Salam. Intro, hehe. Hanya test . First time mengarang cerita penglipurlara, dulu masa sekolah ada belajar sastera. Dah lama lupa, ni baru nak cuba-cuba. Kelebihan cerita pengembaraan ini boleh dibuat banyak episod pendek-pendek. Satu pelayaran yang menemui banyak pengalaman, cabaran, dugaan, halangan dan peristiwa misteri. Tapi kalau-kalau ada sesiapa yang nak ambil intro ni silakan, buat modal cerita.
======================
Arakian, tersebut sebuah kisah di negeriAmuria, terdapat seorang raja yang memerintah sangat adil dan bijaksana,terkenal namanya hingga ke selatan benua. Amuria terletak di sebelah utaranegara Antakia. Disebelah selatannya tanah Samuria, sebuah negeri yang hanyaada nama tetapi sunyi dari penghuni melainkan binatang buas dan haiwan melata.Penduduknya dahulu ditimpa malapetaka bencana alam yang amat dahsyat, sehinggatewas kesemuanya.
Raja yang memerintahAmuria adalah seorang puteri bernama Harodia, memiliki kebijaksanaan sepert ialmarhum ayahandanya Raja Fansuri. Istananya terletak sejauh tiga purnama perjalananke bekas tapak istana nabi Allah Sulaiman. Didalam negeri ituterhuni dua sahabat yang suka berniaga, barang dagangannya terdiri dari hasilmahsul perusahaan penduduk disitu. Kebiasaanya, sekali mereka belayar untukberniaga ke benua hindia mengambil masa empat purnama.
Pada suatu hari, sahabat kepada Hatta telah berkemahuan untuk belayar lebih jauh lagi untuk melihat negara yang belum pernah mereka tahu. Berkata ia, “wahai sahabatkuHatta, telah lama kita berniaga ke benua hindia, tidak inginkah kita belayar jauh lagi untuk melihat negara yang belum pernah kita ketahui, manalah tahu jika ada nasib bertemu kita ke negara yang makmur dan kaya-raya, maka lekaslah habisnya barang daganngan kita. Hatta tidak terkejut dengan kata sahabatnyaitu, memang telah banyak kali dilihatnya Abadi selalu merenung jauh ke arah utara lautan biru ketika masa pelayaran.
“Kenapa kita mahu pergi ke tempat yang lain, bukankandibenua hindia itu sudah memadai untuk dagangan kita?
Jawab Abadi, sebenarnya aku terlalu ingin mengembara dan melihat kesatu tempat yang belum pernah kita ketahui.
Maka, hajat Abadi itu dipersetujui oleh sahabatnya Hatta. Maka belayarlah mereka keesokannya menuju arah lautan biru.
================
Masih diperingkat isi awal kerangka cerita, belum dihias dengan bahasa sastera lagi.
Last edited by zamkumis on 12-12-2012 10:23 AM
|