View: 18761|Reply: 121
|
Cinta zaman kanak2 (1st love)- korang ada tak??
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum forumer cari sekalian,,
Rasanyea thread ini belom ada, tapi kalau sudah ada momod sekalian silakan cantas benang ini..
Tujuan membuka benang nie adalah nak berkongsi pengalaman uolls,, ada sesiapa yang ada pengalaman cinta pada zaman kanak2 tak?
Sebab apa iolls tanya,, iolls pernah mengalaminya 10 tahun yg lampau..around 2003.. waktu tu muka masih sememeh lagi,, tapi dah nama nya kanak2 suka buat janji walaupun tak pernah ditunaikan..
Al- kisahnya begini.. waktu tu ada majlis kahwin sepupu (tapi diraihkan d rumah iolls), agak ramai jugak sedara mara yang dtg, tapi xsemuanyea dikenali..dpendekkan cite,, ada sorang budak lelaki nie(anak kepada kakak sepupu) hisap rokok depan iolls- weolls kat dapur nak basuh pinggan.. iolls cukup benci tgok org hisap menda alah tu,, apa lgi, iolls pegi rentap rokok tu dri tangan dia..tapi dia tak marah.. iolls mula membebel pasal akibat merokok la bla..bla..bla..bila dah penat dia tanya iolls,,kira dialog weolls mcm nie la:
Dia: Oke, sudah habis?
Me: Belum.. ada lagi! (dengan jelingan)
Dia: Apa lagi? (masih senyum..senyum manis sgt)
Me: Kenapa merokok? Umur berapa?
Dia: Saja..suka2.. form 1
Iolls ketap bibir bawah,, rasa marah yang baru nak reda kembali mendidih.. kecik2 dah pandai hisap rokok,,kang besar tak tau nak hisap menda apa lagi.. tepuk dahi,, tak boleh marah anak orang sesuka hati..
Me: Suka makan gula2 tak?
Dia: Huh? (buat muka terkejut)
Me: Yea, gula2.. ubat untuk gigi..
Dia urm, suka! (tersenyum menampakkan barisan giginya yg putih,, iolls perasan bibir dia pon merah..mcm org yg xhisap rokok)
Me: Nanti orang bagi dia gula2, dia mesti janji tak hisap rokok lagi.
Dia: Okay!
Sebulan lepas tu, dia datang umah..dah start cuti sekolah,,dia sekolah kat bandar,,iolls duduk kampung je.. dah alang2 bercuti dia lepak umah sampai malam...malam tu iolls bagi dia sebalang gula2,, agak lucu bila teringat muka terkejut dia tu... dia ucap terima kasih dan letak balang tu d ruang tamu.. jadi santapan budak2 yang dok lepak kat situ ,,termasoklah my siblings,, dan yang paling horrible sekali,,they all tau sapa yang beli gula2 tu,,, iolls cabut teros,,, sembunyi umah kawan kat sebelah...
Ingatkan dia dah pulang,,rupanya belom lagi, iolls balik umah dalam pukul 10 malam cem tu..dia dok sengih2 tengok muka cuak
iolls,, malu tau,,,nasib baik my sister dah berperap kat bilik masing2,, iolls menonong masuk umah teros ke dapur (waktu tu bilik letak d bahagian dapur) tapi samapai kat dapur, ada makhluk yang tarik tangan iolls, tekejut tau ! Rupanya dia yang tarik.. Iolls xsuka, sentap tangan dari genggaman dia,, maka iolls pon tarik muka bawak diri ke laman belakang (dulu ada tempat lepak kat pintu dapur, sekarang pintu dapur dah xda).. dia ikot iolls duduk kat bangku sebelah... then iolls dengar sindiran dari budak yang belom akhil baligh lagi (iolls pon sama jugak hoho )
Dia: Thanks,, gula2 tu sedap tapi orang lebih rela paru2 rosak daripada gigi yang rosak ,, malu.. .. Lain kali jangan suka sibok hal orang, pandai2 la orang atur cara hidup orang macam mana..
Me: Tak payah la nak berterima kasih,,orang ikhlas.. oke, lepas nie orang tak nak dah ambil tau pasal dia.. bukan kenal pon.. puas hati?
Dia: Bukan macam tu.. orang tak suka kalau dilarang buat itu ini.. orang dah besar,, tak suka la,,
Me: Oke..
Dia: Marah?
Me: Tidak.. orang suka,,suka sgt2...
Dia: Tipu.. orang tak suka berkawan dengan penipu.. bye.
Me: Eh.. tunggu.. orang minta maaf..
Dia: Minta maaf.. minta maaf,, raya lambat lagi,, tapi.. orang akan terima maaf dia,, kalau dia janji 1 perkara,,
Me: Woi, main janji2 pula! Dia sendiri tak pegang janji tapi nak suruh orang berjanji ,,
Dia: Itu janji tak sah,,sebab dia suruh orang berjanji waktu tengah marah.. (ada ka macam ni?)
Me: Aik?
Dia: Ah sudah, yang penting kena janji jugak.. wajib!
Me: Amboi, banyak cantik! Oke, apa janji tu?
Dia: Dia kena tunggu orang sampai bila.. tak boleh bersama dengan orang lain.
Me: Haha fine! Setakat janji macam tu apa la sangat! Hahaha (dan itu janji pertama selama iolls hidup 10 tahun)
Dia: Jaga diri,, orang pulang dulu.. bye.
Selepas malam tu.. weolls tak jumpa lagi.. dalam 2 tahun jugak terputus hubungan,, iolls ingat lagi waktu tu baru lepas ambik result upsr.. iolls otw balik umah, tapi lalu jalan area umah mak dia.. honestly, iolls tunggu dia kot,,takde niat nak bercinta pon, ingat belajar ja,, suddenly, iolls terserempak dia yang sedang bawak beg sandang,, nampak macam baru sampai kat kampung.. iolls rasa kekok, malu dan jantung rasa nak pecah(kemain lagi budak2 ni),, iolls buat2 xnampak jalan tepi dia macam xwujud ja.. tapi dia pegang lengan iolls, kuat pulak tu..memang sakit tapi jika dibandingkan dengan sakit hati ditinggalkan tanpa berita memang jauh lebih sakit..
Dia: Sudah lupakah.. atau sengaja buat2 lupa?
Me: Tidak.. orang masih ingat,,
Dia: Kenapa nak lari? Benci ka?
Me: Nak balik.. dah petang..
Dia: Jumpa kat rumah.. ada benda nak tanya..
Me: Huh?
Belom sempat menoleh, dia terlebih dahulu lepaskan tangan iolls dan tinggalkan iolls dengan penuh tanda tanya..geram tau!! Seperti yang dia katakan tadi, dia datang ke rumah sembang dengan my parents and siblings.. kemain lagi mesra,, dgn iolls muka serius ja,, bosan tengok babak pertemuan semula tu iolls duduk kat luar umah,, sebenarnya cemburu ,,iolls dengar dia bertanya ttg iolls dengan parents.. ternyata dia puas hati dgn jawapan they all.. dia datang dan duduk depan iolls, senyum dan senyum terus..
Dia: UPSR macam mana?
Me: Oke..
Dia: Lulus? Berapa 'A'?
Me: Alhamdulillah, 3...
Dia: Life macam mana?
Me: Macam nie la..
Dia: Janji masih ingatkah?
Me: Er.. masih...tidak pernah lupa..
Dia: Baguslah,, thanks..
Me: Kenapa? Kenapa hilangkan diri selama ini?
Dia: Nak cari hala tuju.. erm,, boleh kan kalau pegang janji tu sampai bila2?
Me: Huh?
Dia: Orang nak capai matlamat hidup orang dulu.. boleh?
Me: boleh..
Percaya atau tidak, selepas hari tu,, iolls tak pernah jumpa dia lagi sampailah iolls habis SPM,, waktu tu iolls couple dgn budak pompuan form 1 (hehe), iolls xpernah couple dengan mana2 lelaki sebab janji iolls tu.. waktu tengah lepak dengan GF nie kat jamming, iolls sambut call mak kat luar sbb bising sangat,, bayangkan iolls dah sebijik macam lelaki..rambut pacak dengan dada leper,, lepas letak col, dush, iolls terlanggar dengan sorang budak lelaki nie,,yea la size lebih kurang ja.. cuma dia tinggi sikit dri iolls,, dia tarik tangan iolls dan bila mata bertentang mata iolls terkejut beruk,, tak tau nak sorok muka kat mana,, dia ada depan mata,,dengan keadaan iolls macam nie,,tapi dia senyum( manis sangat) , sambil tepuk bahu iolls, dia cakap tak apa, kemalangan kecik je, lepas tu terus blah,, iolls rasa nak jerit bagi satu dunia tau yang iolls rindu dia sangat2.. patotlah mak suh balik awal, ada orang nak jumpa,, erk.. tapi dgn keadaan iolls sekarang nie,, memang tempah maut..
Iolls panggil GF, ajak balik,, nasib baik GF xpandai membantah,, lepas hantar dia kat umah,, iolls teros singgah umah member pinjam baju kurung dengan tudung, member gelak xingat dunia bila tau kenapa iolls kena pakai cemtu,, tapi iolls bawak kasut kanvas pulak,,bantai ja la, pakai baju kurung dengan kasut kanvas,, malu tu iolls dah letak tepi.. dengan tekad dan semangat yg jitu iolls balek umah,,dan dia ada di sana.. agak ramai jugak.. alangkah bahagia kalau mereka nak satukan kami ..perasan! Semasa nak lalu tu.. siblings dok gelak2 iolls dah malu dah kena lalu sambil tunduk bagai depan tetamu.. Tapi iolls terdengar suara sumbang untuk menyunting kawan baik iolls untuk dia,, what the? Iolls terhenti di pintu bilik, terkejut yang amat,, ini kah kesudahan penantianku? Tanpa berfikir panjang, iolls masuk bilik dan tukar baju kurung , ambik cap dan kasut spare bawak katil blah ikot pintu belakang,, iolls bawak diri ke rumah nenek nun jauh ke kampung sebelah.. bila mak tanya, alasan rindu kat nenek..
Seminggu jugak iolls duduk d umah nenek,, kecewa teruk,, walaupon belom mendapat kepastian tapi iolls tak boleh terima,,iolls coll kakak kat KL konon nak habiskan masa kat sana,,dah habis SPM la katakan.. kakak gembira sangat, terus tempah tiket untuk bulan depan,, Iolls dah pasrah,, sedih woo.. mak asyik tanya pasal plan lepas nie,, iolls cakap xda,, dan kawan iolls yang konon nak dijodohkan tu pulak macam orang tak bersalah dok dating dengan lelaki laen,, hairan ? GF pulak semakin bertambah,, err apa nak jadi lah iolls nie,, Sehari sebelom iolls berangkat ke KL, iolls terjumpa adik dia d pekan,, dia sampaikan salam abang dia, dan iolls tanya untuk apa? Tapi adik dia cakap, tu permintaan abang dia sebelom dia pergi merantau,, merantau? means,, dia tak kisah tentang iolls langsung,,, hampa hati ini...
KL, iolls ada koleksi GF2 cute,,tapi mulut mcm durian,, iolls makan hati ja bila kantoi ada GF lain.. last2 tinggal sorang yang bertahan.. sampailah sekarang,, dan untuk pengetahuan korang,, iolls tak pernah couple serius dengan lelaki,,which iolls rasa menyampah dan menyusahkan.. demn...
2tahun,,, iolls hidup dalam tipu daya percintaan cemtu,,alhamdulillah iolls buang semua kenangan tu raya tahun lepas,,iolls nak mulakan hidup baru,,sebagai perempuan sejati...Entah kenapa, lepas raya tu mak coll, tanya kalau ada orang nak minta nombor tepon iolls, boleh bagi x? Iolls ckplah , kalau penting bagilah.. so, mak pon bagilah,,cuma iolls xtau siapa orang tu,,sehinggalah,,malam 24 Disember lepas.. Iolls terima panggilan dari nombor yang xdikenali..
Me: Hello?
Dia: Hai..ingat lagi?
Dup dap dup dap.. gila xingat,,inilah suara yang aku nanti2kan selama ini,, orang inilah yang dah curik bawak lari hati aku dulu (hati?)..
Me: Ehem,, ingat,,mestilah ingat,,alhamdulillah..
Dia: Masih ingat janji kita?
Me: Janji? Janji apa..
Dia: Tak apalah kalau sudah lupa..
Me: Eeee,, tunggu!
Dia: Kenapa?
Me: Orang masih ingat lagi lah,,
Dia: Baguslah..erm, dia single ka?
Me: Buat masa sekarang nie..ya,,single. kenapa? (aduh terbawa2 pulak kekasaran nie)
Dia: Jom kahwin!
Me: What? Gila..
Dia: Yea, memang gila.. orang gila sebab dia..bertahun2 orang bawak diri sebab dia seperti berubah hati..
Me: Berubah hati? Aik asal orang yang kena pulak?
Dia: Hari tu, orang datang rumah nak jumpa dia..dapat tengok sekejap ja, manis dia pakai baju kurung.. sejuk mata memandang..
Me: Hah, kenapa dengan hari tu?
Dia: Dia tinggalkan orang, konon pergi umah nenek..
Me: Dah dia nak pinang anak dara orang, takkan orang nak terhegeh2 tegur dia pulak..baik bawak diri layan hati yang kecewa..
Dia: Pinang? Apa maksud dia nie?
Me: Eh, tanya kita pulak, dia nak pinang si N kan?
Dia: Hahahaha dia dah salah faham,, tu kan orang tua punya perbualan? Biasala gurau2 macam tu..
Me: Means? Tiada apa2 antara kamu? Tiada pinangan waktu tu?
Dia: Yup!
Me: Oh...tidak...
Dia: Hello,, B..
Me: B? apa tu?
Dia: Baby.. sudikah B menjadi isteriku, temani hidupku,, sampai nafas yang terakhir?
Me: Err..Baby? Orang dah besar panjang panggil baby pulak.. bla,,bla,,bla,, pegi jumpa parents kat kampung ,,bla,,bla,,bla,, orang sayang dia tapi dia senyap pulak,,bla,,bla,,bla,,ingat orang tiada perasaan ka??
Dia: B..
Me: Yea?
Dia: Jom kahwin,, orang tak nak tunggu lama2, nanti B berubah hati lagi..
Me: Pegi jumpa parents kat kampung dulu..
Dia: Kampung? Habis tu B di mana skrg nie?
Me: Yea la, orang kat KL.
Dia: KL B? Buat apa ke sana?
Me: Bawak hati ,,,
Dia: Hati? Tolong sikit, B punya hati orang dah simpan dari saat B janji dengan orang dulu..
Me: Aik? Itu cerita zaman batu woo..9 tahun yang lepas,, bagi balik!
Dia: Tak boleh.. 9 tahun sudah cukup untuk mengajar orang erti kesabaran,,
Me: Kenapa tak boleh?
Dia: B dah ambik hati orang tanpa kebenaran, dah lah tak jaga elok2 tapi nak ambik balik hati dia pulak? Mana adil.. B, mana janji B?
Me: Macam tu pulak? Janji apa lagi nie,, hisy serabut la,,! (opps terkasar pulak)
Dia: B, jangan macam nie, orang tunggu B selama nie,, tunggu janji B..
Me: Siapa suruh tunggu,,habis tu dia tak pernah cari pompuan lain ka selama nie( kejam tak?)
Dia: Tak. Sedangkan B sorang pon orang tak boleh jaga,,
Me: Aaaahh sudahlah!
Tuuttttt....
Iolls putuskan talian,,rasa sebak pula ,,sudah lah tidak amanah dengan janji malah memarahi dia pulak,, tapi? Iolls bukan bermimpi,,ini betol2 kenyataan.. selepas sekian lama.. dia nak ,,kahwin?
12 January 2013..
Iolls balik kampung, jenguk parents,, kawan (kononnya dia nak pinang) sudah selamat bernikah.. Iolls jugak yang kecewa tak tentu pasal.. mak ada cakap pasal dia tapi iolls diam je.. bulan depan family dia nak datang,, untuk bincang tentang kami,, entahlah iolls tak pasti dengan perasaan iolls sekarang nie.. apa yg iolls pasti ,, perasaan nie tetap tak berubah seperti ,,yea 10 tahun yng lepas,,hurm,,
Last edited by Chawey on 29-1-2013 06:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tabasco posted on 29-1-2013 05:26 PM
aku baca novel ke ni?
Sory panjang sangat,, tapi nie la kisah cinta zaman kanak2 aku..
|
|
|
|
|
|
|
|
Chawey posted on 29-1-2013 06:17 PM
Sory panjang sangat,, tapi nie la kisah cinta zaman kanak2 aku..
eh taklah...aku tak kisah pun..cuma cara ko tulis tu macam novel pulak dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tt summaized kn novel tu, xlarat bc nye..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
tabasco posted on 29-1-2013 06:20 PM
eh taklah...aku tak kisah pun..cuma cara ko tulis tu macam novel pulak dah.
owh yea ke? Mgkn sbb dah terbiasa karang novel hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
snakeyes posted on 29-1-2013 11:37 PM
Tt summaized kn novel tu, xlarat bc nye..hehe
summaized ?
Kira,, TT dah sambung balik kisah cinta tu..selepas 10 tahun... Bulan Febuari nie dia ajak family dia jumpa parents TT...
|
|
|
|
|
|
|
|
anakanda posted on 29-1-2013 11:49 PM
Jd apa kesudahannya..
Kesudahannya,, dia nak TT tunaikan janji TT dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Chawey posted on 30-1-2013 09:27 AM
Kesudahannya,, dia nak TT tunaikan janji TT dulu...
untung la TT.lepas ni kompang....aku pon kawen raya cina ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku ada kisah cinta zaman kanak-kanak..
masa tu aku darjah 4 kalo xsalah...
aku dengan si budak lelaki ni sekolah lain-lain tapi sekolah agama n tempat tuisyen sama...
Aku ingat lagi, budak laki ni bawakkan aku sebekas biskut bear coklat tu gi sekolah agama n kami makan same2..
Masa dekat tuisyen doa selalu nak duduk dengan aku...
bila dah besar2 ni ada jugak try cari dia...
and memang aku jumpa dia kat FB...
dah kawin dah pun dia=) |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada pengalaman cinta pon time kecik..
sian kite, takde orang nak... |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah gak. Masa tu darjah 6. Sumpah bila ingat balik mmg kelakar! Mamat ni masa tu umur da 21 thn. I kenal dia masa cuti hujung tahun. I lepak kat umah uncle kat perak. Uncle i ada bukak stokis CNI dulu. Sebelah stokis uncle i tu kedai bunga. Mamat ni keje kat kedai bunga tu. I tak taw la apa yg budak umur 21 thn nampak kat budak umur 12 tahun. Sah2 masa tu i ni kanak2 ribena lg. Tak taw apa jadah cinta tu.
Tapi i ingat lagi, mamat bi cute sngt2. Kulit putih. Hari2 dia call umah uncle i sbb nak ckp dgn i. Bila org call, kita layan je la kan. Padahal mmg masa tu x faham apa2. Bg i masa tu mcm kwn2 biasa je la. Pastu hari2 dia bagi i bunga . Tapi masa dpt tu x la excited sngt kan. Maklum la budak umur 12 thn. Tapi masa dia bg coklat, mmg terlompat2 i depan dia. Sejak tu hari2 dia bg coklat
Bila cuti da abes, i balik kl & start form 1. Masa tu mmg langsung x contact dgn dia. Yela, zaman tu mana ada handphone lg. Klo ada pun mmg org2 dewasa & kaya je. Tu pun handphone yg besar gedabak. Bila raya, i balik kg. Jumpa la cousin i yg dok perak tu. Dia ckp hari2 mamat tu dok tanya pasal i. Da mcm org x betul. 2nd day raya, tiba2 mamat tu muncul depan pintu umah nenek i. Kg i kat penang. So dr perak dia dtg semata2 nk jumpa i. Masa tu baru la ada rasa segan skit. Dia siap bg duit raya RM50. Masa tu RM50 tu da cukup besar la bg budak2. Punya la happy dpt duit raya.
Tu last i jumpa dia. Pastu i da x jumpa dia da sbb uncle i pun da pindah tempat lain. |
|
|
|
|
|
|
|
CikSiti07 posted on 30-1-2013 11:49 AM
aku ada kisah cinta zaman kanak-kanak..
masa tu aku darjah 4 kalo xsalah...
Romantik nye,,
Dah kahwin? abeh tu CikSiti07 still single ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
Trishaley posted on 30-1-2013 01:25 PM
tak ada pengalaman cinta pon time kecik..
sian kite, takde orang nak...
Hihi takde orang nak ke,,
Ke semua budak2 dok sibuk main galah panjang time tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Chawey posted on 30-1-2013 02:42 PM
Romantik nye,,
Dah kahwin? abeh tu CikSiti07 still single ke??
dia baru je kawin..rasenye dalam 2 3 bulan ni..aku pulak masih single mingle...kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
milera posted on 30-1-2013 02:39 PM
I pernah gak. Masa tu darjah 6. Sumpah bila ingat balik mmg kelakar! Mamat ni masa tu umur da 21 thn ...
21tahun?? hihi cinta tak mengenal usia..
Rase nya kalau uolls tak lost contact, mesti dah ada ikatan sekarang nie kan??
|
|
|
|
|
|
|
|
Chawey posted on 30-1-2013 02:48 PM
21tahun?? hihi cinta tak mengenal usia..
Rase nya kalau uolls tak lost contact, mesti dah ada ...
Mungkin. Rasanya skarang mesti dia da kawen & beranak pinak. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|