View: 5721|Reply: 14
|
Masalah battery & lappy
[Copy link]
|
|
mula2 aku cas battery lappy sampai full...pastu aku cabut pengecas and then simpan lappy tu lebih kurang 3 hari or lebih...then, masa aku nak buka lappy tu, tak boleh ON... then aku cas, baru dpt ON balik....tapi sebelum tu, aku memang tak pakai lappy tu...so, korang rasa, masalah battery atau laptop...?...
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah bateri kot. ko guna laptop apa? dah berapa lama guna lappy ko?
|
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya cabut bateri dari leptop kalau nak tinggal lama.
sebab masih ada aliran tenaga dari bateri ke leptop walau tidak ON.
walaupun ko tak on leptop, bateri tu akan kehabisan tenaga jugak.
mcm henpon, simpan lelama, walau OFF, bateri akan "drain".
kalau kereta, minyak petrol lak, ia akan meluwap...
pendek kata, tenaga ni takleh simpan lama2. even bateri alkali energizer-duracell pun ada expiry date.
Last edited by bzzts on 28-10-2012 02:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
@lennonmccartney : acer, baru je beli thn lepas...mula dari thn nie la aku dh x pakai lappy tu lagi
@bzzts : battery akan drain kalau lama x pakai lappy? baru tahu aku rupanya...so, kalau dh x pakai, mesti pisahkan la battery dgn lappy tu...takde sbb lain ke..? |
|
|
|
|
|
|
|
seliparhilang posted on 28-10-2012 03:40 PM
@lennonmccartney : acer, baru je beli thn lepas...mula dari thn nie la aku dh x pakai lappy tu lagi
...
sebab lain? bateri akan tetap bg power pada lappy punya motherboard, walau tidak ON.
kalo ko belom tahu, byk kes kecurian laptop dalam kereta (kereta kena pecah) sebab ni.
antara tips utk elakkan kecurian leptop dalam kereta ialah pisahkan bateri dari laptop.
|
|
|
|
|
|
|
|
Okeh..haha~ cerita pasal kecurian lappy pulak...anyway...Thanks... |
|
|
|
|
|
|
|
seliparhilang posted on 28-10-2012 03:40 PM
@lennonmccartney : acer, baru je beli thn lepas...mula dari thn nie la aku dh x pakai lappy tu lagi
...
Salam, hmm, laptop sekarang kebanyakkannya menggunakan bateri Litium Ion (Li-Ion) atau Litium polymer (LiPo).Bateri yang mengunakan teknologi Lithium ini tidak mengalami masalah Memory-Efect seperti bateri yang menggunakan teknologi Nickel.
Sebaliknya bateri Lithium-ion akan mengalami kerosakkan jika dibiarkan kosong sepenuhnya tanpa charge (drained compeletely).Dan bateri ini, akan self discharge jika disimpan tanpa pakai, lagi tinggi charge yang disimpan di dalam bateri ini lagi tinggi kadar rate bateri ini akan self discharge.Kadar charge yang sesuai untuk simpan bateri ini jika tak pakai adalah dalam 40-50% charge.
Jika voltage pada bateri Lithium ini dibiarkan kosong tanpa charge untuk tempoh yang lama, ia akan menyebabkan terbentuk copper bridge(jambatan tembaga) yang mengakibatkan bateri mengalami short circuit dan menyebabkan bateri faulty atau kong.Tetapi biasanya, laptop yang mengunakan bateri Lithium ada emergency cut out untuk mengelakkan bateri sepenuhnya discharge,tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, sila jangan biar bateri disimpan tanpa charge.
Pengujian yang dilakukan pada bateri Lithium, menunjukkan bateri ini boleh bertahan lama (recharge cycle lebih tinggi) walaupun bateri ini dicharge dengan kerap dan perlakuan membiarkan charge dalam bateri tersebut berada dalam kapasiti yang rendah contohya bawah 50% akan mengakibatkan bateri tersebut terpaksa dicharge lama untuk memenuhkan charging sampai 100%.Bila dicharge dengan masa yang lama, kepanasan akan terjadi.
Ini mengakibatkan bateri cepat kong, disebabkan kepanasan akibat terlalu lama bateri ini dicharge.
Kepanasan akibat dari charging bateri terlalu lama, mengakibatkan kapasiti berkurangan dengan pantas.
Tips Menjaga Bateri Lithium-Ion Supaya Bertahan Lama:
- Elakkan bateri Litium ion yang digunakan dipakai sampai habis dan selalu charge bateri dengan lebih kerap akan membolehkan bateri tersebut bertahan lama.
- Elakkan menyimpan bateri dalam keadaan tanpa charge atau charge yang terlalu minimum.
- Biasanya bateri akan auto-discharge dengan sendiri dari semasa ke semasa (masalah bateri auto-discharge dengan terlalu cepat lebih terjadi pada bateri yang disimpan dengan ada 100% charge didalamnya) .
- Jika tiada sedikit pun charge didalam bateri pula, ini akan mengakibatkan bateri akan terbentuk copper bridge(jambatan tembaga) yang mengakibatkan bateri mengalami short circuit dan tak boleh dicharging lagi kerana disebabkan didalam bateri ada protection circuit yang menghalang/disable charging dilakukan pada bateri yang ada short cicuit.
- Lithium-Ion bateri sepatutnya disimpan pada tempat berudara sejuk contohnya didalam Peti ais
- Bateri Litium ion lagi cepat kong/faulty jika disimpan pada tempat yang panas.
- Simpan bateri Lithium ion anda jika tidak digunakan dengan bateri tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 40% charge level.
SUMBER:
http://en.wikipedia.org/wiki/Lithium-ion_battery
http://batteryuniversity.com/learn/article/how_to_prolong_lithium_based_batteries
http://www.chip.com.my/the-magazine/
|
|
|
|
|
|
|
|
@hafizam : camne nak tau tu battery lithium? kalau betul lah battery lithium, boleh tak kalau simpan battery sekali ngan laptop tanpa dipakai langsung...? |
|
|
|
|
|
|
|
sama la dgn masalah aku..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku punya laptop baru je 2 bulan lebih baru beli...
brand acer aspire v5..
tp ade masalah bateri cepat kong..
skang tgh cas bateri smbil on9..
dah penuh kang tutup plug...rasa2 aku la bateri dpt bertahan lbh kurang 2 jam..
ada skali tu penuh bateri,(cas mlm)esok mlm on dah x ade bateri..
aku pelik la..apakah laptop aku ni kuat makan bateri..
laptop aku ni x leh cabut bateri..aku dah cuba bukak..
tp x leh..so,tpaksa la aku 0n9 smbil cas bateri..
ade pendapat lain..? |
|
|
|
|
|
|
|
seliparhilang posted on 30-10-2012 06:36 PM
@hafizam : camne nak tau tu battery lithium? kalau betul lah battery lithium, boleh tak kalau simpan ...
Salam kalau nak kenal bateri litium-ion, cari perkataan Li-on kat belakang bateri macam kat gambar bawah ni:
Tentang persoalan, tinggal bateri dalam laptop ni, boleh, takda masalah.Bateri untuk Laptop memang telah didesign untuk ditinggal dilaptop, tentang masalah discharge tu, memang bateri Li-ion ni akan discharge dengan sendiri walau dipakai atau disimpan.Cuma kadar discharge tu berlainan.Bateri ni ada life working hours dia, kalau tak pakai pun, bateri akan kong juga, kerana melibatkan chemical reaction,(cuma kalau aware sebab yang boleh menyebabkan working hours bateri makin singkat antranya haba, tempat simpan, oxidation, mungkin akan memanjangkan sikit jangka hayat bateri tu).Untuk suhu simpan , kat belakang bateri tu dah letak suhu yang sesuai untuk penyimpanan.
Dan kalau nak buka pun takda masalah, mana tau laptop terkena air ke, atau tempat simpan Laptop tempat yang panas ke.Bateri Li-ion memang sensitif pada haba, salah satu sifat Li-ion kalau panas sangat, bateri akan meletup.
Sebenarnya, kalau faham betul tentang bateri untuk laptop ni, sistem bateri ni adalah sama dengan sistem UPS di Komputer desktop atau Komputer Server.
Bateri adalah sumber bekalan kuasa ke-2 bagi laptop, sumber bekalan 1st adalah power adapter laptop. Last edited by hafizam on 31-10-2012 11:23 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hart_attack posted on 30-10-2012 09:39 PM
aku punya laptop baru je 2 bulan lebih baru beli...
brand acer aspire v5..
tp ade masalah bateri c ...
Salam, sila claim waranti untuk bateri baru.sepatutnya bagi Acer V5 tu boleh tahan lebih 4jam.
|
|
|
|
|
|
|
|
hafizam posted on 31-10-2012 10:55 AM
Salam kalau nak kenal bateri litium-ion, cari perkataan Li-on kat belakang bateri macam kat gamb ...
Trimas atas info nie...so, sy akan try ikut seperti yg dicakapkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
hafizam posted on 31-10-2012 11:14 AM
Salam, sila claim waranti untuk bateri baru.sepatutnya bagi Acer V5 tu boleh tahan lebih 4jam.
tu la psl..aku pun x tau la nape..
v5 tu brand baru..
|
|
|
|
|
|
|
|
agaknya klau bateri dicas terlalu lama ada kemungkinan x bateri lemah..?
sbb penah gak cas bateri lama...sbb lupa nak tutup plug.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|