CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3425|Reply: 11

Hujan Dan Erti Kawan

[Copy link]
Post time 28-11-2012 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua.
Musim hujan sekarang ni banyak hikmahnya.
Bagi aku, peristiwa semasa nak balik petang semalam mengajar aku erti maksud kawan dan persahabatan.
Aku keluar office sharp 5.30 sebab nak ambik anak kat Taska (hujan tengah lebat waktu tu sampai pukul 7.00). Isteri pulak balik lewat sebab nak siapkan lapuran untuk meeting hari ini. Aku naik LRT di stesen Dang Wangi ke Kelana Jaya. Dari Kelana Jaya aku akan drive ke area Subang. Area office aku sekitar kawasan stesen Dang Wangi. Akhirnya pukul 7.00 malam baru aku berjaya meredah hujan untuk sampai ke laluan berbumbung ke stesen Kelana Jaya.
Lebih kurang 6.30 petang semasa aku menunggu di kawasan berbumbung area ofis aku nak melintas jalan ke laluan berbumbung stesen LRT tersebut, ada la sorang kawan ni, kalau kat ofis tu memang ramah juga bertegur sapa. Kekadang jumpa di surau, kekadang jumpa di cafe. Kami dah kenal hampir 14 tahun dalam organisasi yang sama walaupun tak pernah satu seksyen atau satu jabatan. Masa annual dinner pun duduk satu meja. Masa terima award pun pernah duduk sebelah menyebelah.
Pasal peristiwa semalam, nak kata keciwa tak juga. Tapi sepanjang perjalanan balik dan datang ke ofis pagi ni, aku tertanya-tanya akan apakah itu ert persahabatan dan kawan. Apakah itu maksud, senang sama-sama dan susah pun sama-sama.
Kawan aku ni, dia pun nak balik naik LRT, dia ada payung yang amat besar. Dalam puluhan manusia yang lalu situ, aku rasa payung dia yang paling besar. Masa dia jumpa aku kat situ cuma dia tegur dan cakap, "lebat betul hujan yer'. Lepas tu dia pun terus jalan. Tak der plak dia nak offer aku join sekali jalan sikit ke traffic light and then from traffic light ke laluan berbumbung. Jarak perjalanan rasanya tak sampai 150 steps.
Sekian, kisah boring di pagi ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2012 10:43 AM | Show all posts
pengajarannya: dah tau musim hujan ni, sila la kelek payung ke mana-mana. bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 12:40 PM | Show all posts
bg saya mungkin tak terlintas dalam kepala dia utk kongsi payung atau hulur bantuan ..sbb saya pun pernah alami ..saya turun dari LRT putra..hujan time tu pun lebat gak..lepas turun dr LRT putra, saya tunggu bas utk balik ke rumah..masa tunggu tu..saya ditegur jiran sblh rumah je..yg tegur saya tu pangkat makcik..kami mmg baik la..makcik tu tanya saya..tunggu bas ke?..saya jawab ya...pastu dia ckp dia nak beredar diri dulu..x sempat saya nak jawb..dia dah beredar..dgn payung besar gak...rupanya dia bawa keta...dia sorang je time tu..saya tunggu bas mcm biasa la..bila sampai je rumah, saya tgk dia dah sampai lama sbb tgk dia dah tukar baju...saya nampak dia kat luar, tgh simpan dan susun kasut.pastu dia nampak saya, dia siap leh tanya lagi..bas lambat ke?..saya jawab "ya "..pastu saya matikan perbualan, saya  bg tahu saya masuk rumah dulu, dan saya terus beredar..utk makluman, makcik tu tinggal berdua je dgn laki dia..anak2 dia sume dah besar, ada yg dah keja tp x duduk dgn dia dan ada yg belajar kat universiti.

Last edited by niieza on 28-11-2012 12:45 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 12:49 PM | Show all posts
niieza posted on 27-11-2012 10:40 PM
bg saya mungkin tak terlintas dalam kepala dia utk kongsi payung atau hulur bantuan ..sbb saya pun p ...

makcik tu malas nak cari penyakit kot,
ajak u naik keta, lepas tu kena ajak lagi nanti, kena lagi dan lagi...
so lebih baik dia buat camni, tak ajar u bermanja menumpang keta orang...

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 12:51 PM | Show all posts
orang malaysia ni me rasa jarang tenguk ramalan cuaca kalau keluar rumah,
tempat me, cam wajib orang tenguk ramalan cuaca kalau nak buat apa apa,
me sendiri kalau nak keluar rumah, mesti jenguk dulu website weather ni,
kalau dikatakan hujan, me bawak siap siap baju hujan, tak kiralah kalau tak jadi hujan,tapi
kalau hujan, me ready...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 12:04 PM | Show all posts
hti manusia kite x tau,kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2012 12:19 PM | Show all posts
teringat dlu kisah uni msa tue hujan lebat nak g klas..aku tunggu kt tempat redup tiba2x kwn sekelas aku brbangsa cina yng aku tkderlah rapat sgt pun sekadar kwn buat assignment n blaja jer dgn baik hati offer payung dier yng kecik..payung dier mmg ckup2x utk dier sorang..tp dier ajak aku kongsi..last2x kami dua2x basah separuh badan, kering separuh badan..klaka but terharu aku..

bab kes ko hmm biasalah keje kt kl nie..smua nak kejar lrt nak blk cepat nak2x time hujan..mmg tak pndang kiri kanan dah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2012 03:22 PM | Show all posts
memang kita rasa mende tu simple je, klu org tu nak hulurkan bantuan
xdek mslh pon rsanya..

tp, itulah yg sya pernah rsakan satu ketika dulu
mula2 sya msuk keje, sya duduk di kuarters..
tau jela kuarters kan, hmpir semua yg duduk
situ adalah bekerja satu pejabat dgn sya..
tp utk permulaan kerja, saya mmg xde transport, hya
naik bas shj.. tp tiada sorg pon penghuni kuarters
atau yg satu pejabat dgn saya tu hulurkan bantuan
utk tumpangkan saya..

jd, disitu sya belajar erti berdikari dan erti tau bawa diri..
mgkin dia rapat dgn kita di pejabat tp tidak diluar even dirumah pon
walaupun jiran hya biasa2 shj,,

ada kenduri kendara, tlong dan hadir, klu katering, hadir shj..
tp bantuan2 remeh dan tidak ditolong tu spt tumpangkan payung
dsb tu, lgsg x dipedulikan, jd, biarkan..

skrgnya kita tau tahap org tu cemana..

dsitulah sya belajar dan tau siapa yg boleh bantu sya dimsa susah dan siapa
tidak..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2012 08:37 AM | Show all posts
tq tok mod bg credit..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 05:28 PM | Show all posts
terharu dan tsentuh pulak baca posts kwn2 kt sini...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 06:01 PM | Show all posts
selalu bwk payung dalam beg..pastu kwn duk bsg ckp beg bear berat..time hujan bear keluarkn payung, tau nk tumpang sekaki..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 10:43 PM | Show all posts
dulu masa darjah 5 pon penah...

on the way balik rumah dari sekolah, jalan kaki je tapi rumah agak jauh la jugak dari sekolah. jiran lalu dengan kereta ambik anak dia yang sama sekolah ngan saya, hon saya tapi tak tumpangkan pun. kecik gak hati. tapi malas nak pikir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.143242 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list