CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4648|Reply: 8

BAFIA vs syarat-syarat bank

[Copy link]
Post time 4-12-2012 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Baru terima call dari agent sebuah bank, menawarkan pinjaman peribadi dengan detail pinjaman saya dengan institusi perbankan lain ade dalam tangannya... persoalanya.. bukankah akta BAFIA memberi perlindungan kepada kita berhubung maklumat perbankan kita? bukan sekali dua tapi sudah banyak kali.. seolah olah maklumat perbankan kita dijual dengan berluluasa.. bukan setakat mendapat panggilan menawarkan pinjaman peribadi tetapi juga pakej percutian.. Seolah olah akta BAFIA tiada maknanya..
ini pula contoh dari bank rakyat berhubung maklumat perbankan kita

KENYATAAN POLISI DAN KERAHSIAAN
Perniagaan kami dibina berdasarkan kepercayaan yang wujud antara kami dan pelanggan. Untuk memastikan kerahsiaan  maklumat yang anda salurkan kepada kami, kami berpegang kepada prinsip-prinsip berikut :
1.        Kami hanya mengumpul maklumat peribadi yang sesuai dan perlu untuk memahami keperluan kewangan anda  serta untuk menerajui perniagaan kami.
2.        Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang lebih baik untuk anda.
3.        Sekiranya perlu, kami akan menyalurkan maklumat peribadi anda ke lain-lain syarikat Bank Rakyat atau ejen, seperti yang dibenarkan oleh  undang-undang.
4.        Kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada organisasi luar melainkan kami mendapat kebenaran anda atau sekiranya diarahkan atas sebab perundangan atau terlebih dahulu kepada anda.
5.        Pihak kami berkemungkinan dari semasa ke semasa dikehendaki menyerahkan maklumat peribadi anda kepada pihak kerajaan atau badan perundangan atau agensi-agensi atau badan-badan penyelia kami, tetapi ianya hanya akan dilakukan mengikut lunas-lunas kuasa yang betul.
6.        Kami akan memastikan maklumat peribadi anda dalam simpanan kami adalah tepat dan sentiasa dikemaskini.
7.        Kami mengekalkan sistem keselamatan yang ketat untuk mencegah pencerobohan maklumat peribadi anda daripada sesiapa sahaja termasuk warga kerja kami.
8.        Bank Rakyat, semua kakitangannya dan semua pihak ketiga yang memiliki kebenaran atas maklumat anda adalah dikehendaki memahami keperluan dasar kerahsiaan kami.
9.        Dengan mengekalkan komitmen kami kepada prinsip-prinsip ini, Kami di Bank Rakyat akan memastikan bahawa kami akan menghormati kepercayaan yang anda berikan pada kami.

Rahsia Anda Keutamaan Kami
Bahagian ini menerangkan secara terperinci bagaimana kami melayan sebarang maklumat peribadi yang mungkin anda sumbangkan kepada kami apabila anda melawat laman web ini :
Keselamatan Maklumat
  •         Keselamatan ialah keutamaan kami. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia ( ‘Bank’) akan sentiasa berusaha untuk memastikan maklumat peribadi anda dilindungi daripada pencerobohan samada yang disengajakan ataupun tidak, diproses atau dihapuskan. Kami mengekalkan komitmen ini ke atas keselamatan data dengan melaksanakan pendekatan fizikal, elektronik serta pengurusan yang bersesuaian memastikan keselamatan maklumat peribadi anda.
           
  • Kawasan selamat pada laman web kami menyokong penggunaan protokol lapisan soket keselamatan dan teknologi enkripsi-128, suatu piawaan untuk enkripsi perlindungan data melalui Internet. Apabila anda memberikan maklumat sulit seperti maklumat AKAUN SIMPANAN, maklumat tersebut secara automatic akan ditukar kepada kod sebelum dihantar melalui Internet.
  • Pelayan web kami dilindungi oleh “firewalls” dan sistem kami dikawal untuk mengelak sebarang pencerobohan. Kami tidak akan menghantar maklumat peribadi kepada anda melalui e-mel. Sebagai jaminan keselamatan, sila gunakan e-mel yang disediakan di laman web kami untuk menghantar e-mel kepada kami.   Langkah berjaga-jaga akan diambil untuk memastikan simpanan maklumat peribadi tidak melebihi tempoh yang ditetapkan dan Bank akan mematuhi segala peraturan dan keperluan undang-undang Malaysia berhubung pembendungan pengenalpastian maklumat peribadi.
Jaminan Keselamatan
  •         Anda dan Bank anda memainkan peranan penting dalam perlindungan penipuan atas talian (online fraud). Sila pastikan keselamatan ID Pengguna, Kata Laluan dan/atau Kod Keselamatan anda. Jangan berkongsi atau membenarkan orang lain menggunakan ID Pengguna, Kata Laluan dan/atau Kod Keselamatan anda. Kami berusaha memastikan piawaian keselamatan kami sentiasa dipertingkatkan untuk menjaga kepentingan perbankan anda.
           
  • Pastikan anda sentiasa melindungi ID Pengguna dan Kata Laluan anda secara rahsia dan sulit. Jangan berkongsi atau catat ID Pengguna dan Kata Laluan di mana-mana. Pihak Bank dengan apa cara sekalipun tidak akan meminta Kata Laluan Perbankan Internet. Ini bertujuan untuk memastikan hanya anda sahaja yang mengetahui maklumat perbankan anda. Jangan mereka/memilih Kata Laluan dan ID Pengguna yang mudah dikenalpasti oleh orang lain seperti tarikh lahir, nombor telefon atau bahagian nama yang mudah diingat. Sekiranya anda mendapati Kata Laluan dan ID Pengguna anda telah diketahui oleh orang lain/hilang/dicuri atau berlaku pencerobohan akaun, anda bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak kami dengan kadar segera.
Pengumpulan Maklumat Peribadi
  •         Penggunaan “cookies”. Akses anda ke laman web ini mungkin akan direkod untuk analisa bilangan pelawat dan corak penggunaan secara keseluruhannya. Sesetengan maklumat akan dikumpul melalui penggunaan “cookies”. Cookies maklumat dalam bentuk bit kecil yang disimpan secara automatik dalam pelayan. Anda mungkin menerima maklumat pemasaran dan bahan promosi melalui e-mel. Anda boleh berhenti daripada menerima e-mel promosi  sekiranya ia dihantar secara terus kepada anda. Sila maklumkan kepada kami di www.irakyat.com.my.        


Kenyataan ini bertujuan memaklumkan kepada anda mengapa maklumat peribadi pelanggan dikumpulkan, bagaimana ianya digunakan serta kepada siapa yang akan diberikan laluan mengakses data tersebut.  
  
  a.        Mengapa kami mengumpul maklumat anda – kami mengumpul maklumat peribadi anda untuk melaksanakan dan mentadbir perkhidmatan kami kepada anda serta meningkatkan pengalaman anda sebagai pelanggan. Tanpa maklumat tersebut, Bank tidak mampu membuka atau menyambung akaun atau menubuhkan atau meneruskan kemudahan perbankan atau membekalkan perkhidmatan perbankan.   
b.         Pengumpulan data daripada pelanggan melalui urusan perbankan umum untuk meneruskan hubungan Bank dengan pelanggan , sebagai contoh , apabila pelanggan melaksanakan urusniaga deposit.   
c.        Bagaimana data anda mungkin digunakan – Data pelanggan mungkin digunakan untuk :
  
i.        Kegunaan operasi harian perkhidmatan dan kemudahan kredit kepada pelanggan;  
  
ii.        melakukan semakan kredit;
  
iii.        membantu institusi kewangan lain membuat semakan kredit dan kutipan hutang;
  
iv.        memastikan nilai kredit pelanggan secara berterusan;
  
v.          membentuk perkhidmatan kewangan yang memenuhi keperluan pelanggan;   
  
vi.        memasarkan perkhidmatan kewangan atau produk yang berkenaan sama ada dari Bank atau pihak ketiga;
  
vii.        menentukan amaun yang masih terhutang oleh ataupun kepada         para pelanggan.
  
viii.         Mengumpul amaun terhutang daripada pelanggan dan pihak yang menyediakan sekuriti untuk keperluan pelanggan;
  
ix.         mencapai sebarang keperluan undang-undang yang dikenakan keatas pihak Bank ataupun cawangan-cawangannya.
  
x.         membolehkan petugas atau wakil yang dilantik oleh pihak Bank, ataupun mana-mana pihak mengikut bidang kuasa Bank mewakili pelanggan untuk menilai transaksi yang dilakukan tertakluk kepada tugasan, penyertaan dan
  
xi.         Memenuhi sebarang keperluan-keperluan lain yang berkaitan.
d.         Pendedahan maklumat peribadi anda – maklumat yang disimpan oleh Bank berhubung pelanggan adalah sulit tetapi Bank akan memberikan maklumat tersebut kepada pihak terbabit atas tujuan tertentu seperti yang tertakluk pada perenggan (c) :
  
i.        sebarang agen, kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan kemudahan pentadbiran, telekomunikasi, komputer,pembayaran atau penjelasan keselamatan atau perkhidmatan lain kepada Bank yang berkait dengan operasi dan perniagaan ;         
  
ii.        individu yang ditugaskan di bawah kerahsiaan Bank termasuk kumpulan syarikat yang ditugaskan untuk menjaga maklumat sulit Bank
  
iii.         Agensi rujukan kredit, dan, sekiranya berlaku kegagalan pembayaran, kepada agensi kutipan;
  
iv.         Mana-mana individu dalam Bank yang  bertanggungjawab membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang yang berkaitan atau mana-mana cawangannya termasuk, tanpa sebarang had, biro atau agensi-agensi yang diiktiraf ataupun bakal diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”)(termasuk, tanpa terhad, Biro Kredit Pusat yang menyimpan maklumat pelanggan di dalam CCRIS iaitu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat) atau Pertubuhan Bank-Bank Malaysia (“ABM”) atau pihak kerjaan ataupun pihak berkuasa, dan
  
v.         agensi kredit dan agensi pengumpulan hutang
  
vi.         Sebarang petugas atau wakil yang dilantik oleh pihak Bank, atau mana-mana pihak atau yang diberi pindah milik kuasa dan hak-hak Bank berkaitan pelanggan
e.         Bergantung kepada jenis data, termasuk tetapi tidak terhad kepada data Peribadi dan maklumat berhubung akaun Pelanggan dan di mana ianya di buka, Pelanggan boleh memohon (termasuk salinan) maklumat perbankan termasuk data peribadi dan maklumat terperinci berhubung akaun pelanggan serta memohon pihak Bank melakukan pembetulan atas kesilapan yang berlaku . Bank berhak untuk mengenakan sebarang bayaran dalam menyediakan maklumat yang dipinta. Sebarang permohonan lanjut boleh dialamatkan kepada:

kalo ikutkan apa kenyataan bank rakyat berhubung maklumat perbankan kita sememangnya bank rakyat boleh memberikan maklumat perbankan kita kepada pihak ketiga..

persoalan saya... apa tujuan akta BAFIA sebenarnya kalo bukan menjaga maklumat perbankan kita?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2012 03:33 PM | Show all posts
BAFIA hanya bermakna jika maklumat perbankan di salurkan kepada pembangkang sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2012 04:04 PM | Show all posts
err soklan apa itu BAFIA?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 08:41 PM | Show all posts
Banking and Financial Institutions Act 1989

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 08:56 AM | Show all posts
thanks migi baru taw huhuhu.. so kiranya ini dibawah undang2 la kan? kiranya undang2 tak sama dgn syarat dan terma bank la neh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2012 12:14 PM | Show all posts
Ini yang menimbulkan persoalan ni.. kalo ikutkan akta bafia tu sepatutnya bank tk boleh bagi maklumat kita kepada bank lain atau pihak lain kecuali untuk rujukan kredit.. itu pn saya tak pasti dorang boleh semak dengan bank lain ataupun ade pn cuma pihak khusus cam crris atau ctos tu..
rasa sangat sangat tidak berpuasa hati sebab bank bank yang saya tidak pernah berurusan ade maklumat perbankan kita dan dok sibuk menawarkan produk mereka..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2012 03:01 PM | Show all posts
takmo terai adukan pd aduan pengguna psl hal neh?? dgn rujukan BAFIA dan rujukan rules n regulations bank dan maklumat yg dibocorkan tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 06:21 PM | Show all posts
report je kat bank....ada staff yg jual info tu ...dulu aku penah dioffer utk jual gak...tapi sikit sangat tak berbaloi aku jual
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 11:42 AM | Show all posts
bukan bafia ni utk halang duit terroris ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.071891 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list