Selamat datang ke Teratak Borak @Sajak/Puisi
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
SALAM DIBERI KEPADA SEMUA
MARI SAMA-SAMA KITA MENYEMBANG
APA SAJA, ASALKAN KITA GEMBIRA BERSUA
TERATAK INI LOKASI PERTEMUAN
TANDA SILATURRAHIM KITA TAK PERNAH PUTUS
MOGA UKHWAH TERUS BERPANJANGAN
DOA DARI HATI YANG TULUS
*** Selamat datang teman-teman forumers, ke Teratak Borak @ Sajak/Puisi. Dipersilakan untuk bersembang santai. Kalian boleh sahaja bersembang dengan pelbagai topik, tetapi AMAT DIGALAKKAN bersembang dengan tema kesusasteraan dan puisi.
*** Bahasa Melayu adalah kepunyaan bangsa, jika bukan kita yang menjaganya, siapa lagi? Atas kesedaran ini, AMAT DIGALAKKAN untuk menggunakan/menulis dengan menggunakan laras bahasa yang betul, perkataan yang penuh dan tatabahasa yang sempurna. Bahasa lisan dan bahasa penulisan adalah dua aspek yang BERBEZA. Jika tidak dapat, tiada paksaan dalam perkara ini.
Selamat berborak dengan mencambah tautan muhibah
|