CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3517|Reply: 14

Misteri Lagu Gloomy Sunday

[Copy link]
Post time 7-2-2013 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Misteri lagu berjudul "Gloomy Sunday" yang dicipta oleh seorang penggubah lagu bernama Reszo Seress yang berketurunan Hungary  masih belum terungkai lagi sehingga ke hari ini. Semuanya bermula pada tahun 1932 di mana Resza Seress berimpian menjadi terkenal dalam dunia muzik di Paris tidak kesampaian kerana semua lagu ciptaannya tidak mendapat perhatian dari penerbit muzik di negara itu. Reszo Seress tidak berputus asa demi mencapai impiannya namun masalah mula timbul apabila tunangnya meminta agar Reszo Seress mencari kerja tetap yang menjamin masa depan.


Pada hari ahad yang bersejarah pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya telah berlaku berhubung kerjayanya mengundang perpisahan di antara mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain. Selepas pertengkaran tersebut Seress duduk di hadapan piano di rumahnya sambil merenung langit menerusi tingkap. Cuaca yang mendung ketika itu mula bertukar suasana apabila hujan mulai turun. “Ahad yang suram,” Seress berkata sendiri sambil memetik piano dan jarinya mula memainkan melodi seolah-olah mencerminkan kekecewaan yang dirasakan sewaktu berpisah dengan tunangnya. “Ya! Ahad yang suram (Gloomy Sunday)! Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku,” kata Suress sendirian dengan gembira. Dia mencapai pensel lalu menulis nota muzik dan selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.


Kemudiannya Seress telah menghantar lagu barunya itu kepada seorang penerbit muzik dan berharap lagu kali ini akan diterima. Beberapa hari kemudian, lagu itu dikembalikan dengan nota penolakan yang mengatakan melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan mereka tidak dapat menerimanya. Seterusnya lagu itu dihantar kepada penerbit lain dan kali ini ia diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress. Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday disiarkan berlaku kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan. Di bawah ini terdapat beberapa insiden yang berkaitan Gloomy Sunday.

Insiden Pertama

Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam fikirannya.

Insiden Kedua

Seminggu kemudian di bandar sama seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.

Insiden Ketiga

Seorang setiausaha muda di New York telah membunuh diri. Pada nota yang ditemui dia meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Insiden Keempat

Beberapa minggu kemudian seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan lagu Gloomy Sunday dengan piano. Tidak lama kemudian seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.

Insiden Kelima

Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti di rumahnya sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya. Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan. Mereka akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Insiden Keenam

Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia kemudiannya telah menulis surat kepada bekas tunangnya agar mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu tunangnya membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya salinan lagu Gloomy Sunday ditemui.

Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler lagu berkenaan telah dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui sumpahannya. Namun insiden tidak berhenti di situ sahaja apabila beberapa tahun kemudian ianya berlaku sekali lagi.

Insiden Ketujuh




Januari 1968, selepas 35 tahun berlalu kini giliran Reszo Seress menjadi mangsa. Dia gagal membunuh diri dengun terjun dari bangunan. Tidak lama kemudian dia ditemui mati gantung diri dengan menggunakan wayar di hospital.

Insiden Kelapan

Tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday pada tahun 1982 juga mati membunuh diri di rumah ayahnya.


Lagu Gloomy Sunday ini juga dijadikan soundtrack dari sebuah filem yang cukup popular ketika itu. Filem itu mempunyai tajuk yang sama dengan lagu tersebut. Filem Gloomy Sunday mengisahkan sebuah hubungan segitiga seorang wanita pemilik restoran di Hungaria. Selain itu ada pihak mendakwa apabila lagu Gloomy Sunday ini dimainkan secara instrumen saja pendengarnya akan tertidur dan mengalami mimpi buruk. Di negara asal Reszo Seress iaitu Hungaria telah melarang keras lagu Gloomy Sunday disiarkan kerana telah meyebabkan peningkatan kes bunuh diri di negara tersebut. Kini lagu Gloomy Sunday mempunyai pelbagai versi dan penyanyi yang mendendangkan lagu itu namun tiada siapa mahu mendengar lagu asal Gloomy Sunday ini kerana takut akan sumpahannya.



Lirik lagu Gloomy Sunday



Sunday is gloomy


My hours are slumberless


Dearest the shadows


I live with are numberless


Little white flowers


Will never awaken you


Not where the black coaches


Sorrow has taken you


Angels have no thoughts


Of ever returning you


Wouldn’t they be angry


If I thought of joining you?


Gloomy sunday


Gloomy is sunday


With shadows I spend it all


My heart and I have decided


To end it all


Soon there’ll be candles and prayers


That are said I know


But let them not weep


Let them know


That I’m glad to go


Death is no dream


For in death I’m caressi’n you


With the last breath of my soul


I’ll be blessin’ you


Gloomy sunday


Dreaming


I was only dreaming


I wake and I find you asleep


In the deep of my heart here


Darling I hope


That my dream never haunted you


My heart is tellin’ you


How much I wanted you


Gloomy sunday



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2013 10:14 AM | Show all posts
SUPERNATURAL...ada ke dlm kisah ini??
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 12:09 PM | Show all posts
aku x pernah dgr lagu nie..sapa penyanyi asal nyer?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 12:47 PM | Show all posts
aku dah dengar dah lagu ni....rasa cam nak tido je bila dengar lagu tu, sbb slow sangat.....sapa2 nak dengar carilah kat youtube...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 12:55 PM | Show all posts
Gloomy Sunday ni xpernah dengar. Kalau lagu Beautiful Sunday pernah la.

Hey! Hey! Hey! Beautiful Suuunndaayy...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 01:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2013 02:31 PM | Show all posts
OH.. Pernah baca kisah lagu nih......  time tu dgr lagu ni mcm menghantui pendengaran.. dh nama lagu berhantu kan...heeeeee....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2013 03:01 PM | Show all posts
kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam fikirannya.

kadang2 i pon rasa tertekan bila lagu yg i benci terngiang2 di telinga.. contoh, lagu kosong3x.. haha nasib baik x sampai kes bunuh diri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 03:01 PM | Show all posts
kesiannyer kisahnyer..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2013 04:06 PM | Show all posts
Xpaham lirik so...xla rasa creepy pon..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2013 05:29 PM | Show all posts
sape2 forumers yang dah bunuh diri lepas dengar lagu ni sila kasi tau.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 09:21 AM | Show all posts
aku ok je ,sambil dgr utube lagu ni sambil makan rempeyek....elok je
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 10:00 AM | Show all posts
lagu berhantu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 01:30 PM | Show all posts
aku layan lagu nie .. best kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2013 01:49 PM | Show all posts
Missy_la posted on 7-2-2013 12:55 PM
Gloomy Sunday ni xpernah dengar. Kalau lagu Beautiful Sunday pernah la.

Hey! Hey! Hey! Beautiful  ...

hahaha...lagu ni memang riang ria sungguh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.091602 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list