CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14198|Reply: 78

Kisah Benar 100% by pena_pena

[Copy link]
Post time 5-1-2013 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Aku merupakan seorang pelajar yang baru menerima keputusan SPM pada tahun 2009, Sambil menunggu tawaran sambung belajar aku telah bekerja di sebuah kilang yang membuat aksesori kereta. Akhirnya pada pertengahan tahun2010 aku telah mendapat tawaran sambung belajar di sebuah institusi swasta yangterletak di Bangi, Selangor. Aku terima tawaran itu tanpa berfikir banyak.

Pada semester pertama aku telah duduk di hostel  yang seperti sebuah apartment  disebabkan aku lewat mendaftar aku, duduk seorang diri sementara menunggu pelajar panggilan kedua masuk.  Aku pun bermula program orientasi yang diuruskan oleh semua senior di kolej tersebut .

Kisahnya bermula apabila, Setelah hampir  dua minggu aku duduk keseorangan aku  telah mendapat roommate yang merupakan kenalanaku disekolah rendah dahulu yang bernama Azim. Kami pun bermulalah aktiviti sebagai pelajar yang siangnya sibuk dengan aktiviti kampus dan malamnya sibukmenyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah .
Apartment yang aku duduki mempunyai dua bilik setiap satubilik disediakan 3 katil satu apartment boleh menempatkan 6 orang pelajar.  Setelah lama aku dan Azim tinggal berdua. Apartment aku telah penuh dihuni 6 orang pelajar iaitu aku (Syafiq), Azim, Ajan, Baith, Azmir dan Khairul.

Kisah seram bermula apabila kami semua hendak menghadapi midterm yang selalunya kami akan membuat ulangkaji hingga ke lewat malam.  Pada suatu malam kesemua roommate aku telah tidur,  aku yang masih membuat ulangkaji dikejutkan dengan ketukan pada pintu utama apartment tanpa berfikir panjang aku pun membuka pintu tersebut malangnya tiada siapa diluar.

<bersambung PART 2>
Last edited by pena_pena on 5-1-2013 04:44 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 03:01 PM | Show all posts
Sambungan pls
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 03:02 PM | Show all posts
Hukaloh. Sambung next week ke mcm slot seram tv3 tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 03:19 PM | Show all posts
nhuser posted on 5-1-2013 03:01 PM
Sambungan pls

Sambungannya insyallah akan di post pada malam ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 03:20 PM | Show all posts
johnazizul posted on 5-1-2013 03:02 PM
Hukaloh. Sambung next week ke mcm slot seram tv3 tu

Insyallah malam ini saya akan postkan sambungannya
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 03:22 PM | Show all posts
pena_pena posted on 5-1-2013 03:20 PM
Insyallah malam ini saya akan postkan sambungannya

Wokeh. Jgn lewat2 nanti kurang umph sbb dah lupa intro
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2013 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Make sure sambung smpi hbs..jgn sekerat-kerat lg..semput klu asyik sambung je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 03:36 PM | Show all posts
LoveLavender posted on 5-1-2013 03:27 PM
Make sure sambung smpi hbs..jgn sekerat-kerat lg..semput klu asyik sambung je

Insyallah, cerita ini akan diceritakan sehingga habis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2013 04:39 PM | Show all posts
PART 2


Aku yang hanya beranggapan ada pelajar lain ingin menyakat kami semua. Aku pun kembali ke bilik untuk mengemas buku yang bersepah di meja study dan selepas itu ingin melelapkan mata. Tetapi aku mendengar satu lagi ketukan pintu tetapi pada kali ini dipintu bilik air, aku pun membuka pintu tersebut sungguh terkejut apabila sekujur badan yang berbaju kebaya  bewarna merah hati iaitu wanita tua yang berwajah hodoh serta bersanggul sedang memerhati aku.

Tetapi aku dengan spontan hanya pergi ke sinki membasuh muka ketika aku sedang membasuh muka wanita tua sebut tetap memerhati aku, aku yang kemudiannya  keluar dari bilik air dan menutup pintu tetapi tidak cukup dengan itu  satu lagi lembaga yang berbadan besar berleher panjang berkepala perempuan berambut panjang berada diluar bilik air tersebut.
Aku yang ketika itu mendongak ke siling apartment melihat wajah lembaga tersebut segera berlari ke bilik dan menerpa kearah katil sambil berselubung didalam selimut, keesokannya aku dikejutkan oleh roommate yang lain untuk bersiap-siap menghadapi midterm, tetapi peristiwa yang aku alami aku tidak diceritakan kepada sesiapa mahupun Azim .

Aku lalui hari-hari yang mendatang tanpa memikirkan peristiwa yang berlaku pada aku, aku hanya menganggap semua itu ada hikmah, setelah beberapa bulan dari kejadian itu. Aku dikejutkan dengan cerita yang salah seorang dari roommate aku ada “membela” mungkin untuk tujuan pertahanan, peribadi atau dendam. Kisahnya terjadi apabila aku masuk dalam pertandingan talent show.

Aku dan rakan telah menubuhkan band untuk memasuki pertandingan talent show tersebut dianggotai oleh Vokalis Fadzlan, Back up Vokalis Abiedatul , Guitar Utama Zul Gitar kedua aku, Bassis Azmir dan akhir sekali Drummer Azim.  Ketika kami berada di apartment untuk brainstorm lagu apa yang akan dibawa tetapi tidak diikuti oleh vokalis back up band kami disebabkan perbincangan dibuat didalam apartment aku . Disebabkan dalam anggota band kami hanya seorang ahli perempuan.

Ketika masing-masing mencari idea untuk persembahan kami didatangi oleh salah seorang dari band lain untuk memberi pandangan yang dikenali sebagai Epi yang juga sahabat baik kepada Zul, ketika Epi berada dibilik aku , yang menempatkan katil aku, Azim dan Khairul, yang pada ketika itu hanya Khairul yang berada di bilik Epi seolah-olah kelihatan resah dan tidak tentu hala.


<Sambung PART 3>
Last edited by pena_pena on 5-1-2013 04:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 05:07 PM | Show all posts
Cepat la sambung
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 05:23 PM | Show all posts
tunggu ni....sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 07:03 PM | Show all posts
shizukachan posted on 5-1-2013 05:07 PM
Cepat la sambung

Terima kasih kerana sudi membaca, sambung yang selebihnya saya akan post secepat mungkin ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 07:03 PM | Show all posts
merry01 posted on 5-1-2013 05:23 PM
tunggu ni....sambung lagi

Malam ni insyallah saya akan sambungkan part 3
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 07:22 PM | Show all posts
wah; best best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 07:28 PM | Show all posts
PART 3


Tetapi aktiviti brainstorm tersebut tetap dijalankan sehingga mendapat kata sepakat dari semua ahli, sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul Sembilan malam, kami semua yang dalam keadaan lapar segera turun ke café untuk makan malam. Epi yang ketika itu turut serta ke café dengan tidak sengaja dia telah memberitahu aku yang dia ternampak makhluk berupa perempuan di kaki Khairul yang ketika dia sedang tidur.

Dan Epi mengesyaki yang Khairul ada “membela” , aku yang masih lagi dalam keadaan terkejut tidak menganggap apa yang Epi luahkan itu adalah seratus peratus betul mungkin hanya mainan perasaan ataupun kebetulan. Sejak dari itu Epi hanya akan singgah sekejap di apartment aku tidak seperti dulu singgah sampai ke malam.

Aku masih mencari waktu yang sesuai dengan untuk mengajukan soalan kepada Khairul, Pada suatu hari hanya aku dan Khairul sahaja didalam bilik, aku telah bertanya kepada Khairul atas apa yang Epi nampak tempoh hari, alangkah terkejutnya sangkaan Epi adalah betul. Perasaan ingin tahu membuak-buak didalam hati ini untuk mengajukan soalan mengenai kisah misteri yang aku alami sebelum ini.

Khairul  telah membuat pengakuan bahawa dia pernah “membela” ia terjadi setelah dia menuntut ilmu persilatan  yang salah daripada beberapa orang guru yang mengamalkan ilmu yang salah. Lebih mengejutkan Khairul telah mempelajari tiga silat menggunakan ilmu hitam dan empat tidak mengunakan ilmu hitam, tidak terkejutlah Khairul ialah seorang atlet silat.

Menurut Khairul lagi dia tidak lagi “membela” setelah sekian lama berhenti mengamalkan ilmu-ilmu yang salah tetapi walaupun dia tidak “membela” tidak bermakna dia bebas dari cengkaman syaitan yang pernah menjadi sahabatnya. Setiap pendamping yang diambil telah disertakan dengan penjanjian antara syaitan dan manusia.  Persoalan yang berlegar di minda apakah isi perjanjian tersebut sehinggakan walaupun Khairul bukan lagi tuan kepada jin dan syaitan tetap mendampinginya.




<sambungan PART 4>











Last edited by pena_pena on 5-1-2013 07:33 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2013 07:32 PM | Show all posts
theflash posted on 5-1-2013 07:22 PM
wah; best best

Thanks, baru di post PART 3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 08:10 PM | Show all posts
Part 4 lak...tak seram pon lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
nak lagi...nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 12:26 AM | Show all posts
Nak lagi tt..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 01:16 AM | Show all posts
mcm novel plak bahasanye ye..

menanti next part pls
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.275927 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list