CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24280|Reply: 5

[Edisi Teknologi] Tips rendahkan (lowered) kenderaan anda

[Copy link]
Post time 2-1-2013 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera kepada semua,

Kali ini saya ingin memberikan tips untuk anda tentang bagaimana untuk kita membuat kereta menjadi rendah atau lowered. Ada banyak pelanggan kami meminta penjelasan tentang perkara ini. Saya akan memberikan penjelasan dan pandangan secara ringkas dah mudah untuk anda fahami juga baik dan buruknya.


Beberapa perkara penting yang patut kita buat bagi merendahkan kereta adalah dengan melakukan penukaran beberapa sistem suspension kereta anda daripada standard kepada performance (sport). Ini akan membantu merendahkan kedudukan kereta anda. Di antaranya adalah:-

                                    Tukar spring standard kepada spring sport
Anda perlulah menukarkan spring standard yang anda pakai itu kepada spring sport. Kebiasaannya spring standard,ianya bewarna hitam dan spring sport atau performance pula biasanya berwarna lain dari hitam seperti merah, kuning dsb..carilah yang sesuai dengan kereta anda...bila anda perhatikan kepada spring tersebut, terdapat perbezaan yang ketara pada spring standard dan spring sport..Spring sport lebih rendah sedikit dari spring standard dan lingkaran (coil) nya kurang sedikit dari spring standard..lihat seperti gambar dibawah..


                    Tukar Absorber Standard kepada Absorber Sport (performance)
Absorber juga akan menentukan tahap ketinggian atau kerendahan sesebuah kereta. Kita boleh membuat perbandingan antara lowered absorber dengan standard absorber dengan mengukur tinggi kaki absorber dgn bahagian hujung abs. Kita juga boleh melihat daripada piston rod atau juga dipanggil stroke. Abs standard lebih tinggi berbanding sport absorber. Lihat seperti gambar dibawah...

Apa yang boleh saya syorkan disini adalah, yang terbaik anda perlu menukar sekali gus Absorber dan Spring Sport yang telah di designkan mengikut spesifikasi kenderaan seperti berat dan ketinggian kenderaan. Bila spring kereta sudah ditukar kepada sport atau yang rendah, maka absorber standard dah tidak relevan lagi. Jadi yang paling sesuai disini adalah Spring sport sesuai dipasang bersama absorber sport dan spring standard sesuai untuk absorber standard.

Kadangkala ada juga pengguna kenderaan yang mengambil jalan mudah dengan memotong spring standard untuk dijadikan spring sport bagi mendapatkan lowered disebabkan kos yang murah, maka hasilnya akan memberi kesan yang teruk kepada absorber anda. Piston rod akan terhentak terlalu kuat bila kereta melalui jalan yang berlubang atau pemanduan yang kasar. hydraulic oil dan seal yang menahan kepada kebocoran juga akan cepat rosak.



Kebaikan dan Keburukan Lowered Kenderaan

Kebiasaan nya adalah untuk menampakan kenderaan anda makin cantik dan sporty juga mendapat corner yang lebih mantap dan stabil dan tidak membuai/membuang (sliding), kestabilan kereta anda juga lebih kukuh. bagi keburukan pula, ianya sama juga dgn yang standard, terutamanya allignment selalu lari...huhu...

So kepada semua yang ingin menukar sistem suspension kenderaan anda, saya syorkan untuk jenama yang terbaik pada masa ini iaitu PRORIDE. PRORIDE ini didatangkan dengan pelbagai product iaitu Absorber, Spring, (Standard n Spring), Disc Brake, Brake Pad dan Engine Oil.


Anda boleh call/sms/bbm saya di 012-2807651  Bro - Azrol untuk pertanyaan lajut serta pembelian barang.
Sila LIKE fanpage kami di www.facebook.com/ProrideProduct untuk mendapatkan info-info terkini tentang aktiviti dan product.

Terima kasih.

Last edited by dauswq on 30-3-2013 01:41 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2013 02:20 PM | Show all posts
bro, kalau pakai kt kereta PREVE boleh ke absorber spring ni? aq pernah test drive preve turbo.bawa laju rasa tayar tak jejak jalan lah. risau plak aq membuang atau jd kapal terbang nnti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 10:08 AM | Show all posts
Salam bro adam, untuk PREVE, PRORIDE x keluarkan lagi spring n absorber...masih dalam development lagi..tq
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 02:56 PM | Show all posts
nak lowerd kan kete lah! bape ye? tgk nie http://bit.ly/UJCTXe
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 03:15 PM | Show all posts
bro untuk honda freed ade ke spring dan absober sport tersebut?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 03:18 PM | Show all posts
untuk HONDA Freed x ada lagi bro...tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.059545 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list