia, tp bila dia asyik ckp follow the flow tu, phm sendirilah.
Ckp pun mcm mencurah air ke daun keladi.
Laki dia dan dia sama je degil.
Laki dia ego n malas, xnak berubah.
Dia pun degil, xnak berenti menyusahkan diri semakkan kepala otak menanggung laki n anak tiri
Aku phm kau sbg kwn mmg nak tolong dia n sakit hati bila ko dh cdg mcm2 tp dia xnk ikut
Tp org mcm ni dia mmg akan tunggu selagi dia blh tunggu
Xtau apa yg dia takutkan.
Aku ada kwn mcm ni, puas nasihatkan.degil jg.
Tapi tiba satu masa, bila dia dh dpt kekuatan or dh diperlakukan mcm sampah oleh laki dia
Dia sendiri yg tggalkan laki dia.
Ko sbg kwn teruskan je nasihatkan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 11:26 AM | Show all posts
aku rasa kawan ko tu kena guna-guna kot...sebab...takkan adanya pompuan nak bertahan baik gitu.. bukannya crita drama tv..baikk sangat tu...
nak tanggung laki maybe boleh la sebab kot sayang... (tapi kalau aku, sayang tp makan ati, xdaaa maknaaa...)
tapi untuk tanggung anak tiri tu macam takkan ada orang sanggup punya... lain la kalau laki tu baikk giler... boleh jugak consider..

aku suggest, ko bawak la kawan ko berubat cara tradisional... jumpa ustaza ustazah ker...mana tauu kan.. rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 05:31 PM | Show all posts
nomey posted on 22-10-2012 11:26 AM
aku rasa kawan ko tu kena guna-guna kot...sebab...takkan adanya pompuan nak bertahan baik gitu.. buk ...

aku rasa pun macam tu...
dah tt kata laki dia tido sampai 2 hari tak bangun...
memang orang yang ada bela something jer yang buat gitu....
kemungkinan juga benda tu yang mempengaruhi pemikiran rakan tt...
perasaan dia nak lain, tapi dia tak mampu nak lawan kehendak dia sendiri.
Benda ni nampak macam tak logik, tapi benda2 sihir/makhluk halus ni
memang dah wujud sejak berkurun lagi...So, apa salahnya mencuba jumpa
pakar2 perubatan Islam, cuba google pun boleh jumpa banyak website pasal ni.
Cumanya janganlah 100% percaya semua masalah yang menimpa tu disebabkan
benda2 ni. Disamping tu rakan tuan tt kena jugalah tingkatkan amalan sendiri,
jangan tinggal sembahyang, rajin2lah baca Quran etc, so takdelah mudah sangat
dikuasai makhluk2 ni.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052968 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list