CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4257|Reply: 8

tanda-tanda 100 hari sebelum mati

 Close [Copy link]
Post time 11-1-2013 01:11 AM | Show all posts |Read mode
TANDA PERTAMA
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 05:55 AM | Show all posts
Aku ade bace tentang ni dalam buku mastika dalam taon 2007 xsilap aku..7ari sebelom arwah tok aku meninggal,daging die cam begetar..ni aku dapat rase mase sentuh badan die..ade yang orang xtau,ade juge yang dekat ngan kematian seseorang tu,badan die akan mengeluarkan bau cam tanah,tp busuk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 06:57 AM | Show all posts
pernah membaca tentang ni ..
sebab nak tau tanda2 ..
tapi..
bila ianya berlaku kat seorang kawan..
seolah2 minda FC di tutup dari nak mengingati tanda2 tersebut ..
selepas pemergian dier ..
baru satu persatu menda tu datang ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:34 AM | Show all posts
Baru attend satu kuliah, Ustaz cakap tanda2 ni tak ada disebut dalam Al Quran mahu pun hadis....

Mohon pencerahan pada yg arif. Tq.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:14 PM | Show all posts
apapun kita memang sentiasa kena mengingati kematian supaya timbul keinsafan n kesedaran
untuk berbuat baik dan mati dalam keadaan husnul khatimah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 01:29 PM | Show all posts
sentiasalah kita berdoa supaya kita sempat mengucap sebelum nafas yang terakhir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2013 07:49 PM | Show all posts
mohon quote sumber, x berani nk terima mentah2.. kene tanya alim ulamak ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 09:09 PM | Show all posts
OT - teringat cerita 100 hari kat tb1 dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2013 09:31 AM | Show all posts
Thread ditutup kerana tidak disertakan dengan nas2 atau dalil sahih dari Al-Quran dan Hadith. Sekiranya ada nanti, PM saya untuk thread dibuka semula. TQ.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.684549 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list