Tidak hanya terhad kepada pengeluaran telefon pintar sahaja, Samsung kini turut mengorak langkah mengembangkan lagi produknya dengan menghasilkan kamera digital.
Selain menerajui pengeluaran peranti untuk tujuan komunikasi dua hala menerusi suara, Samsung kini turut menyedari keperluan terhadap peralatan pintar yang lain turut bertambah.
Sehubungan itu, syarikat barangan elektronik terkemuka tersebut memperkenalkan kamera Samsung Galaxy.
Merupakan kamera pertama Samsung yang dilengkapi bersama teknologi Connected Camera dan digabungkan dengan kelebihan ciri fotografi berprestasi tinggi.
Antaranya adalah kebebasan sambungan jaringan Internet 3G dan WiFi yang dijana oleh Android™ 4.1 (Jelly Bean) sebagai platform utama
Lebih nipis dan bergaya, kamera Samsung Galaxy dilihat memiliki tarikannya yang tersendiri.
Menurut Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon, pengenalan terhadap kamera Samsung Galaxy menunjukkan betapa teknologi kamera kini telah berubah dengan pantas.
"Hari ini kami telah menembusi tembok kebiasaan bagi penggunaan teknologi kamera konvensional.
"Menerusi gabungan Unit Telefon dan Perniagaan Imej Digital, Samsung berjaya menghasilkan sebuah kamera sambungan (Connected Camera) yang menepati cita rasa semua," katanya.
Kamera Samsung Galaxy juga menawarkan aktiviti merakam imej, keseronokan, menyunting, perkongsian imej berkualiti tinggi dan video 'on-the-spot' dalam satu peranti sahaja.
Bagi mengelakkan aktiviti Internet menerusi kamera Samsung Galaxy menjadi perlahan ketika waktu puncak, ia turut dilengkapi bersama teknologi Dual Band dan Channel Bonding.
Ini sekali gus memudahkan jurugambar untuk memuat naik imej ke laman sosial terkenal mereka seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan Instagram
Note: ada dual band tue. chipmed cepat la sambar
|